Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan diri anda di sini.
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Dua bentuk kerosakan buah pinggang yang berbeza,iaitu kegagalan buah pinggang akut dan juga nefropati analgesik,telah dikaitkan puncanya dengan penggunaan analgesik.
Analgesik ialah ubat-ubatan yang digunakan sebagai penghilang rasa sakit.Ubat-ubatan ini diambil tanpa kawalan oleh doktor.Ubat-ubatan yang digunakan sebagai penghilang rasa sakit ini termasuklah acetaminophen, ibuprofen, dan naproxen sodium.
Walaupun ubat ini tidak merbahaya bagi sesetengah orang sekiranya diambil mengikut dos yang dicadangkan,sesetengah ubat penahan sakit ini boleh mengundang bahaya kepada buah pinggang sekiranya tidak diambil seperti yang disyorkan.Beberapa keadaan lain,ubat ini juga boleh menyebabkan berlakunya kerosakan kepada buah pinggang.
Kegagalan Buah Pinggang Akut
Kegagalan buah pinggang akut ialah suatu keadaan di mana fungsi buah pinggang hilang secara tiba-tiba dan sementara.Beberapa laporan kes kegagalan buah pinggang akut telah dikaitkan dengan penggunaan ubat penahan sakit seperti aspirin,ibuprofen dan juga natrium naproxen.Sesetengah pesakit yang dikaitkan dalam laporan ini mempunyai factor-faktor risiko seperti:
- Sistemik lupus erithematosus
- Lanjut usia
- Penyakit buah pinggang kronik
- Pengambilan alkohol secara kerap
Analgesik Nefropati
Analgesik nefropati ialah suatu bentuk penyakit buah pinggang kronik,kesan daripada penggunaan ubat penahan sakit dalam jangka masa yang lama.Maksudnya ialah ubat penahan sakit ini diambil setiap hari selama beberapa tahun.Penggunaan ubat penahan sakit secara tidak terkawal lama kelamaan akan merosakkan buah pinggang,yang akhirnya akan menyebabkan kegagalan buah pinggang.Kegagalan buah pinggang atau penyakit buah pinggang tahap akhir memerlukan kepada rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk meneruskan kehidupan.
Hasil dari kajian yang dilakukan telah menganggarkan bahawa empat dari 100000 orang disahkan akan mengidap penyakit nefropati analgesik.Penyakit ini pada kebiasaannya banyak berlaku kepada golongan wanita yang berumur lebih dari 30 tahun.
Mereka yang mengambil ubat penahan sakit secara kerap harus selalu berbincang dengan doktor bagi memastikan pengambilan ubat tersebut tidak akan merosakkan buah pinggang.Bagi individu yang mempunyai risiko penyakit kegagalan buah pinggang akut juga harus berbincang dengan doktor sebelum mengambil mana-mana ubat penahan sakit.
Rawatan
Antara rawatan yang boleh dilakukan ialah:
- Menamatkan penggunaan ubat penahan sakit
- Perubahan diet
- Dialisis kecemasan.Mereka yang mempunyai penyakit kegagalan buah pinggang akut yang berkaitan dengan analgesic mungkin memerlukan rawatan dialisis untuk membersihkan darah.
- Pemberian ubat-ubatan untuk mengelakkan masalah anemia dan tulang yang disebabkan oleh penyakit buah pinggang.
- Latihan kaedah alternatif untuk mengawal rasa sakit seperti pengubahsuaian penyakit atau teknik relaksasi.
Tujuan rawatan yang dijalankan tertumpu pada mencegah atau melambatkan berlakunya kerosakan buah pinggang.Jika buah pinggang sudah menunjukkan tanda-tanda kerosakan,doktor akan selalu memantau fungsi buah pinggang dengan cara melakukan ujian urin dan darah dengan lebih kerap.
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca sedikit pengalaman dan pengetahuan tentang penyakit buah pinggang.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.


Salam,
Banyak info mengenai buah pinggang semuanya ada disini.. tq
Wslm,semoga memberikan manfaat.
Dah banyak mfo Yang aku tertinggal,
nampaknya kena selongkar semula ni..
Ps : Thank Bro
dnoBiz recently posted..Artis Tak Bermoral – Tanggungjawab siapa sebenarnya
Nampaknya bro kena langganlah melalui emel atau rss reader
Ubat penahan sakit yang bro maksudkan disini maknanya caman tu? COntoh la, kalau kat klinik kerajaan, biasanya kalau ada sakit2 lain selain buah pinggang, diorg akan bagi ubat penahan sakit seperti ubat KK. Ubat tu ada effect jugak ke?
decrewz recently posted..Tukar Gambar Kepada Bentuk Teks
Apa saja jenis ubat penahan sakit akan memberikan kesan buruk jika diambil secara berterusan dalam jangka masa yang lama.
Owh baru tau.. Thanks..

deCrewz recently posted..Tukar Gambar Kepada Bentuk Teks
Mencegah memang lebih baik..elakkanla makan ubat penahan sakit dgn terlalu kerap..
Rasanya sebelum ni ada juga bincang mengenai makanan tambahn yg mempunyai kandungan yg boleh jejaskan buah pinggang, ye tak bro?
Ye,betul tu bro.
lama tak singgah sini,saya pun sekarang dah kurangkan makan roti canai, tapi burger pulak jadi sajian waktu pagi..ok tak tu.hehe
syahrilhafiz recently posted..Trackback Sampah Spam Menjadi-Jadi
Sebulan sekali oklah bro,tapi kalau setiap hari sangat-sangatlah tak elok.
Rasanya masa form 5 dulu ada belajar sikit pasal ubat penahan sakit ni. Memang tidak elok untuk kesihatan buah pinggang. bahaya jugak kalau terlalu bergantung pada ubat tahan sakit ni.
ps: teruskan menulis

Affan recently posted..Banyak blogger- banyaklah ragamnya
salam admin di sini
mmg xbaik kalau ambil ubat penahan sakit spt analgesik atau apa2 ubat penahan sakit sbb ubat ni efek cuma sementara.. takut2 kalau bergantung sgt ubat cm2… nanti efek pula pada kesihatan
nash recently posted..Filem Hantu dan Seram Mempengaruhi Minda Masyarakat
cuma ada stu pertanyaan..
dari apa yang saya dengar Glikoprotine yang terdapat dlam sarang burung walet mampu membantu memulihkan semuala sel pada buah puingga yang rosak betul ke ???
dnoBiz recently posted..Korang memang Hero – Tapi aku Yang hampeh…
Minta maaflah bro.Tak pernah pula saya dengar fakta tu.Kalau bro ada maklumat,bolehlah sharekan di bahagian komen linknya.
assalamualikum…kalau pemberiaN insulin atau agen oral hipoglisemik ada memberi kesan tak kepada pesakit yg mmg dah mengalami ESRF?
Wassalam,
Setahu saya secara umumnya pemberian insulin tidaklah memberikan apa-apa kesan walaupun kepada pesakit ESRF.
ok. jadi knp ada sesetengah agen OHA contohnya Metformin menjadi satu masalah kepada pesakit yg mengalami ESRF.
Metformin adalah ubat kencing manis dari jenis biguanides.Fungsi ubat ini ialah membantu mengurangkan paras glukosa dalam darah dengan menghalang hati anda daripada menghasilkan terlalu banyak glukosa daripada gliserol simpanan.Jika anda sudah mempunyai masalah buah pinggang, sisa metformin mungkin akan terkumpul di dalam tubuh anda. Pastikan doktor anda tahu bahawa buah pinggang anda berfungsi dengan baik sebelum beliau membuat preskripsi ubat kencing manis ini kepada anda.Jika anda rasa cirit-birit, muntah-muntah, dan tidak dapat minum air yang mencukupi, anda mungkin perlu menghentikan pengambilan ubat ini selama beberapa hari untuk elakkan pengdehidratan.
mula dulu masaalah urine ada protin dktr bg ubat air potisium citrate sj, pastu ada tkanan drh tinggi pl, dpt ubat drh tinggi, skrng bacaan drh critinin naik pl..dktr advice bab mkanan, trimaksih krn bg pnduan yg berguna.
Sama-sama.Nasihat saya jangan terlalu bergantung kepada ubat hospital.Perlu mencuba produk kesihatan sebagai cara alternatif.
Pingback: Tahukah Anda Bahaya Paracetamol? l buahpinggangsihat.com
Umur 21tahun boleh hidap penyakit buah pinggang? pernah ambil pil kurus, dan skrg sakit belakang. makan pain killer arcoxia- pun tak hilang.
Saya kena sakit buah pinggang ketika umur 22 tahun.Penyakit ini boleh kena pada sesiapa sahaja.Jangan amalkan pengambilan pil tersebut dan juga ubat penahan sakit sekiranya tiada arahan dari doktor.Mungkin disebabkan pengambilan pil kurus tu menyebabkan anda sakit belakang.
sakit pinggang yang berlarutan sehingga 6 hari berturut – turut,adakah itu tanda tanda awal kerosakan buah pinggang?
Untuk kepastian mesti lakukan pemeriksaan urin dan darah baru boleh tau apa masalahnya.Dah buatke?
Kalu dapati seseorang yg mengalami sakit buah pinggang,bagaimana kesan sampingan yg mereka hadapi selepas itu….
Emy, mungkin link ini dapat membantu anda:
http://buahpinggangsihat.com/?s=kesan+sampingan+penghidap+buah+pinggang&submit=Search