Bagaimana buah pinggang bekerja?


kidney functuon,fungsi buah pinggangAssalamualaikum pembaca sekalian,

Bertemu lagi kita dalam post saya yang terbaru.Pada kali ini kita akan berkongsi artikel tentang bagaimana buah pinggang menjalankan fungsinya yang telah ditetapkan.

Tugas utama yang dilakukan oleh buah pinggang kita ialah mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita.Proses keseimbangan ini dipanggil sebagai proses hemeostatis.Selain itu,buah pinggang kita juga akan membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh.Proses ini adalah bagi memastikan dalam darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid alkali di dalam cecair tubuh.

Oleh itu,sebagai bahan penapis yang sangat ajaib,buah pinggang akan memastikan semua bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh akan dikeluarkan dari dalam badan sebagai air kencing.

Bagaimana Buah Pinggang Bekerja?

Kedudukan buah pinggang kita terletak atas sedikit daripada pinggang iaitu di belakang rongga abdomen. Arteri renal membawa darah daripada jantung ke buah pinggang. Satu tiub yang disebut sebagai ureter akan berfungsi untuk mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi. Setiap buah pinggang mengandungi lebih sejuta struktur berbentuk bola kecil dinamakan glomeruli. Glomeruli terletak di cortex atau bahagian luar buah pinggang. Fungsinya ialah menapis cecair mengandungi glukos, asid amino, garam dan bahan kotoran daripada darah.

Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui beberapa tiub kecil. Tiub itu dikelilingi oleh saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan tubuh. Darah yang ditapis tadi kemudian ke luar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula.

Cecair yang ditapis ini mengandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi-pundi kencing. Air kencing kan keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dikenali sebagai sistem buah pinggang.

Selain daripada berfungsi sebagai organ yang membersihkan darah, buah pinggang juga berfungsi untuk mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di dalamnya. Contohnya  jika anda minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah.Ini akan memberikan kesan iaitu akan mencairkan darah anda.Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing.

Sama juga jika anda banyak berpeluh.Apabila kita berpeluh,tubuh akan kekurangan  air dan air kencing akan bertukar menjadi warna pekat sehinggalah buah pinggang akan menjalankan tugasnya iaitu mengumpul jumlah air yang cukup.

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One thought on “Bagaimana buah pinggang bekerja?

  1. Pingback: Nefron-Strukur & Fungsinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: