Bagaimana Memanjangkan Hayat Kawasan Sambungan Dialisis


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Jika anda sekarang sedang dalam rawatan dialisis atau mengetahui sesiapa yang menggunakan rawatan tersebut, tentunya anda juga mengetahui bahawa penjagaan penyambungan pembuluh darah dengan sempurna adalah sangat penting. Tanpa penjagaan yang sempurna, anda mungkin perlu melakukan pembedahan lain untuk mencari satu lagi penyambungan pembuluh darah samada di paha, kateter, fistula, graft atau pun pusat urat kateter.Artikel ini akan mengajar anda bagaimana untuk menjaga kawasan penyambungan yang anda gunakan ketika sesi rawatan dialisis. Langkah-langkah yang dikongsikan mestilah diikuti supaya kawasan penyambungan tersebut sentiasa terjaga.


  • Tinggikan tangan anda dengan meletakkan di atas bantal hingga kawasan sambungan tersebut tidak lagi bengkak. Jika jahitan masih baru, doktor akan memberitahu kepada anda bagaimana untuk menjaganya.
  • Sentiasa pastikan kawasan sambungan berada dalam keadaan bersih. Jika anda menggunakan kaedah peritonial dialisis, doktor atau jururawat akan mengajar bagaimana untuk membersihkan tapak kateter anda dan bagaimana menjaga agar tidak berlaku jangkitan. Bergantung kepada jenis rawatan yang anda gunakan, doktor akan menerangkan kepada anda bagaimana untuk menjaga kebersihannya.
  • Jangan sesekali memakai pakaian yang ketat pada lengan yang ada graft atau fistula. Ianya akan menyebabkan bekalan darah akan terhalang untuk sampai ke tempat sambungan anda. Anda tidak perlu memakai pakaian yang ketat di sekitar kawasan lengan anda, beg bahu, dompet, beg buku atau barang kemas. Dengan berbuat demikian boleh merosakkan lengan anda.
  • Jangan biarkan sesiapa pun termasuk diri anda untuk memeriksa tekanan darah, mengambil darah atau memberikan ubat intramuskular sekiranya anda mempunyai graft atau fistula dalam pada kawasan sambungan. Hanya satu pengecualian dari perkara di atas sekiranya anda telah dimaklumkan oleh doktor untuk menggunakan sesetengah ubat yang dimasukkan melalui jarum suntikan dialisis anda.
  • Elakkan dari tidur di atas lengan yang mengandungi penyambungan anda atau tidur dengan membengkokkan lengan yang terdapatnya penyambungan. Jangan meletakkan beban kerana ianya akan menyebabkan pembekuan darah yang merupakan perkara yang mesti dielakkan.
  • Jangan mengangkat objek berat termasuk binatang peliharaan dan juga kanak-kanak. Secara umumnya anda tidak perlu mengangkat apa-apa yang beratnya melebihi 25 lbs. Doktor akan memaklumkan kepada berapa jumlah berat objek yang selamat untuk anda angkat.
  • Periksa getaran pada lengan anda untuk memastikan darah mengalir dengan baik. Anda perlu melakukannya setiap hari agar dapat mengesan dari awal sekiranya terdapat sebarang masalah. Sekiranya anda tidak merasakan getaran, sila hubungi doktor anda dengan segera untuk mereka memeriksanya. Dan jangan teragak-agak untuk meminta bantuan dari pegawai bantuan dialisis anda kerana mereka akan sentiasa memberikan bantuan yang diperlukan.

==============================
Rujukan : How To Prolong A Dialysis Access Site
==============================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang