Bagaimana Merawat Tahap Kreatinin Yang Tinggi


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kreatinin adalah bahan buangan di dalam badan anda. Biasanya, buah pinggang yang sihat akan menapis kreatinin daripada aliran darah anda. Jika anda mempunyai tahap kreatinin yang tinggi, ini menunjukkan bahawa buah pinggang anda mempunyai masalah. Fungsi buah pinggang boleh terjejas dari penyakit buah pinggang kronik atau kegagalan buah pinggang akut. Jika anda didiagnosis dengan kegagalan buah pinggang akut, anda mungkin dapat memulihkan fungsi buah pinggang penuh. Kegagalan buah pinggang kronik memerlukan rawatan yang berterusan. Untuk merawat fungsi buah pinggang yang telah terjejas, anda perlu merawat punca-punca asas masalah buah pinggang anda. Fungsi buah pinggang mungkin berkurangan disebabkan oleh tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.

1)   Mengawal tekanan darah tinggi anda, jika ini adalah punca asas yang menyebabkan buah pinggang anda berfungsi secara tidak normal. Anda mungkin perlu mengambil ubat tekanan darah tinggi, seperti perencat ACE. Doktor anda juga boleh mengesyorkan diuretik jika ubat tekanan darah tinggi anda tidak mencukupi.

2)  Mengawal penyakit kencing manis anda. Diabetes juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Jika anda tidak dapat mengawal dengan baik tahap gula dalam darah melalui diet yang sihat dan senaman yang kerap, anda mungkin perlu mengambil ubat kencing manis atau insulin.

3)   Turunkan kolesterol LDL anda. Kolesterol yang tinggi juga boleh menjadi faktor dalaman fungsi buah pinggang berkurangan. Anda perlu mengikuti diet yang ketat, rendah lemak, bersama-sama dengan pelan latihan yang konsisten untuk menurunkan paras kolesterol anda. Doktor anda juga boleh mengesyorkan ubat merendahkan kolesterol.

4)   Bersedia untuk menjalani rawatan dialisis sekiranya perlu. Dialisis adalah satu proses yang mana darah anda ditapis melalui mesin. Ia bertujuan membuang toksin dan bahan buangan lain dari badan anda, kerana buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Berbincanglah dengan doktor  mengenai rawatan dialisis pilihan anda. Anda mungkin boleh menjalani rawatan dialisis di rumah. Anda boleh membuat rawatan dialisis pada waktu malam untuk menapis darah semasa anda sedang tidur. Atau anda mungkin perlu pergi ke pusat dialisis tiga kali seminggu selama beberapa jam.

5)   Ikut diet yang dicadangkan oleh doktor atau rancang dengan pakar pemakanan untuk membangunkan pelan hidangan yang sesuai untuk anda. Apabila fungsi buah pinggang telah terjejas bermakna anda tidak dapat makan nutrien tertentu dalam jumlah yang besar, seperti protein. Memasukkan kandungan protein, sodium atau potassium yang terlalu banyak di dalam diet akan memudaratkan kesihatan anda.Ini berlaku kerana buah pinggang anda tidak dapat menapis dengan betul.

Anda rasa artikel di atas bermanfaat? Kongsikanlah ia dengan rakan-rakan anda. Atau klik butang like dan juga google plus one di bawah. Saya sangat menghargainya.

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Bagaimana Merawat Tahap Kreatinin Yang Tinggi

  1. Pingback: Kreatinin-urin l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  2. Pingback: Apakah Itu Kretanin? | Pusat Dialisis An'Nur Seksyen 13

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang