Assalamualaikum pembaca sekalian,
Menjaga buah pinggang anda agar sentiasa sihat semasa anda masih muda sangat penting kerana ianya akan mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit buah pinggang apabila anda tua. Walaupun sesetengah individu boleh cenderung kepada masalah buah pinggang, masih terdapat perkara-perkara yang semua orang boleh lakukan untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.
Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mengalami kegagalan buah pinggang, atau mempunyai penyakit buah pinggang pada masa lalu, baca di bawah untuk mengetahui apa yang anda boleh lakukan untuk menjaga kesihatan anda untuk masa depan.
- Jika boleh, elakkan penggunaan berpanjangan ubat anti-keradangan bukan steroid, kerana ubat-ubatan ini merosakkan fungsi buah pinggang. Jika anda sedang dalam pengambilan salah satu dari ubat jenis ini, ujian darah yang kerap boleh mendedahkan masalah yang mungkin berlaku dengan buah pinggang anda. Doktor anda boleh menukar ubat anda sebelum timbul komplikasi yang lebih buruk.
- Pastikan tubuh anda sentiasa terhidrasi sepanjang hari. Kekurangan air boleh menyebabkan tekanan yang tidak perlu pada sistem buah pinggang anda.
- Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang menyumbang kepada kesihatan buah pinggang. Antara yang disyorkan kepada mereka yang menjalani dialisis seperti, kubis, brokoli, beri, epal, bawang putih dan bawang, lada, dan tomato.
- Elakkan pengendalian atau lebih pendedahan kepada logam berat. Contohnya seperti plumbum, kromium, kadmium, merkuri dan arsenik adalah merbahaya terutamanya kepada kesihatan buah pinggang. Jika anda terdedah kepada gangguan buah pinggang, adalah dinasihatkan agar anda mengelakkan makanan tambahan dan minuman untuk tujuan sukan yang mengandungi sebatian kromium, dan mengelakkan pengambilan vitamin tambahan yang mengandungi kromium dan kadmium.
- Kurangkan risiko diabetes. Amalkan selalu bersenam, kurangkan lemak dan gula semasa anda masih muda. Jika anda menjadi pesakit kencing manis pada masa akan datang, ianya adalah salah satu perkara utama yang menyebabkan kegagalan buah pinggang.
Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


OOOooo ! baru b3njy tahu … penyakit kencing manis ni ada hubung kait ngan penyakit buah pingganglah yer… ! Emm.. maksudnya kena jaga buah pinggang untuk mengelak penyakit kencing manis rupanya … sekarang ni b3njy dah faham dah … info yang sangat baik.
b3njy recently posted..SAYA NAK SAMSUNG GALAXY S II SEBAB
Salam tuan,sedikit pencerahan.Yang perlu dijaga ialah penyakit kencing manis,sebab ianya merupakan antara punca paling utama berlakunya kerosakan buah pinggang.
Pingback: Nefrotik sindrom dikalangan kanak-kanak l Buah Pinggang Sihat Dot Com