Adakah Tembikai Baik Untuk Diet Buah Pinggang?


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Artikel ini ialah sebagai meraikan komen dan cadangan  dari salah seorang rakan blogger.Beliau mencadangkan agar saya mewujudkan satu topik tentang diet pemakanan untuk pesakit buah pinggang.InsyaAllah bermula dari artikel ini dan seterusnya,saya akan selang-selikan dengan artikel tentang diet yang sesuai untuk pesakit buah pinggang.Terima kasih kepada beliau atas cadangan tersebut.

Mungkin ada timbul kekeliruan di dalam pemikiran khususnya bagi pesakit buah pinggang,apakah buah tembikai sesuai dimasukkan di dalam diet mereka?Ini kerana ada sesetengah pesakit diberitahu bahawa buah tembikai boleh dimakan,manakala ada sesetengahnya pula diberitahu bahawa buah tersebut tidak boleh dimakan.Mengapa berlakunya demikian?Ianya harus dilihat pada 3 isu,iaitu : saiz bahagian,potassium dan juga jumlah cecair.

Saiz bahagian: Lazimnya,sepotong tembikai bersamaan dengan 3 cawan air.Jadi,untuk pesakit dialisis yang perlu mengurangkan pengambilan cecair dan potassium,sepotong tembikai menyumbang terlalu banyak jumlah potassium dan cecair.Kebanyakan ahli gizi menyarankan agar mengurangkan pengambilan tembikai  kepada 1 cawan bagi setiap hidangan.Sebagai ganti kepada sepotong tembikai,potong buah tersebut mengikut saiz gigitan dan ukurnya ke dalam cawan.

Potassium: Mengetahui berapa banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh anda makan dan juga saiz hidangan terbaik adalah penting untuk mengawal pengambilan potassium.Sepotong buah tembikai menyumbang kepada 560 mg potassium tetapi satu cawan kecil bagi setiap hidangan hanyalah mengandungi 180 mg potassium.

Oleh kerana saiz satu cawan tembikai adalah lebih kecil dari satu potong tembikai,cuba ukur saiz hidangan anda sehinggalah anda dapat membuat anggaran kepada satu cawan bagi setiap saiz hidangan.Anda juga boleh memotong saiz hidangan anda kepada potongan-potongan segitiga kecil.

Cecair: Sekiranya anda tidak mengira pengambilan buah tembikai bagi setiap jumlah pengambilan cecair di dalam diet anda,adalah sangat mudah untuk anda melebihi dari jumlah pengambilan cecair yang sepatutnya.Ini kerana buah tembikai ialah buah yang tinggi kandungan airnya iaitu 92%  dan hanya mengandungi sedikit serat.Satu potong tembikai mengandungi 3 cawan cecair.Untuk pesakit dialisis yang perlu mengawal pengambilan cecair,kurangkan pengambilan tembikai kepada 1 cawan dan boleh dikira sebagai pengganti cecair sekiranya anda bimbang terlebih mengambil jumlah cecair.

Sebagai sumber pemakanan pula,tembikai merupakan sumber vitamin c yang baik,beta karotin dan likopen,iaitu sejenis fitokimia dengan aktiviti antioksidan yang dapat melindungi anda dari serangan kanser.

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 thoughts on “Adakah Tembikai Baik Untuk Diet Buah Pinggang?

    • Kalau untuk pesakit asma saya tidak pasti bro.Yang saya tahu pesakit buah pinggang memang kena ambil tembikai dalam jumlah yang sedikit.Kalau dalam artikel ini jumlah yang disyorkan ialah potongan segitiga kecil je.Yang selalu kita tengok orang buat ketika majlis kenduri atau yang dibuat perhiasan.

    • Setahu saya semua jenis tembikai adalah tinggi kandungan cecairnya.Tembikai ni boleh dimakan tetapi perlu diambil dengan kawalan terutamanya bagi mereka yang perlu mengawal jumlah pengambilan cecair.Sebab bila buah pinggang bermasalah,tidak boleh ambil terlalu banyak air,nanti akan menyebabkan beban pada buah pinggang.

  1. oh, banyak juga pengidap penyakit yang tak boleh makan buah tembikai ya.. saya dulu asthma pun tak boleh banyak sangat makan tembikai sebab buahnya ‘sejuk’. tapi sebab dah suka, makan juga tapi dalam kuantiti yang sedikit. nice sharing PBP :)
    Dila.13 recently posted..Kenapa Usahawan Perlu MenulisMy Profile

  2. Info diet pemakanan yang baik bukan sahaja untuk kesihatan buah pinggang tetapi untuk badan kita. Diharapkan saudara BUAHPINGGANGSIHAT terus mewujudkan entri berkaitan diet pemakanan…saya amat berminat dengannya.
    benjy recently posted..KETAGIH DARAH EMAS – 18 SXGMy Profile

  3. Ehem ehem… padan ler beberapa hari kebelakangan ni asyik order Jus Tembikai di kedai.. Nak terbaca artikel ni rupanya. Selain dari sodap dan murah, buah tembikai mmg banyak khasiatnya. Hari ni minum air tembikai lagi la nampaknya…. :D
    Ismail N recently posted..Wajarkah Kanak-Kanak Di Pukul Di SekolahMy Profile

    • Kalau jus yang kita buat sendiri tiada masalah bro.Tetapi kalau yang minum di kedai pertamanya kita tak tau samada bersih atau tidak.Yang keduanya kemungkinan sesetengah kedai hanya menggunakah air paip sahaja.Ketiganya penggunaan gula di dalam jus tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang