Bagaimana Merawat Jangkitan Buah Pinggang


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Jangkitan buah pinggang biasanya disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai E.coli. Bakteria ini kerap muncul selepas jangkitan saluran kencing menyebarkan bakteria ke buah pinggang. Jangkitan buah pinggang boleh meyebabkan rasa tidak selesa, sakit, dan sengsara. Merawat jangkitan buah pinggang memerlukan penjagaan diri dan bantuan doktor.

Ikut arahan di bawah:

  • Berjumpalah dengan doktor. Preskripsi adalah perlu untuk mendapatkan antibiotik. Seorang doktor boleh menjalankan ujian kepada jenis bakteria yang hadir dengan melakukan ujian kencing dan pengkulturan bakteria. Ujian ini akan menunjukkan jenis antibiotik yang akan digunakan untuk menghapuskan bakteria, dan akhirnya akan menghilangkan jangkitan.
  • Ambil semua ubat yang ditetapkan. Pengambilan antibiotik diperlukan untuk merawat jangkitan buah pinggang, dan semua pil yang dibekalkan perlu diambil. Walaupun anda akan berasa lebih baik, jangkitan mungkin tidak akan hilang sepenuhnya, jadi selesaikan preskripsi ubat yang diberikan sepenuhnya.
  • Minum banyak air. Penghidratan boleh membawa kepada jangkitan saluran kencing, dan jangkitan saluran kencing boleh membawa kepada jangkitan buah pinggang. Kekal terhidrat juga membantu tubuh kita dalam membaikpulih dengan betul dan membantu ubat diedarkan melalui badan anda dengan lebih cekap.
  • Anda boleh menggunakan ubat penahan sakit jika perlu. Jangkitan buah pinggang boleh menimbulkan rasa sakit terutamanya di bahagian belakang. Melegakan ketidakselesaan akibat jangkitan membolehkan anda untuk berehat. Gunakan juga ubat demam jika jangkitan tersebut menyebabkan anda demam.
  • Dapatkan rehat yang mencukupi. Rehat yang cukup membolehkan badan anda pulih dari jangkitan. Jika boleh,ambil cuti bekerja untuk beberapa hari, dan berikan masa pada tubuh anda untuk sembuh. Mengambil rehat daripada bekerja di luar juga membantu badan untuk sembuh.

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang