Soalan dan pertanyaan lazim




1) Adakah cellfood sejenis ubat?

Tidak, cellfood bukanlah sejenis ubat. Ia diklasifikasikan sebagai nutrisi tambahan.

2) Berapa lama tempoh hayat simpanan cellfood?

Tempoh hanyat simpanannya tidak terhad. Kajian terkini terhadap sampel 25 tahun menunjukkan  kemujarabannya telah bertambah.

3) Bagaimana badan menyerap cellfood?

Nutrien dalam cellfood adalah dalam bentuk koloid. Zarah koloid adalah sangat seni (berdiameter 4 hingga 7 nanometer), dan disebabkan oleh fenomena pergerakan Brownian, ia mengambil cas negatif (ionik) dan kekal terapung di dalam cecair. Oleh sebab kebanyakan bendalir badan berbentuk koloid dan bercas negatif, badan akan menganggap cellfood sebagai bendalir badan sihat yang normal dan membenarkan nutrien itu melepasi membran sensitif mulut, kerongkong dan esofagus, terus ke dalam.

4) Bagaimana ia bertindak?

Cellfood membolehkan penghasilan oksigen nasen dengan pemisahan molukel air dalam badan menjadi atom oksigen nasen dan hidrogen nasen. Dalam istilah biokimia, satu atom oksigen yang baru dilahirkan adalah bercas negatif (O-). Radikal bebas (yang dipercayai kebanyakan saintis sebagai penyebab utama proses penuaan dan penyakit merosot) adalah atom oksigen yang bercas positif (O+). Atom oksigen nasen (O-) adalah tertarik kepada atom oksigen bercas positif (O+), membentuk molekul oksigen tulen (O 2) pada tahap sel yang mana ia diperlukan.

5) Bagaimana cellfood berlainan daripada produk oksigen yang lain?

Banyak produk oksigen lain akan membanjiri badan kita dengan oksigen, selalunya menghasilkan radikal bebas oksigen yang berbahaya. "Pembebasan spesisi oksigen yang reaktif ini akan menyebabkan kecederaan oksidatif kepada sistem biologi seperti lipid yang terdapat dalam membran sel, dan protein yang terdapat dalam saluran darah dan tisu miokardio" (Profesor Ashim Ghatak dan Mahesh Chandra: Perubatan Pelengkap, m/s 13, vol 4, no. 1, 1998). Cellfood sebenarnya mengikatkan dirinya dengan radikal bebas yang berbahaya dan membekalkan badan dengan oksigen tulen yang boleh dibebaskan terus kepada sel.

6) Bagaimana saya mengambil cellfood?

Cellfood adalah pekatan cecair yang diambil secara oral dengan mencampurkan beberapa titik (lihat label individu bagi cara penggunaan) dalam air tulen. Jika air paip digunakan, cellfood akan mula dengan menulenkan air itu dan kebaikan yang diterima daripada cellfood akan berkurangan. Cellfood mempunyai sedikit rasa masam lemon yang dinikmati kebanyakan orang. Sesuai diambil bersama air atau jus kegemaran anda.

7) Bolehkah saya terkena dos berlebihan dengan cellfood?

Tidak. Cellfood adalah nutrien tambahan yang dirumus daripada bahan semulajadi. badan hanya menggunakan apa yang diperlukan sahaja, dan menyingkirkan yang selebihnya melalui sistem perkumuhan.

8) Bagaimana jika saya tidak nampak hasilnya?

Adakalanya, seseorang tidak sedar akan kerja cellfood pada tahap sel. Mereka yang pada mulanya tidak nampak sebarang hasil daripada pengambilan cellfood kemudiannya melaporkan tahap koletrol dan tahap tekanan darah mereka telah turun selepas pemeriksaan badan. Terdapat juga laporan yang sama dalam pemulihan tahap gula dalam darah dan asid urik. Sebagai tambahan, cellfood telah direka khas untuk meningkatkan frekuensi semua organ untuk membolehkannya menentang virus, bakteria dan parasit yang berfrekuensi lebih rendah. Peningkatan sistem imun ini membantu badan menentang mikroorganisma yang boleh menjejaskan kesihatan anda.

9) Bagaimana jika saya sedang mengambil ubatan lain?

Cellfood boleh digunakan bersama bersama nutrien tambahan atau ubat lain kerana ia meningkatkan kebolehdapatan biologi bahan lain ini, membolehkan badan menggunakannya dengan lebih berkesan. Ramai pengguna cellfood telah melaporkan penurunan beransur-ansur dalam keperluan mereka mengambil ubat, dalam tempoh beberapa minggu atau bulan selepas pengambilan cellfood secara berterusan. Jika anda hamil atau berada di bawah penjagaan kesihatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya.