Adakah anda berisiko terhadap jangkitan buah pinggang(Bah 2)


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Seperti mana yang saya janjikan semalam di dalam artikel bertajuk “Adakah anda berisiko terhadap jangkitan buah pinggang“, pada hari ni saya akan sambung artikel tersebut.

Bagaimana pielonefritis didiagnosis?

Kemungkinan doktor akan bertanyakan kepada anda tentang tanda-tanda dan gejala yang mungkin timbul atau berapa banyak airyang telah anda minum dan juga faktor-faktor lain yang mungkin menyebabkan anda mendapat jangkitan buah pinggang. Bagi perempuan pula mungkin doktor akan tanyakan tentang jenis kawalan kelahiran yang mereka gunakan. Dan jika anda disyaki mempunyai jangkitan pada buah pinggang, urin anda akan diambil untuk diuji. Urin tersebut akan diuji untuk melihat samada terdapat darah, nanah atau bakteria.

Apabila jangkitan ini tidak mudah untuk disembuhkan, teknik pengimejan akan digunakan untuk mencari kelainan pada buah pinggang, ureter atau pundi kencing.

Bagaimana pielonefritis dirawat?

Jangkitan pada buah pinggang biasanya dirawat dengan ubat antibiotik atau pun antibakteria yang sesuai. Pilihan ubat dan lamanya rawatan bergantung pada keadaan kesihatan anda dan bakteria yang menyebabkan jangkitan yang dikenalpasti melalui ujian urin. Selalunya, tanda-tanda dan gejala jangkitan buah pinggang tanpa komplikasi boleh disembuhkan hanya beberapa hari rawatan sahaja.

Tetapi doktor anda mungkin akan meminta anda mengambil ubat antibiotik yang diberikan selama seminggu atau lebih. Ini untuk memastikan yang anda telah benar-benar sembuh dari jangkitan tersebut.

Sekiranya anda ada mengambil ubat-ubatan lain atau alahan terhadap ubat, pastikan anda memberitahu doktor tentang perkara tersebut. Bagi pesakit yang jangkitan buah pinggangnya agak teruk akan dirawat dihospital, sehinggalah mereka boleh mengambil ubat-ubatan yang diperlukan sendiri. Bagi menghilangkan rasa sakit yang berkaitan dengan jangkitan, doktor anda akan memberikan ubat penahan sakit.

Apakah kemungkinan komplikasi pielonefritis?

Kerosakan kekal buah pinggang akan berlaku sekiranya jangkitan tersebut tidak dirawat dengan segera. Dan akhirnya boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai penyakit buah pinggang kronik.

Jangkitan pada buah pinggang meskipun ianya jarang berlaku, boleh merebak ke dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keadaan yang serius yang mengancam jiwa disebut sepsis.

Cara untuk mencegah jangkitan buah pinggang?

Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mencegah terjadinya jangkitan buah pinggang atau jangkitan berulang.

  • Minum air dalam jumlah yang banyak. Dengan meminum banyak air, bakteria akan mengalir keluar dari saluran kencing ketika anda membuang air kencing.***Nota***:Sekiranya anda mempunyai keadaan kesihatan yang lain seperti hipertensi, sila rujuk doktor anda terlebih dahulu sebelum meningkatkan jumlah pengambilan air.
  • Amalkan meminum jus cranberri atau mengambil vitamin c.Ini kerana kedua-dua sumber ini akan meningkatkan asid dalam urin anda sehingga bakteria tidak dapat membiak dengan mudah. Jus cranberri juga membuatkan dinding pundi kencing menjadi licin, sehingga menyebabkan bakteria tidak dapat hidup lama.
  • Segera membuang air kecil sekiranya anda merasakan perlu untuk berbuat demikian. Kosongkan pundi kencing anda sepenuhnya. Bakteria boleh membiak di dalam urin yang disimpan terlalu lama di dalam pundi kencing.
  • Bagi wanita basuh dari depan hingga ke belakang selepas menggunakan tandas. Ianya bertujuan untuk mengelakkan bakteria disekitar anus masuk ke vagina atau urethra.
  • Elakkan menggunakan semburan kebersihan feminin dan semburan wangi, terutamanya jika ianya boleh menyebabkan kerengsaan pada uretra.
  • Pakailah seluar dalam yang dibuat dari kapas dan pakaian longgar supaya udara dapat masuk dan membuatkan kawasan sulit tersebut sentiasa kering.Elakkan pemakaian seluar jean yang ketat dan pakaian dalam yang dibuat dari nilon, yang memerangkap kelembapan dan membolehkan bakteria membiak.

Anda rasa artikel di atas bermanfaat? Kongsikanlah ia dengan rakan-rakan anda. Atau klik butang like dan juga google plus one di bawah. Saya sangat menghargainya.

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 thoughts on “Adakah anda berisiko terhadap jangkitan buah pinggang(Bah 2)

  1. Apa punca nanah dalam urine? Kat sini ada sebut tentang jangkitan bakteria tp mcm mana bakteria tu wujud? Artikel ni sgt membantu sbb blog lain tulis tentang punca semuanya daripada hubungan seks rambang.. saya tak penah buat hubungan seks dgn sesiapa pun…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang