Apakah Hidronefrosis?


Hidronefrosis merujuk suatu keadaan di mana sistem pengumpulan urin dalam buah pinggang dikembangkan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh variasi biasa atau didasari oleh sesuatu penyakit ataupun satu keadaan perubatan. Kebiasaannya, buah pinggang akan menapis sisa buangan dari darah dan melupuskannya di dalam air kencing.

Air kencing akan mengalir ke calyces individu (tunggal = kaliks) yang membentuk pelvis renal.  Kemudian ia dikosongkan ke dalam saluran kencing, tiub yang menyambungkan buah pinggang ke pundi kencing. Uretra merupakan tiub yang mengosongkan pundi kencing.

Walaupun penyumbatan atau halangan adalah merupakan kekerapan punca berlakunya hidronefrosis, ia juga mungkin disebabkan masalah yang berlaku ketika dalam tempoh pranatal atau mungkin juga tindak balas fisiologi ketika mengandung.

Secara teknikal, hidronefrosis menerang secara khusus keadaan pengembangan dan pembengkakan pada buah pinggang,  manakala hidroureter pula ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan pembengkakan saluran kencing. Hidronefrosis mungkin hanya melibatkan satu buah pinggang atau melibatkan kedua-duanya sekali.

Komplikasi hidronefrosis boleh mengurangkan fungsi buah pinggang. Peningkatan tekanan cecair tambahan dalam buah pinggang menyebabkan pengurangan kadar penapisan darah dan boleh menyebabkan kerosakan struktur kepada sel-sel buah pinggang. Penurunan dalam fungsi ini akan kembali normal jika keadaan asas diperbetulkan tetapi jika hidronefrosis dibiarkan selama beberapa minggu selepas itu, kerosakan itu boleh menjadi kekal.

Apakah Penyebab Hidronefrosis?

Terdapat pelbagai punca berlakunya hidronefrosis yang dikategorikan berdasarkan lokasi bengkak dan sama ada puncanya ialah intrinsik (yang terletak di dalam sistem pengumpulan urin), ekstrinsik (di luar sistem pengumpulan urin) atau jika ia disebabkan dengan suatu perubahan dalam fungsi.

Contoh hidronefrosis intrinsik:

Saluran kencing

  • Batu karang. Ianya adalah sebab yang paling biasa untuk mempunyai hidronefrosis adalah batu buah pinggang yang menyebabkan berlakunya penyumbatan dalam saluran kencing. Batu tersebut akan bergerak secara perlahan-lahan dari buah pinggang ke pundi kencing, tetapi jika ia menjadi seperti empangan pada pundi kencing, air kencing akan kembali semula ke buah pinggang dan akan menyebabkan pembengkakan. Ini akan diklasifikasikan sebagai halangan intrinstik.
  • Darah beku
  • Penyempitan atau parut

Pundi kencing

Uretra

  • Ketidakupayaan untuk mengosongkan pundi (pengekalan urin) atas apa-apa sebab yang boleh menyebabkan hidronefrosis dua hala.
  • Penyempitan uretra
  • Injap uretra

Contoh punca ekstrinsik hidronefrosis

Saluran kencing

  • Tumor atau kanser yang memampatkan saluran kencing dan menghalang aliran air kencing. Contoh-contoh termasuk limfoma, dan sarcoma, terutamanya jika ia terletak di retroperitoneum, di mana buah pinggang dan ureter terletak di belakang pundi yang mengandungi usus.
  • Retroperitoneal fibrosis
  • Sindrom urat ovari
  • Kanser servik
  • Kanser prostat
  • Mengandung
  • Prolaps rahim
  • Parut disebabkan untuk terapi radiasi

Uretra

  • Hipertrofi prostat atau pembengkakan  merupakan penyebab biasa pengekalan kencing dan hidronefrosis yang berikutnya pada lelaki.
  • Kanser prostat

Contoh fungsi yang menyebabkan hidronefrosis

Pundi kencing

  • Pundi neurogenik atau ketidakupayaan pundi kencing berfungsi dengan betul berlaku kerana kerosakan kepada saraf . Ini mungkin berlaku dalam ketumbuhan otak, kecederaan atau tumor saraf tunjang, multiple sclerosis, dan kencing manis disamping sebab-sebab lain.
  • Refluks vesicoureteral di mana air kencing mengalir ke belakang dari pundi kencing ke dalam saluran kencing. Hidronefrosis pranatal adalah contoh, walaupun ia mungkin berlaku pada bila-bila masa dalam kehidupan.

Ringkasnya hidronefrosis adalah suatu istilah yang merujuk kepada suatu keadaan di mana buah pinggang mengembang atau membengkak yang disebabkan oleh beberapa faktor.

InsyaAllah, artikel ini akan bersambung pada tajuk “Apakah Simptom Hidronefrosis”. Pastikan anda tidak terlepas untuk membacanya.

=================================
Sumber rujukan :  What is hydronephrosis?
=================================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 thoughts on “Apakah Hidronefrosis?

  1. Pingback: Apakah gejala hidronefrosis? l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  2. Pingback: Bagaimana hidronefrosis didiagnosis? l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  3. Pingback: Apakah rawatan hidronefrosis? l Buah Pinggang Sihat Dot Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: