Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya amat menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan emel anda di sini.
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Di zaman yang serba canggih ini, banyak produk-produk yang dihasilkan bertujuan untuk menjaga kesihatan manusia.Namun pada hakikatnya produk yang dihasilkan tersebut memberikan kesan yang lebih buruk kepada kesihatan manusia.
Antara yang dihasilkan atas tujuan tersebut ialah rokok elektronik.Rokok elektronik dicipta bertujuan untuk menggantikan rokok-rokok yang sedia ada dijual di kedai-kedai.Namun, rokok elektronik bukan sahaja tidak sesuai untuk menggantikan rokok sedia ada,malah ianya lebih merbahaya dari rokok tersebut. Jadi, pada artikel kali ini saya ingin kongsikan dengan anda info tentang bahaya rokok terhadap buah pinggang.
Kebanyakan daripada kita telah pun sedia maklum akan bahaya rokok kepada paru-paru dan sistem kardiovaskular.Tetapi amat jarang didedahkan kepada kita akan bahayanya dan kesan buruk rokok terhadap buah pinggang.Tidak kiralah rokok elektronik sekali pun, ianya tetap memberikan kesan buruk kepada buah pinggang. Sebenarnya dengan tabiat merokok, akan meningkatkan risiko mengidap penyakit buah pinggang dan juga penyakit kanser.
Penyakit Buah Pinggang
Merokok akan meningkatkan kemungkinan mempunyai penyakit buah pinggang kronik, dan tabiat merokok juga akan meningkatkan risiko kematian akibat strok dan serangan jantung di antara orang-orang yang sudah mempunyai penyakit buah pinggang.
Pengurangan MAO-B
Merokok menurunkan monoamina oksida B, iaitu enzim yang berfungsi untuk meningkatkan kesihatan di seluruh tubuh. Dalam sebuah kajian oleh Brookhaven National Laboratory di New York, tahap MAO-B dalam buah pinggang rata-rata antara 33 dan 46 peratus lebih rendah di kalangan perokok.
Kanser
Penggunaan tembakau juga akan meningkatkan risiko karsinoma sel buah pinggang, juga dikenali sebagai kanser buah pinggang, menurut National Cancer Institute.
Puncanya
Ketika paru-paru menyerap karsinogen dalam asap tembakau ke dalam aliran darah, bahan kimia ini menjadi tertumpu dalam buah pinggang ketika organ tersebut menjalankan fungsinya untuk menapis darah.
Berhenti
Berhenti merokok adalah jalan terbaik untuk mengurangkan risiko masalah buah pinggang. Tetapi dapat waktu bertahun-tahun bagi tubuh untuk kembali ke kesihatan pra-merokok-nya.Tetapi bagi mereka yang merupakan perokok tegar, tubuh mereka memerlukan beberapa tahun untuk kembali kepada keadaan kesihatan sebelum mereka merokok.
Ingin Berhenti Rokok? Ketahui Rahsia Berhenti Merokok Selamanya Hanya Dalam Masa 3 Minggu
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca artikel-artikel kesihatan khususnya tentang buah pinggang demi untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran khususnya untuk diri beliau sendiri dan umumnya kepada seluruh masyarakat.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.



Sudah 17 tahun berhenti merokok
Baguslah.Sekarang umur berapa?
Jai mula start merokok masa umur 13 tahun.. Sekarang dah 27.. Nak berhenti cukup shh.. Sehari 2 kotak dunhill.. Ubat atau alat kat pasaran sekarang mmg dah x berkesan untuk buatkan Jai berhenti.. Sekarang ni masalah selalu rasa nak muntah bila isap rokok.. Kadang2 sampai sakit kepala..
Sekarang Jai masih merokok lagi ke?
A’ah.. Smoking lagi..

decrewz recently posted..Shortcut Rahsia Pada Mozila Firefox Yang Perlu Anda Tahu
Kuat ke?
Sekarang dah tinggal 1 kotak sehari.. X larat asyik batuk je..
decrewz recently posted..Shortcut Rahsia Pada Mozila Firefox Yang Perlu Anda Tahu
1 kotak sehari pun kira banyak juga bro.
dulu saya smoking juga tapi sekarang tidak lagi. nak berenti terus memang susah. boleh cuba kurangkan pelan-pelan.walaupun tak dapat berenti terus, sekurang-kurangnya kita dapat kurangkan
nasslimdiet2 recently posted..Testimoni SD2 dari Sungai Buloh
Saya dulu pun memang payah nak berhenti.Tapi dah memang tabiat manusia, dah kena penyakit baru nak berhenti.
dan apabila buah pinggang rosak, maka menjadi punca kepada penyakit jantung dan paru-paru, kan bro?
TE tak merokok..namun kadang2 dikelilingi perokok (kawan2)..perokok pasif pun bahaya
tengkorak emas recently posted..Promo- Contest Garden of Eden
Perokok pasif lebih terdedah kepada bahaya berbanding perokok tegar.
pernah gak try rokok elektronik.. best gak
Macam mana bro… Kalau xisap mau mcm mayat hidop perokok ni..Mungkin diorang ni tak kena lagi penyakit ni..tu yang tak takut. Kalau dah kena menagis tak berlagu la….
jasman recently posted..Hot ticket kawan aku
Jadi harap-harap mereka akan cepat insaf.
selagi doktor tak sahkan hidap penyakit
selagi tu la tak ada rasa nak berenti merokok
Betul tu bro.Pengalaman saya pula orang yang merokok ni bila dah ketagih memang susah nak berhenti.
Memang tak dapat dinafikan akn bahayanya rokok ni. Kalau dapat elak memang lah bagus sekali.
Kawe dengan rokok ni kisahnya ramai yg tak percaya. Kawe start hisap rokok masa sekolah rendah bermula dengan rokok daun monyang kawe. Lepas tu baru try Dunhill, Lucky Strikes, Camel, Salem..
Masa zaman dulu, budak2 senang beli rokok. Tak de larangan kerajaan lagi, malah dalam bas pun ada budak2 sekolah hisap secara terbuka. Bila ingatkan kembali alangkah bodohnya dan buruk rupa kawe masa tu berlagak macho yang tak kena tempatnya.
Umur 16 tahun kawe berhenti secara tak sengaja. Ia bermula dari satu betting dengan sedara kawe yang kawe boleh berhenti hisap rokok. Ironiknya walaupun kawe dah tak hisap rokok lagi sampai sekarang duit betting tu masih kawe belum dapat!!!
Walaupun dah berhenti rokok, namun tetap sukar nak elakkan dari kesan rokok ni. Habis majoriti (80%) kawan-kawan lelaki ni semuanya merokok. Maka sedap jer kita di depan mereka menghidu asap rokok. Harap2 tak hancur ler buah pinggang kawe dibuatnya….
Ismail n recently posted..Kalau Anda Jadi Kaya
Saya pula hisap rokok masa form 2.Yang boleh berhenti hisap ni apabila saya disahkan mengidap penyakit nefrotik sindrom.Kira ada hikmah lah juga kena penyakit ni.
susah sebenarnya nak berhenti bagi yang sudah berjinak2 dengan merokok
P/sL font macam tak berapa sesuai.. susah nak baca.. sekadar pandangan..
zik recently posted..Kelakar- mari belajar menggunakan bazooka
Salam zik,
Terima kasih atas pandangan membina anda.Sebenarnya saya pun masih tak berapa berminat dengan jenis-jenis font yang ada dalam plugin google font ni.Saya minat font arial.Bro tau tak macam mana nak cari?Saya akan tukar balik font,terima kasih sekali lagi.
Pingback: 10 Langkah Untuk Elakkan Penyakit Buah Pinggang l buahpinggangsihat.com
artikel yang sesuai untuk perokok tegar. nak share kat fb la
Amat dialu-alukan.Silalah sharekan di fb.
Pingback: Rahsia Untuk Berhenti Rokok. Selamatkan buah pinggang anda! l buahpinggangsihat.com
Assalamun alai’k… Pohon ceritakan permasalahan rokok elektri… Sebab disini saudara menceritakan khusus pada rokok rokok tembakau biasa.. Saya dulu perokok tegar jugak.. Tp dah x hisap lagi rokok tembakau.. Sebab sekarang saya beralih pada rokok letronik..! Saya mencari kesan sampingan rokok letrik.. Tp buat masa sekarang semuanya merujuk pada permasalahan perokok tembakau.. Alhamduillah..! Sekarang kesihatan saya semakin baik jika berbanding ketika saya menghisap rokok tembakau.. Serta tempoh hisap rokok saya semakin berkurangan..Sekadar pengalaman saya sebagai perokok..dan ianya bukanlah untuk dibanggakan serta meninggi diri sekadar perkongsianbersama… Saya hisap King Saiz dua kotak setiap hari setelah sekian lama.. Bermula dari umur dua belas tahun lagi.. Akibat pengaruh rakan sebaya.. Hinggalah berakhir Rejab 1433Hijiriah.. Saya beralih pada rokok letrik yang dikhabarkan pada saya rokok kesihatan dari sahabat saya yang sama mula merokok dahulu.. Sahabat saya kini bekerja dalam kementerian kesihatan.. Saya beritahu permasalahan kesihatan saya.. Sesak nafas, pedih hulu atiemmBatuk.. selsema..batuk..serta nafas suara saya semakin pendek serta sukar membaca akhir ayat Al-Fatihah ayt:7.. Dimana sering berhenti pada “alaihim” serta sembung semula pada “Khoiril Mahgdhu”.. Saya sering mendengar kuliah keagamaan yg sering menerangkan bahawa bukan x boleh berhenti pada ayat tersebut.. Walaupown Mazhab Maliki membolehkannya berhenti. Tp sebolehnya kita pegang pada Ajaran Imam Syafie’ah sebab kita menetap dalam mazhab beliau bahawa sebolehnya teruskan habis bacaan ayat tersebut kerana ianya boleh menjadi penambahan ayat surah Al-Fatihah.. Jadi sahabat saya menyarankan supaya menukarkan tabiat merokok saya beralih pada rokok kesihatan.. Jadi saya pun mencubanya hingga sekarang.. Saya tidak menggunakan perasa berkenaan rokok.. Saya cuma gunakan perasa buah-buahan seperti epal, laichi, anggur,, serta berry.. Ianya bukan keluaran luar bahkan dihasilkan dari anak watan seagama serta 100 peratus dari bahan halal.. Alhamdulillah, hingga sekarang permasalahan saya itu tidak lagi mengganggu saya dimana nafas saya semakin baik.. Kesihatan saya pun dah kembali stabil.. Tiada lagi masalah batuk, selsema.. Bahkan penyakit yang saya khbarkan tadi tidak lagi mengganggu kerja amal ibadat saya.. Bukanlah untuk mempromote rokok letrik.. Tapi itulah yg saya rasa sekarang.. Syorkan bagi mereka yg mahu berhenti merokok. Saya sekarang dah x boleh isap tembakau lagi sebab rasa asap tembakau teruk.. Busuk badan kengkawan yg hisap tembakau pun saya dah buleh bau.. Dulu tidak.. Tapi orang lain yg x hisap tembakau semuanya kata:” issshh Busuknya.!” Tp ketika itu saya x bau pown.. Dan sekarang. Nie bersyukur pada Allah Ta’ala.. Bagi saya rokok letrik membantu saya dalam berhenti dari mengambil rokok tembakau.. Jadi sekarang saya nak tahu akan kesan sampingan rokok letrik..untuk info saya.. Sebab tiada makluman sahih lagi akan bahaya rokok letrik yang saya baca.. Insha Allah.. Mungkin satu masa terdekat nanti saya akan berhenti merokok..! Pohon jasa saudara sekiranya ada info yang sahih akan kesan sampingan rokok eletronik untuk saya sebagai peringatan.. Sesungguhnya benda yang memudaratykan badan kita adalah haram… rokok elektronik itu juga pasti ada kesan sampingannya.. Just for my info for our health.. Wasallamun alai’k..