Analgesik:Kesan Ke Atas Buah Pinggang


Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan diri anda di sini.

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Dua bentuk kerosakan buah pinggang yang berbeza,iaitu kegagalan buah pinggang akut dan juga nefropati analgesik,telah dikaitkan puncanya dengan penggunaan analgesik.

Analgesik ialah ubat-ubatan yang digunakan sebagai penghilang rasa sakit.Ubat-ubatan ini diambil tanpa kawalan oleh doktor.Ubat-ubatan yang digunakan sebagai penghilang rasa sakit ini termasuklah acetaminophen, ibuprofen, dan naproxen sodium.

Walaupun ubat ini tidak merbahaya bagi sesetengah orang sekiranya diambil mengikut dos yang dicadangkan,sesetengah ubat penahan sakit ini boleh mengundang bahaya kepada buah pinggang sekiranya tidak diambil seperti yang disyorkan.Beberapa keadaan lain,ubat ini juga boleh menyebabkan berlakunya kerosakan kepada buah pinggang.

Kegagalan Buah Pinggang Akut

Kegagalan buah pinggang akut ialah suatu keadaan di mana fungsi buah pinggang hilang secara tiba-tiba dan sementara.Beberapa laporan kes kegagalan buah pinggang akut telah dikaitkan dengan penggunaan ubat penahan sakit seperti aspirin,ibuprofen dan juga natrium naproxen.Sesetengah pesakit yang dikaitkan dalam laporan ini mempunyai factor-faktor risiko seperti:

  • Sistemik lupus erithematosus
  • Lanjut usia
  • Penyakit buah pinggang kronik
  • Pengambilan alkohol secara kerap

Analgesik Nefropati

Analgesik nefropati ialah suatu bentuk penyakit buah pinggang kronik,kesan daripada penggunaan ubat penahan sakit dalam jangka masa yang lama.Maksudnya ialah ubat penahan sakit ini diambil setiap hari selama beberapa tahun.Penggunaan ubat penahan sakit  secara tidak terkawal lama kelamaan akan merosakkan buah pinggang,yang akhirnya akan menyebabkan kegagalan buah pinggang.Kegagalan buah pinggang atau penyakit buah pinggang tahap akhir memerlukan kepada rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk meneruskan kehidupan.

Hasil dari kajian yang dilakukan telah menganggarkan bahawa empat dari 100000 orang disahkan akan mengidap penyakit nefropati analgesik.Penyakit ini pada kebiasaannya banyak berlaku kepada golongan wanita yang berumur lebih dari 30 tahun.

Mereka yang mengambil ubat penahan sakit secara kerap harus selalu berbincang dengan doktor bagi memastikan pengambilan ubat tersebut tidak akan merosakkan buah pinggang.Bagi individu yang mempunyai risiko penyakit kegagalan buah pinggang akut juga harus berbincang dengan doktor sebelum mengambil mana-mana ubat penahan sakit.

Rawatan

Antara rawatan yang boleh dilakukan ialah:

  • Menamatkan penggunaan ubat penahan sakit
  • Perubahan diet
  • Dialisis kecemasan.Mereka yang mempunyai penyakit kegagalan buah pinggang akut yang berkaitan dengan analgesic mungkin memerlukan rawatan dialisis untuk membersihkan darah.
  • Pemberian ubat-ubatan untuk mengelakkan masalah anemia dan tulang yang disebabkan oleh penyakit buah pinggang.
  • Latihan kaedah alternatif untuk mengawal rasa sakit seperti pengubahsuaian penyakit atau teknik relaksasi.

Tujuan rawatan yang dijalankan tertumpu pada mencegah atau melambatkan berlakunya kerosakan buah pinggang.Jika buah pinggang sudah menunjukkan tanda-tanda kerosakan,doktor akan selalu memantau fungsi buah pinggang dengan cara melakukan ujian urin dan darah dengan lebih kerap.

 

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca sedikit pengalaman dan pengetahuan tentang penyakit buah pinggang.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca juga artikel ini:

28 thoughts on “Analgesik:Kesan Ke Atas Buah Pinggang

  1. Ubat penahan sakit yang bro maksudkan disini maknanya caman tu? COntoh la, kalau kat klinik kerajaan, biasanya kalau ada sakit2 lain selain buah pinggang, diorg akan bagi ubat penahan sakit seperti ubat KK. Ubat tu ada effect jugak ke?
    decrewz recently posted..Tukar Gambar Kepada Bentuk TeksMy Profile

  2. Mencegah memang lebih baik..elakkanla makan ubat penahan sakit dgn terlalu kerap..

    Rasanya sebelum ni ada juga bincang mengenai makanan tambahn yg mempunyai kandungan yg boleh jejaskan buah pinggang, ye tak bro?

    • Minta maaflah bro.Tak pernah pula saya dengar fakta tu.Kalau bro ada maklumat,bolehlah sharekan di bahagian komen linknya.

  3. assalamualikum…kalau pemberiaN insulin atau agen oral hipoglisemik ada memberi kesan tak kepada pesakit yg mmg dah mengalami ESRF?

    • Wassalam,

      Setahu saya secara umumnya pemberian insulin tidaklah memberikan apa-apa kesan walaupun kepada pesakit ESRF.

      • ok. jadi knp ada sesetengah agen OHA contohnya Metformin menjadi satu masalah kepada pesakit yg mengalami ESRF.

        • Metformin adalah ubat kencing manis dari jenis biguanides.Fungsi ubat ini ialah membantu mengurangkan paras glukosa dalam darah dengan menghalang hati anda daripada menghasilkan terlalu banyak glukosa daripada gliserol simpanan.Jika anda sudah mempunyai masalah buah pinggang, sisa metformin mungkin akan terkumpul di dalam tubuh anda. Pastikan doktor anda tahu bahawa buah pinggang anda berfungsi dengan baik sebelum beliau membuat preskripsi ubat kencing manis ini kepada anda.Jika anda rasa cirit-birit, muntah-muntah, dan tidak dapat minum air yang mencukupi, anda mungkin perlu menghentikan pengambilan ubat ini selama beberapa hari untuk elakkan pengdehidratan.

  4. mula dulu masaalah urine ada protin dktr bg ubat air potisium citrate sj, pastu ada tkanan drh tinggi pl, dpt ubat drh tinggi, skrng bacaan drh critinin naik pl..dktr advice bab mkanan, trimaksih krn bg pnduan yg berguna.

    • Sama-sama.Nasihat saya jangan terlalu bergantung kepada ubat hospital.Perlu mencuba produk kesihatan sebagai cara alternatif.

  5. Pingback: Tahukah Anda Bahaya Paracetamol? l buahpinggangsihat.com

    • Saya kena sakit buah pinggang ketika umur 22 tahun.Penyakit ini boleh kena pada sesiapa sahaja.Jangan amalkan pengambilan pil tersebut dan juga ubat penahan sakit sekiranya tiada arahan dari doktor.Mungkin disebabkan pengambilan pil kurus tu menyebabkan anda sakit belakang.

  6. sakit pinggang yang berlarutan sehingga 6 hari berturut – turut,adakah itu tanda tanda awal kerosakan buah pinggang?

  7. Kalu dapati seseorang yg mengalami sakit buah pinggang,bagaimana kesan sampingan yg mereka hadapi selepas itu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang