Awas Serangan ‘Pembunuh Penyap’


Assalamualaikum pembaca sekelian,

Gempak tak baca tajuk di atas?Sebenarnya ‘pembunuh senyap’ adalah gelaran yang diberikan kepada suatu penyakit yang merbahaya dan boleh dikatakan semua orang akan menghidapinya.

Melihatkan gelaran yang diberikan,kita sudah boleh menjangka betapa bahayanya penyakit tersebut.Penyakit yang dimaksudkan ialah tekanan darah tinggi.Dalam artikel kali ini kita sama-sama akan mengetahui dengan lebih mendalam tentang penyakit tekanan darah tinggi ini,insyaAllah.

Ini penting kerana sekiranya tekanan darah tinggi tidak diubati dan dirawat,ianya akan menyumbang kepada kerosakan buah pinggang kita.Jadi teruskan bacaan anda.

Apakah penyakit tekanan darah tinggi?

Hipertensi (atau tekanan darah tinggi) menggambarkan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah. Apabila tekanan darah diukur, terdapat 2 bacaan. Tekanan yang lebih tinggi, tekanan sistolik, adalah tekanan darah pada arteri semasa jantung sedang mengepam darah. Tekanan yang lebih rendah, dipanggil diastolik, adalah tekanan darah pada arteri  semasa otot jantung sedang berehat di antara dua denyutan. Apabila tekanan darah yang tinggi dikesan, ia biasanya memerlukan rawatan sepanjang hayat.

Jenis-jenis Hipertensi

1. Hipertensi Primer – Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca  peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah :-
v Sejarah hipertensi dalam keluarga.
v Kegemukan.
v Pengambilan garam dan alkohol yang melampau.
v Merokok
v Tekanan yang melampau.

2. Hipertensi Sekunder – Bentuk ini, seperi yang digambarkan oleh namanya, adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/penyakit-penyakit yang lain seperti:-
v Penyakit-penyakit Buah Pinggang.
v Penyakit-penyakit  Endokrin.
v Disebabkan Ubat.
v Kecacatan kelahiran.
v Punca-punca lain.

Komplikasi-komplikasi

Tekanan darah tinggi (kadang-kadang dirujuk sebagai “pembunuh senyap”) harus dipantau selalu dan dirawat oleh seorang doktor. Jika tidak dikesan atau jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti :-
v Strok – yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor dan pecah.
v Jantung – salur darah yang membekalkan otot-otot jantung disekat sepenuhnya.
v Kegagalan jantung – jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukupnya.
v Kerosakan Buah Pinggang.
v Kerosakan Mata.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala

Biasanya, pada hipertensi primer atau esensial, tiada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Terdapat hanya satu cara untuk mengesan hipertensi iaitu dengan selalu memeriksa tekanan darah. Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut :-
v Tekanan diastolik melebihi 90mm Hg.
v Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari.
v Tercungap-cungap.
v Pandangan yang kabur.
v Pendarahan di hidung yang sering berulang.
v Sakit kepala yang berterusan.
v Pening.

Rawatan

Rawatan serta-merta dan kerap dari seorang doktor adalah perlu dan terdapat pelbagai jenis ubat pada masa kini. Gaya hidup yang sihat perlulah diikuti untuk seseorang itu menjalani kehidupan yang normal.

Gaya Hidup yang sihat
v Elak dari menjadi gemuk.
v Kurangkan pengambilan garam, lemak dan gula.
v Makan makanan yang seimbang dengan melebihkan bahagian buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin – bijirin.
v Senam selalu tetapi jangan melakukannya secara melampau.
v Belajar untuk beristirehat.
v Periksa tekanan darah anda selalu. Jika umur anda melebihi 40 tahun, lakukannya setahun sekali atau lebih kerap jika hipertensi telahpun dikesan.

Tabiat-tabiat Untuk Diikuti

v Ingat untuk mengambil semua ubat-ubatan seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor anda.
v Baca label-label pada makanan dan ubat-ubatan dan pilih pilihan yang rendah garam.
v Minta keluarga dan kawan-kawan anda untuk membantu anda mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Elakkan

v Makanan yang tinggi lemak dan garamnya.
v Makanan dan ubat-ubatan yang tinggi dalam kandungan sodium (sila tanya pegawai farmasi anda)
v Bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda (sila tanya pegawai farmasi anda)
v Merokok.
v Miniman beralkohol.
v Kekurangan senaman.
v Kerisauan.
v Khuatir untuk berbincang dengan doktor anda mengenai gejala-gejala penyakit atau masalah-masalah berkenaan ubat-ubatan.

Ingat

Untuk selalu berunding dengan doktor anda
v Sebelum memulakan perubatan untuk tekanan darah tinggi anda.
v Mengurangkan atau meningkatkan sukatan-sukatan ubat.
v Menukar perubatan anda.
v Memberhentikan perubatan tekanan darah anda.

Jika anda mempunyai hipertensi, runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda sebelum mengambil rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit yang lain memandangkan ia boleh saling bertindak dengan rawatan perubatan tekanan darah tinggi anda.

Nikmati kehidupan yang normal dengan memantau dan mengawal tekanan darah tinggi dengan sempurna.

P/S: Adakah artikel di atas membantu?Sekiranya ya,mengapa tidak anda melanggan artikel blog ini secara mudah melalui RSS feed atau emel? Atau tunjukkan sokongan anda dengan memberikan sedikit komen.Saya pasti amat menghargainya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 thoughts on “Awas Serangan ‘Pembunuh Penyap’

  1. Pingback: buah pinggang sihat,hidup ceria » Kenali Kencing Manis

  2. Pingback: Penyakit Batu Karang:Apakah Puncanya? « http://buahpinggangsihat.com

  3. Pingback: Protinuria-Adakah Anda Berisiko?

  4. Pingback: Ujian Yang Dilakukan Untuk Mengesan Penyakit Buah Pinggang l buahpinggangsihat.com

  5. Pingback: Kesan Tekanan Darah Tinggi Kepada Buah Pinggang l buahpinggangsihat.com

  6. Maklumat yang berguna.
    Satu soalan dari saya, adakah pesakit yang ada tekanan darah tinggi akan merasa badan tidak bermaya dan rasa lesu.

    Terima kasih.

    • Terima kasih kerana bertanya.Tanda-tanda anda mempunyai tekanan darah tinggi ialah seperti berikut:

      v Tekanan diastolik melebihi 90mm Hg.
      v Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari.
      v Tercungap-cungap.
      v Pandangan yang kabur.
      v Pendarahan di hidung yang sering berulang.
      v Sakit kepala yang berterusan.
      v Pening.

  7. Pingback: Tahukah Anda Nephrectomy? l Buah Pinggang Sihat Dot Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang