Apakah Makanan Yang Baik Untuk Meningkatkan Fungsi Buah Pinggang Anda?


Buah pinggang anda adalah bahagian yang paling utama di dalam sistem kencing anda dan adalah penting untuk menyingkirkan bahan buangan dari badan anda. Buah pinggang juga memainkan peranan dalam pengawalan tekanan darah, rembesan hormon, dan keseimbangan asid asas. Buah pinggang anda mungkin tidak berfungsi pada tahap yang optimum apabila anda makan makanan yang mengandungi tahap mineral yang tinggi, seperti sodium dan potassium, yang boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan pada buah pinggang anda. Mengekalkan tahap kesihatan buah pinggang anda adalah perlu untuk fungsi badan yang normal.

Nasi

good for kidneyNasi adalah sumber karbohidrat yang boleh melengkapkan tubuh badan anda dengan jumlah tenaga yang mencukupi selain kandungan potassium yang sangat rendah. Walaupun badan anda memerlukan keperluan potassium untuk banyak fungsi penting, potassium yang berlebihan akan dikeluarkan dari badan oleh buah pinggang anda. Jika kandungan potassium terlalu banyak di dalam aliran darah anda, fungsi buah pinggang mungkin akan menurun. Oleh itu nasi boleh dimasukkan dalam diet anda sebagai alternatif kepada karbohidrat berkanji yang mengandungi sejumlah besar potassium secara semulajadi.

Protein Soya

soy proteinProduk tenusu serta kebanyakan produk dari sumber haiwan  mengandungi mineral dipanggil fosforus. Fosforus adalah nutrien yang membantu menggalakkan kesihatan tulang. Walaubagaimanapun, fosforus yang berlebihan boleh memberikan kesan yang bertentangan dan menyebabkan tulang anda menjadi lemah. Buah pinggang anda secara semulajadi akan berfungsi untuk menapis kandungan fosforus yang berlebihan di dalam aliran darah anda. Apabila kandungan fosforus terlalu tinggi, ianya boleh membebankan fungsi buah pinggang anda, dan akan mengakibatkan kerosakan kepada tisu sensitif yang membuang toksin dari badan anda. Untuk membantu mengekalkan tahap keseimbangan fosforus, anda boleh cuba menggantikan beberapa produk tenusu dengan produk alternatif berasaskan soya. Ini kerana soya mengandungi banyak nutrien yang sama seperti produk tenusu, tetapi ia mengandungi tahap fosforus yang rendah. Ini boleh membantu melindungi buah pinggang anda daripada kerosakan yang disebabkan oleh pengambilan fosforus berlebihan.

Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran

Diet yang tinggi kandungan protein boleh memberikan tekanan pada buah pinggang anda dengan menghasilkan sebatian yang dikenali sebagai urea. Urea adalah hasil sampingan semulajadi metabolisme protein. Jika diet anda mengandungi paras tinggi protein, tahap urea yang tinggi terpaksa melalui buah pinggang, yang berpotensi merosakkan organ tersebut dan menghadkan keupayaannya untuk membuang toksin berbahaya yang lain daripada darah anda. Mengurangkan pengambilan protein dalam meningkatkan pengambilan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu mengawal jumlah urea yang perlu ditapis oleh buah pinggang anda.

Makanan Rendah Sodium

Sodium, atau garam, memainkan peranan dalam pengawalan tekanan darah anda dan kesihatan buah pinggang. Terlalu banyak sodium boleh menyebabkan kesukaran untuk buah pinggang anda menjalankan fungsinya, yang boleh membawa kepada pembentukan sodium yang berlebihan dalam badan. Pengambilan sodium yang berlebihan boleh mendatangkan bahaya untuk buah pinggang dan tekanan darah, dan boleh menyebabkan pembengkakan abnormal di seluruh badan anda. Dengan mengurangkan makanan rendah sodium dalam diet anda dan menggantikannya dengan makanan yang rendah sodium, anda boleh meningkatkan kesihatan buah pinggang. Makanan yang tinggi kadnungan sodium termasuk makanan dalam tin atau yang diproses dan di dalam kebanyakan sos. Makanan yang rendah sodium termasuklah pelbagai jenis roti dan kacang.

Sumber: LiveStrong.com: The Best Foods To Increase Kidney Function

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Apakah Makanan Yang Baik Untuk Meningkatkan Fungsi Buah Pinggang Anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang