Apakah Makanan Yang Baik Untuk Fungsi Buah Pinggang Anda?


makanan untuk buah pinggang sihat

kredit foto: livestrong.com

Diet seimbang yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan badan adalah perlu kepada semua orang. Walaubagaimanapun, sekiranya fungsi buah pinggang anda telah menurun, anda perlu memberikan lebih perhatian terhadap pengambilan diet seharian anda. Ini kerana ada sesetengah makanan yang baik untuk anda tetapi ada sesetengahnya tidak. Membuat pilihan makanan yang baik dapat membantu mengurangkan beban pada buah pinggang anda dan mencegah ianya dari menjadi bertambah parah.

Protein

Sekiranya anda mempunyai penyakit buah pinggang, pengambilan protein yang terlalu banyak akan meningkatkan tekanan pada buah pinggang. Ini disebabkan oleh pecahan dari protein akan menghasilkan urea di dalam aliran darah. Oleh itu, anda sepatutnya mengurangkan pengambilan protein yang berlebihan. Dengan ini akan dapat membantu mengurangkan tahap urea di dalam darah dan dapat meningkatkan tahap kesihatan buah pinggang. Apa yang perlu anda lakukan ialah gantikan makanan yang tinggi kandungan protein seperti daging, telur dan produk susu dengan pilihan makanan yang rendah protein seperti bijirin dan sayur-sayuran.

Karbohidrat

Berbeza dengan protein, karbohidrat seharusnya membentuk sebahagian besar diet anda. Walaupun ramai dikalangan kita yang mengamalkan pengambilan diet rendah karbohidrat bagi menurunkan berat badan, karbohidrat sebenarnya membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan anda untuk ianya berfungsi dengan betul. Jika anda mempunyai mempunyai penyakit buah pinggang atau kerosakan buah pinggang, anda perlulah mengekalkan tahap tenaga anda dengan sumber karbohidrat kompleks dan ringkas. Karbohidrat kompleks termasuklah roti gandum, beras perang, dan sesetengah jenis sayur-sayuran. Karbohidrat yang baik dan ringkas pula boleh didapati dalam buah-buahan. Elakkan pengambilan produk yang mengandungi gula halus, seperti kek, pai, biskut, gula-gula dan pastri.

Sodium

Pemantauan terhadap pengambilan sodium adalah sangat perlu sekiranya anda mempunyai penyakit buah pinggang atau buah pinggang anda tidak lagi berfungsi. Apabila buah pinggang anda tidak lagi berfungsi dengan baik, kandungan sodium tidak dapat disingkirkan dengan betul melalui air kencing anda. Ini akan menyebabkan pengekalan cecair dalam badan dan menjadikan tubuh badan anda bengkak atau edema. Oleh itu elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium termasuk kentang goreng, keju, sayur-sayuran dalam tin, sup dalam tin dan juga garam. Anda boleh menggantikan rempah dan herba yang tidak mengandungi sodium dalam makanan anda sebagai penambah perisa tanpa meningkatkan tahap sodium.

Fosforus

Fosforus pula adalah mineral yang diperlukan untuk gigi yang sihat, tulang, otot dan saraf. Walaubagaimanapun, kemorosotan fungsi buah pinggang akan menyebabkan badan anda mengalami kesukaran untuk mengimbangi tahap kalsium dan fosforus di dalam darah. Apabila tahap fosforus menjadi tinggi dan tahap kalsium rendah, badan akan menyerap kalsium dari tulang. Keadaan ini akan menyebabkan tulang anda menjadi rapuh. Elakkan makanan yang tinggi kandungan fosforus seperti keju, sardin, minuman ringan berkola dan mentega kacang. Sebaliknya gantikan makanan tersebut dengan makanan yang rendah kandungan fosforus seperti brokoli, minuman ringan yang tidak berkola dan sebagainya.

Potassium

Buah pinggang yang berfungsi dengan normal akan menyimpan potassium di dalam badan pada tahap normal. Apabila buah pinggang anda tidak berfungsi dengan betul, tahap potassium akan meningkat dan menyebabkan denyutan jantung menjadi tidak teratur dan lain-lain keadaan yang serius. Elakkan dari mengambil makanan yang tinggi potassium seperti pisang, brokoli, coklat, tomato, prun dan cendawan. Gantikannya dengan makanan yang rendah potassium seperti epal, tembikai, pear, timun, anggur, kranberri, ceri dan lobak merah.

Bagaimanakah diet yang anda makan setiap hari?

Selepas ini cuba anda semak semula senarai pengambilan diet yang anda amalkan selama ini? Adakah ianya baik untuk kesihatan buah pinggang anda atau sebaliknya. Diharapkan perkongsian artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mencipta satu menu harian yang sihat dan mampu untuk mengekalkan fungsi buah pinggang anda pada tahap yang terbaik.

Sumber : LiveStrong.com – What Foods Are Good For Kidney Function?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Apakah Makanan Yang Baik Untuk Fungsi Buah Pinggang Anda?

  1. Pingback: Letih Selepas Dialisis & Bagaimana Mengatasinya? l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  2. Pingback: Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Menyebabkan Kegagalan Buah Pinggang? l Buah Pinggang Sihat Dot Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang