Adakah anda berisiko terhadap jangkitan buah pinggang?


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Jangkitan buah pinggang, atau dikenali secara klinikal sebagai pielonefritis, adalah sejenis jangkitan pada saluran kencing (ISK) yang boleh terjadi pada satu atau kedua-dua buah pinggang. Bakteria yang biasanya menyebabkan jangkitan buah pinggang yang masuk melalui uretra dan akan menuju ke pundi kencing dan buah pinggang. Keadaan ini boleh menyebabkan jangkitan pada mana-mana bahagian dari saluran kencing.

Kebiasaannya, urin akan menghapuskan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan. Walaubagaimanapun, kadang-kadang bakteria yang tidak dihapuskan akan mula membiak dan akan menyebabkan jangkitan.

Jika jangkitan buah pinggang tidak dirawat, ianya boleh menyebabkan berlakunya kerosakan kekal pada buah pinggang dan boleh menyebabkan penyakit buah pinggang kronik. Dalam kes yang jarang berlaku, bakteria yang menyebabkan jangkitan boleh merebak ke dalam aliran darah. Hal ini boleh menyebabkan keadaan yang mengancam nyawa iaitu sepsis.

Apakah penyebab pielonefritis?

Bakteria kebiasaannya menyebabkan jangkitan pada buah pinggang. Keadaan ini terjadi ketika bakteria melekat pada pembukaan urethra dan mula membiak, akan merebak ke pundi kencing dan buah pinggang dan akan menyebabkan jangkitan.

Kemungkinan lain yang boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang ialah:

  • Jangkitan pundi kencing
  • Pembedahan pada saluran kencing
  • Penggunaan jangka panjang kateter untuk mengalirkan urin dari saluran kencing
  • Penggunaan cystoscope untuk memeriksa pundi kencing dan saluran kencing
  • Keadaan perubatan seperti pembesaran prostat dan batu buah pinggang yang boleh menghalang aliran urin dari pundi kencing
  • Kecacatan atau kelainan pada saluran kencing yang menghalang aliran urin

Apakah tanda & gejala pielonefritis?

Bagi golongan dewasa yang mempunyai jangkitan buah pinggang boleh mengalami satu atau lebih dari tanda-tanda dan gejala di bawah:

  • Rasa sakit pada bahagian belakang, di tepi dan juga pangkal paha
  • Rasa sakit atau seperti terbakar ketika membuang air kencing
  • Sering rasa hendak membuang air kencing
  • kegagalan untuk buang air kencing jika ada halangan di saluran kencing
  • Urin berwarna keruh, gelap atau berbau busuk
  • Rasa mual dan muntah
  • Demam atau menggigil
  • Darah di dalam urin(hematuria)

Bagi kanak-kanak pula, mereka mungkin tidak dapat memberitahu anda sekiranya ada sesuatu yang tidak kena. Oleh itu, anda perlu memerhatikan sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan buah pinggang pada mereka, seperti:

  • Demam
  • Cerewet dan mudah tersinggung
  • Cirit-birit
  • Tidak mahu makan
  • Muntah
  • urin berwarna keruh atau berbau busuk
  • Darah di dalam urin

Bagi kanak-kanak yang lebih tua, tanda-tanda dan gejalanya seperti:

  • Rasa seperti terbakar ketika membuang air kencing
  • Sering membuang air kencing
  • Urin berwarna keruh atau gelap
  • Darah di dalam urin
  • Sakit punggung dan juga perut
  • Selalu kebasahan samada pada waktu siang atau malam

Siapakah yang berisiko terhadap jangkitan buah pinggang?

Jangkitan buah pinggang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tetapi sesetengah individu lebih cenderung untuk mendapat jangkitan berbanding individu yang lain. Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan ialah:

  • Jantina : Wanita lebih berisiko mendapat jangkitan buah pinggang berbanding lelaki. Ini kerana urethra wanita lebih pendek dari lelaki. Bakteria akan lebih cepat merebak ke pundi kencing dan saluran kencing dan ini akan menyebabkan jangkitan buah pinggang. Selain itu, pembukaan urethra wanita lebih dekat dengan vagina dan anus, yang merupakan punca paling berpotensi untuk berlakunya jangkitan.
  • Penggunaan kateter jangka panjang : Kateter, sejenis tabung yang diletakkan di urethra dan pundi kencing yang digunakan untuk mengalirkan urin. Seseorang yang tidak sedar atau koma, memerlukan penggunaan kateter dalam jangka waktu yang lama. Bakteria yang mungkin wujud pada kateter boleh menjangkiti pundi kencing dan akibatnya berlaku jangkitan pada buah pinggang.
  • Halangan pada saluran kencing : Suatu jangkitan pada saluran kencing yang disebabkan batu karang, kelainan anatomi saluran tersebut, dan pembesaran prostat boleh melambatkan atau sama sekali menghambat aliran urin. Halangan pada aliran urin akan meningkatkan risiko berlakunya jangkitan buah pinggang.
  • Gangguan sistem kekebalan tubuh : Keadaan yang menyebabkan perubahan pada sistem kekebalan tubuh seperti diabetis boleh meningkatkan risiko jangkitan buah pinggang. Penyakit lain yang menekan sistem kekebalan tubuh seperti HIV juga boleh menyebabkan jangkitan buah pinggang.
  • Penggunaan kaedah kawalan kelahiran tertentu : Menurut beberapa kajian, wanita yang menggunakan diafragma lebih berisiko untuk meningkatkan jangkitan UTI, iaitu jangkitan buah pinggang, berbanding wanita yang menggunakan kaedah kawalan kelahiran yang lain. Kajian lain juga mendapati bahawa wanita yang pasangannya menggunakan kondom mengandungi busa spermisida juga berisiko mempunyai pembiakan bakteria E.coli di vagina.
***Artikel ini akan bersambung pada bahagian kedua. Untuk sumber rujukan artikel klik di sini.

Anda rasa artikel di atas bermanfaat? Kongsikanlah ia dengan rakan-rakan anda. Atau klik butang like dan juga google plus one di bawah. Saya sangat menghargainya.

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 thoughts on “Adakah anda berisiko terhadap jangkitan buah pinggang?

    • Terima kasih kerana sudi singgah. Saya berasa puas hati kalau hasil penulisan saya memberikan manfaat.

  1. Pingback: Adakah anda berisiko terhadap jangkitan buah pinggang(Bah 2) l buahpinggangsihat.com

  2. terima kasih saudara penulis..

    mmg entri2 yg penuh manfaat…seram juga bila baca urin campur darah…sama2 kita jaga nikmat kesihatan ni…ameen

    pssst…terima kasih atas email2 kesihatan yg pada saye cukup berkualiti! tahniah!

    • Sama-sama bro,

      Terima kasih kerana sudi membaca entri-entri yang saya kongsikan di blog saya. Sememangnya nikmat kesihatan yang dikurniakan oleh Allah sangat penting untuk kita jaga.

  3. ada masalah sakit masa nak kecing dan ketika kencing..berlarutan smpi setahun 4 bulan hingga skng. masalah bermula slps 6 hari melahirkn anak melalui kaedah caesar. yg peliknya dah buat urin test 2x dgn bahagian O&G, tp resultnya negatif. doc sarankan utk minum air kosong byk2. tp masalah tetap berlanjutan. 2,3 hari ni kesakitan betambah…dan muka sebelah kiri membengkak bermula dr bawah mata. bengkak ni sy perasan blaku pd mlm hari ketika tidur dan siangnya kembali kpd sedia kala. apa yg sy bimbangkn, adakah sy mgalami sakit buah pinggang oatau jangkitan buah pinggang??? esok nak buat urin test utk kali yg ke3 di klinik swasta. tuhan jer yg tahu betapa sy sgt risau….

    • Buat ujian urin untuk melihat apakah ada kandungan protin dalam urin dan juga ujian darah untuk melihat tahap kreatinin.Dari situ dapat dipastikan apakah cik mengalami masalah buah pinggang atau tidak.

    • Kencing kotor terjadi kebiasaannya disebabkan jangkitan kuman.Cara yang terbaik untuk mengesahkan anda mendapat jangkitan kotor atau tidak, lakukan pemeriksaan air kencing di makmal. Ia juga boleh mengesan sama ada masalah kencing kotor anda ada kaitan dengan sakit buah pinggang. Jika ia hanya jangkitan air kencing biasa, ia tidak ada kaitan dengan sakit buah pinggang. Begitu juga sekiranya anda mengandung, kencing kotor dan ubat-ubatannya tidak menjejaskan kandungan melainkan anda disahkan sakit buah pinggang.

  4. Pingback: Tanda Batu Karang Dikalangan Lelaki l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  5. Pingback: Apakah Punca Jangkitan Buah Pinggang? l buahpinggangsihat.com l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  6. maaf saya nk bertanya… semalam selepas balik kerja saya terasa nak kencing, selepas kencing pun nak kencing lagi tanpa henti2.. lepastu saya tengok kencing saya sebenarnya campur darah dan darah yang ketul2 pun keluar.. boleh x beri pendapat pada saya.. saya nak pegi ke klinik pun takut. sesiapa yang boleh membantu saya tolong emailkan pendapat anda kepada saya.. k tq

    • Kencing tu ada rasa sakit tak?Pendapat saya ialah pergi ke klinik atau hospital buat pemeriksaan darah dan urin.Hanya itu sahaja caranya dapat mengesan apakah masalahnya.

  7. Saya ada mengalami kencing bercampur darah , terasa sakit masa nak kencing,saya ada buat check up doktor masalah.ada diberi antibiotik , injection dan serbuk pelawas kencing.dayaj
    Saya nak tau, jika masalah saya
    Berlanjutan .apakah jenis penyakit yg saya
    alami?

    • Boleh jadi anda mengalami masalah batu karang dan kalau dibiarkan berlanjutan takut boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.Kalau masih belum ada perubahan dengan rawatan hospital saya cadangkan alternatif lain.

  8. saya pernah mengalami hampir separuh tanda diatas…tp dokter cuma kata sy ada kencing kototr jer…dulu kerap jgklar skit…

    • Salah satu dari tanda masalah buah pinggang ialah berlakunya edema atau pembengkakan pada anggota. Edema boleh berlaku pada muka, tangan, kaki dan perut. Jadi sekiranya nada mengalami bengkak di muka berkemungkinan ada masalah buah pinggang, tetapi ini hanya andaian. Jalan terbaik untuk memastikannya hanyalah dengan melakukan ujian darah dan urin.

  9. Pingback: Apakah Jangkitan Pundi Kencing? l

  10. Saya mengalami kesakitan yang amat sangat pada bahagian belakang sebelah kiri hingga melarat ke bahagian perut sebelah kiri. Penyakit ini datang secara tidak tetap. sekali tahun 1988. Dua kali tahun 2012 dan sekali pada tahun 2013. Rawatan dah dibuat dan berpunca dari jangkitan kuman pada air kencing. Soalan saya adakah jangkitan kuman ini kerap berlaku pada saya dan apakah puncanya kerana hasil pemeriksaan tiada batu karang yang kelihatan. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan masalah ini dari berulang kembali,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang