Anak anda pesakit buah pinggang?Ini 14 tip untuk anda.


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kebetulan dua hari yang lepas saya telah bersembang dengan seorang ibu ayah yang anak mereka ini merupakan pesakit buah pinggang seperti saya, iaitu nefrotik sindrom.

Daripada cara mereka bercakap dan bertanya kepada saya,nampaknya banyak perkara yang mereka keliru terutamanya tentang bagaimana nak menjaga seorang anak yang mempunyai penyakit buah pinggang.
Jadi saya pun cuba mencari maklumat yang berkaitan tentang bagaimana nak menjaga anak-anak yang mempunyai penyakit buah pinggang. Jadi saya berharap sekiranya pembaca blog ini ada dari golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak di mana mereka merupakan pesakit buah pinggang, saya harap artikel ini dapat membantu.

Apakah yang patut dilakukan sekiranya anak anda seorang pesakit buah pinggang?

Sekiranya anak anda telah disahkan mengidap penyakit buah pinggang, anda tidak seharusnya berasa was-was, bermasalah dan keliru. Walaubagaimanapun, perasaan ini adalah normal. Dan apabila anda telah sedar bahawa penyakit anda anda merupakan satu realiti yang mesti anda dan keluarga terima, anda pasti boleh usahakan beberapa cara yang praktikal untuk mengahrungi hari-hari yang mendatang bersama anak anda.

Di bawah ini saya kongsikan bersama anda beberapa garis panduan yang terbukti dapat membantu anda:

  1. Belajar tentang penyakit anak anda dan cara menanganinya.
  2. Belajarlah sebanyak mungkin tentang penyakit anak anda dan apakah rawatan yang terbaik yang boleh anda lakukan. Dan lakukan rawatan tersebut kepada anak anda. Dan anda pasti akan terkejut apabila anak-anak anda dapat memahami dan mengikutinya. Bahkan mereka akan lebih mudah menerima maklumat berbanding orang dewasa.
  3. Galakkan anak anda untuk bertanyakan soalan. Berkemungkinan anda akan dapati yang anak anda akan kerap bertanyakan soalan yang anda sendiri tidak pernah terfikir atau takut untuk bertanya kerana beranggapan soalan-soalan tersebut bunyinya macam soalan “bodoh”.
  4. Jangan cuba untuk menerangkan tentang sesuatu yang lebih daripada anak anda dapat memahaminya, tetapi jangan menipu atau meminta maaf bagi apa-apa rawatan atau prosuder yang perlu diikuti.
  5. Bantulah anak anda untuk memahami bahawa doktor, jururawat, pakar diet, kakitangan makmal dan sesiapa sahaja yang berada di sisinya ialah mereka yang ingin membantunya menjadi lebih baik. Walaupun mereka perlu melakukan sesuatu yang kadang-kala memberikan kesakitan atau rasa tidak selesa yang sementara.
  6. Pastikan anda sentiasa aktif dalam penjagaan anak anda.
  7. Mewujudkan semangat saling menghormati dan bekerjasama dengan profesional kesihatan.
  8. Pastikan anda menulis semua butiran sejarah perubatan anak anda. Ini bertujuan untuk memudahkan anda setiap kali anda membuat pertemuan dengan doktor yang baru.
  9. Cubalah untuk sebanyak mungkin bersama anak anda ketika sesi rawatan atau ketika mereka perlu ke mana-mana hospital. Sekiranya anda tidak dapat berbuat demikian, aturkan seseorang yang rapat untuk bersama dengannya. Pastikan segala barang kegemarannya disertakan bersama.
  10. Bantulah anak anda untuk mengawal penyakit ini.
  11. Cuba kekalkan rutin harian yang biasa, walaupun ketika berada di hospital.
  12. Bantulah anak anda untuk memahami tentang pejabat doktor, hospital, pusat rawatan dialisis serta makmal dan bagaimana menggunakannya. Dengan membantu anak anda memahami perkara tersebut, anda dapat mengurangkan perasaan takut yang ada dalam dirinya.
  13. Jadilah lebih kreatif untuk mencari cara bagaimana menjadikan anak anda mampu untuk menjaga dirinya sendiri.
  14. Bantu anak anda untuk memahami dan menerima jadual pengambilan makanan. Malah kanak-kanak seawal usia 2 hingga 3 tahun boleh memahami tentang makanan sekiranya ianya dijelaskan. Dan selalunya kanak-kanak akan lebih mudah untuk mematuhi peraturan tersebut berbanding orang dewasa. Buatkan satu senarai makanan kegemaran anak anda dan tanyakan kepada pakar diet apakah makanan tersebut sesuai dimasukkan ke dalam pelan diet mereka.

 

Anda rasa artikel di atas bermanfaat? Kongsikanlah ia dengan rakan-rakan anda. Atau klik butang like dan juga google plus one di bawah. Saya sangat menghargainya.

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 thoughts on “Anak anda pesakit buah pinggang?Ini 14 tip untuk anda.

  1. satu inlu yang bermanfaat, itu la kita kena berhati-hati kadang penyakit tu datang tiba-tiba… jadi elok jua kita abmil langkah awal

  2. Salam..boleh hubungi aku juga jika perlukan apa2 info..sbb, aku selalu berada terlalu dekat dengan seorang pesakit buah pinggang yang mengidap nephrotic syndrome sejak dari umur 7 tahun sehingga sekarang dan sudah berumur 34 tahun.Beliau hidup seperti biasa dan menjalani rawatan haemodialisis 3 kali seminggu.Beliau juga sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki dan isterinya bakal melahirkan seorang anak lagi.Sudah tentu hamba Allah ini mempunyai begitu banyak pengalaman dalam mengharungi hidup dengan penyakitnya selama ini.

  3. moga dapat dimanfaatkan buat ibu bapa, bagus artikel ni bro, point penting adalah ibu bapa perlu ada tahap kepekaan yg tinggi

    • Yup,tepat sekali.Kadang-kadang bila ibu bapa tiada pengetahuan tentang penyakit ni akan lebih menjadikan anak berisiko menghidapi penyakit buah pinggang ni.Dan saya rasa tip ini pun sesuai untuk apa sahaja jenis penyakit.

  4. salam semua.bagus dapat berkongsi info pasal penyakit ni.saya cadangkan pesakit membuat terapi air. kalo admin izinkn , saya bg email saya pada semua. tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang