Apakah GFR?


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Glomerular filtration rate (GFR) atau kadar penapisan glomerular adalah ujian untuk menguji sejauh mana buah pinggang anda berfungsi dengan berkesan. Secara khususnya ia akan menganggarkan berapa banyak darah yang melalui penapisan ini setiap minit.

 

Bagaimana Ujian GFR Dijalankan?

Sampel darah akan diambil dan dihantar ke makmal, di mana tahap kreatinin akan diuji. Pakar makmal akan menggabungkan keputusan ujian kreatinin dengan beberapa faktor lain untuk membuat anggaran terhadap GFR. Formula yang digunakan terhadap orang dewasa dan kanak-kanak adalah berbeza. Kebiasaannya, formula yang digunakan termasuk salah satu atau kesemua senarai di bawah:

  • Umur
  • Pengukuran kreatinin
  • Jantina
  • Ketinggian
  • Bangsa
  • Berat

Bagaimana Persediaan Menjalani Ujian?

Sesetengah ubatan tertentu boleh mempengaruhi keputusan ujian. Jadi pastikan anda memberitahu kepada doktor senarai ubat yang sedang anda ambil.

Bagaimana Rasa Menjalani Ujian?

Apabila jarum disuntik untuk menarik darah, sesetengah individu akan merasa kesakitan yang sederhana, manakala sesetengahnya akan merasa sedikit sensasi pedih. Selepas itu kemungkinan tempat yang disuntik jarum akan rasa seperti berdenyut.

Mengapa ujian ini dilakukan?

Ujian GFR dilakukan bertujuan untuk mengukur sejauh mana buah pinggang berfungsi menapis bahan buangan yang dipanggil kreatinin. Apabila buah pinggang tidak berfungsi seperti yang sepatutnya, kreatinin akan berkumpul di dalam darah.

Doktor boleh melakukan ujian ini kepada anda sekiranya ada tanda-tanda yang menunjukkan buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik. Ia juga dilakukan untuk melihat seteruk mana penyakit buah pinggang anda.

Selain itu ujian ini juga disyorkan kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik dan yang berisiko mengidapnya disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:

Keputusan Normal

Ujian yang menunjukkan keputusan normal ialah ialah daripada 90 – 120 mL/min/1.73 m2. Selalunya golongan tua akan mempunyai keputusan GFR normal yang lebih rendah, kerana GFR menurun berdasarkan peringkat umur.

Contoh-contoh di atas ialah ukuran biasa bagi keputusan ujian ini. Julat nilai normal mungkin berbeza diantara makmal-makmal yang berlainan. Sesetengah makmal membuat ujian menggunakan ukuran yang berbeza atau menggunakan sampel yang berbeza. Oleh itu, pastikan anda berbincang dengan doktor mengenai keputusan GFR yang diperolehi.

Apakah Maksud Keputusan Ujian Yang Abnormal?

Sekiranya keputusan ujian GFR anda di bawah 60 mL/min/1.73 M2 untuk 3 bulan atau lebih, ianya merupakan tanda-tanda penyakit buah pinggang kronik. Manakala keputusan GFR di bawah 15 mL/min/1.73 m2, ianya adalah tanda-tanda kegagalan buah pinggang dan memerlukan perhatian perubatan dengan segera.

Risiko

Urat dan arteri berbeza dari segi saiz diantara satu pesakit dengan yang lain dan dari satu bahagian badan dengan yang lain. Oleh itu untuk mendapatkan sampel darah dari seorang pesakit dengan pesakit yang lain mungkin agak sukar.

Risiko-risiko lain yang dikaitkan dengan GFR adalah sedikit, tetapi boleh termasuk antaranya:

  • pendarahan yang berlebihan
  • pengsan atau rasa ringan kepala
  • hematoma(darah terkumpul di bawah kulit)
  • Jangkitan(risiko yang kecil yang berlaku sekiranya kulit rosak)

Selain dari mengambil sampel darah untuk melakukan ujian GFR, pengumpulan 24 jam urin juga boleh digunakan untuk melihat anggaran fungsi buah pinggang. Walau bagaimanapun, keputusannya kebiasaannya kurang tepat.

==========================
Sumber: Glomerular Filtration Rate
==========================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One thought on “Apakah GFR?

  1. Pingback: 18 Soalan Tentang Dialisis Yang Perlu Anda Tahu l Buah Pinggang Sihat Dot Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: