Bagaimana Menjaga Fistula Dialisis?


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Dialisis adalah satu prosuder yang dilakukan apabila buah pinggang pesakit tidak dapat berfungsi dengan sendirinya. Kesimpulannya ialah apabila buah pinggang pesakit sudah lagi tidak berfungsi atau mengalami kegagalan. Apabila pesakit menjalani rawatan dialisis, beberapa kali dalam seminggu mereka akan menjalani rawatan tersebut di mana mereka akan disambungkan kepada mesin dialisis melalui fistula. Tujuan rawatan dialisis ialah untuk membersihkan darah pesakit buah pinggang tadi dari kekotoran bagi memastikan mereka dapat meneruskan hidup walaupun tanpa buah pinggang. Oleh itu penjagaan fistula sangat penting untuk memastikan tidak berlakunya jangkitan dan akan terus berfungsi dengan baik.

Definisi

Fistula ialah satu kawasan sambungan yang dilakukan oleh seorang doktor buah pinggang pada lengan pesakit. Ianya dilakukan dengan cara menyambungkan urat dan arteri melalui pembedahan sebagai persediaan untuk menjalani rawatan dialisis. Semasa rawatan dialisis, darah pesakit akan bergerak keluar dari badan mereka melalui fistula ke dalam mesin. Di dalam mesin tersebut, darah akan dibersihkan dari segala kekotoran sepertimana yang dilakukan oleh buah pinggang yang sihat. Setelah dibersihkan, darah akan dimasukkan semula ke dalam badan pesakit juga melalui fistula.

Jaga dan lindungilah fistula anda supaya ianya akan berfungsi apabila dugunakan ketika rawatan dialisis. Sekiranya ia gagal digunakan, anda mungkin perlu menggunakan kaedah penyambungan yang lain yang kemungkinan tidak berapa berkesan. Fistula anda akan bergetar apabila ia berfungsi dengan baik. Buat pemeriksaan terhadap getaran ini beberapa kali dalam sehari. Sekiranya anda merasakan yang fistula anda tidak bergetar, sila rujuk kepada doktor anda dengan segera kerana kemungkinan terdapatnya darah beku. Jika darah beku dapat dikesan dari awal, peluang untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah tinggi.

Penjagaan Harian

Perhatikan sekiranya terdapat pendarahan selepas rawatan dialisis, jika kawasan sambungan kelihatan merah, atau berdarah lebih lama dari biasa, hubungi doktor anda dengan segera. Berhati-hati pada lengan yang terdapat fistula di dalamnya ketika anda sedang tidur agar tidak menindihnya. Jangan memakai barang kemas seperti gelang dengan ketat pada lengan tersebut. Elakkan dari membawa barang berat di mana akan memberikan tekanan pada fistula anda atau akan mencederakan pusat sambungan. Jangan memakai pakaian ketat yang boleh menyekat aliran darah ke tangan anda. Dan elakkan dari mengambil tekanan darah pada tangan yang mengandungi fistula.

Membersihkan Fistula

Sentiasa pastikan pusat sambungan fistula bersih. Basuh kawasan sambungan setiap hari dengan sabun anti bakteria, terutamanya sebelum menjalani rawatan dialisis. Hindarkan dari menggunakan krim atau losyen pada fistula anda. Dan jangan sentuh atau garu pada tapak fistula anda.

Periksa sekiranya ada jangkitan dengan melihat tanda-tanda kemerahan, bengkak, jerawat atau bisul. Hubungi doktor sekiranya ada tanda-tanda jangkitan atau pun anda merasa sakit di kawasan fistula. Doktor akan membekalkan kepada anda antibiotik sekiranya memang benar terdapatnya jangkitan.

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: