Apakah Komplikasi Dari Hidronefrosis?


Apakah yang anda faham dengan maksud komplikasi? Komplikasi bolehlah ditakrifkan sebagai satu-satu akibat yang akan diterima oleh seseorang disebabkan gejala-gejala yang berlaku apabila seseorang mengidap sesuatu penyakit.

Saya ambil contoh diri saya sendiri sebagai seorang pesakit nefrotik sindrom suatu ketika dulu. Antara gejala bagi pesakit nefrotik sindrom ialah air kencing akan berbuih disebabkan kandungan urin mengandungi protin. Maka antara komplikasi (akibat) yang boleh berlaku dari gejala tersebut ialah darah beku. Dan ini pernah berlaku kepada saya.

Baik, dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda apakah komplikasi-komplikasi yang akan berlaku kepada mereka yang mengidap hidronefrosis. Bagi anda yang baru membaca di blog saya bolehlah rujuk artikel-artikel saya sebelum ini yang berkaitan dengan hidronefrosis.

Komplikasi Hidronefrosis

Sekiranya hidronefrosis tidak dirawat dengan segera, tekanan yang meningkat di dalam buah pinggang anda akan menyebabkan organ itu menurun dari segi keupayaan menjalankan fungsinya. Fungsi buah pinggang anda ialah menapis darah, sisa buangan dan menghasilkan air kencing serta mengawal keseimbangan elektrolit di dalam badan.

Hidronefrosis yang tidak dirawat boleh membawa kepada jangkitan buah pinggang (pilonefrosis), sepsis, dan dalam sesetengah kes buah pinggang yang lengkap fungsinya boleh hilang atau mati fungsi tersebut.

Fungsi buah pinggang akan mula menurun dengan serta-merta apabila seseorang itu mula mengidap hidronefrosis, tetapi keadaan akan menjadi normal apabila masalah pembengkakan buah pinggang diselesaikan. Biasanya buah pinggang akan pulih seperti sediakala walaupun terdapat halangan yang berpanjangan sehingga 6 minggu.

Istilah hidronefrosis akut boleh digunakan sekiranya masalah pembengkakan buah pinggang dapat diselesaikan dan fungsinya kembali normal. Manakala hidronefrosis kronik pula digunakan bagi buah pinggang yang tidak lagi berfungsi dengan normal walaupun halangan dan pembengkakan buah pinggang dapat diselesaikan.

Bolehkah Hidronefrosis Dicegah?

Hidronefrosis adalah situasi yang berlaku kerana ada sebab-sebab yang menyebabkan ianya berlaku, maka pencegahannya ialah mengelakkan dari punca-punca asas tersebut. Sebagai contoh, seseorang yang mengidap batu karang yang menyebabkan ureter tersumbat maka pencegahan untuk hidronefrosis ureter ialah dengan cuba menghalang agar pembentukan batu karang tidak berulang.

Rumusan Untuk Hidronefrosis

  1. Hidronefrosis adalah satu keadaan yang menerangkan berlakunya pembengkakan pada buah pinggang dan ketidakupayaan air kencing mengalir keluar dari buah pinggang ke pundi kencing.
  2. Hidroureter pula istilah yang bermaksud pembengkakan pada saluran kencing, iaitu tiub yang menyambungkan buah pinggang ke pundi kencing.
  3. Halangan boleh berlaku di mana-mana peringkat dalam sistem pengumpulan air kencing iaitu dari buah pinggang ke saluran kencing atau ke pundi kencing atau ke uretra.
  4. Bergantung kepada tahap yang menyebabkan hidronefrosis, ia boleh melibatkan satu buah pinggang atau pun kedua-duanya sekali.
  5. Peningkatan tekanan pada buah pinggang yang disebabkan oleh hidronefrosis boleh menjejaskan fungsi buah pinggang jika ia tidak dirawat dalam satu tempoh yang munasabah.
  6. Gejala hidronefrosis bergantung samada bengkak berlaku secara akut atau bertambah teruk secara perlahan-lahan. Jika ia merupakan pembengkakan akut gejala yang mungkin berlaku ialah sakit di rusuk, loya dan muntah.
  7. Rawatan hidronefrosis dan hidroureter adalah bertujuan untuk memulihkan pengaliran air kencing supaya tidak menjejaskan fungsi buah pinggang.
 Rujukan : http://www.medicinenet.com/hydronephrosis/page5.htm

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang