Sesuatu Tentang Nefrotik Sindrom Dikalangan Kanak-Kanak Yang Perlu Diketahui Ibubapa

ibubapa perlu peka dengan kesihatan anak mereka

Berkemungkinan ibu bapa kepada kanak-kanak dengan nefrotik sindrom telah mengetahi tentang penyakit tersebut berulang dan kesan sampingan disebabkan pengambilan ubat steroid.

Dalam usaha mengawal penyakit berulang dan membantu kanak-kanak dengan nefrotik sindrom untuk tidak melakukan rawatan dialisis dan tranplant buah pinggang, ada sesuatu tentang nefrotik sindrom dikalangan kanak-kanak yang ibubapa mesti tahu.

Apakah yang akan dirasai oleh kanak-kanak nefrotik sindrom?

Kanak-kanak dengan nefrotik sindrom akan mengalami bengkak disekeliling mata, muka, buku lali dan kaki.

Ibubapa akan melihat kehadiran buih pada air kencing anak mereka. Dengan penyakit yang progresif, lebih banyak simtom penyakit akan kelihatan seperti anemia.

Peningkatan tekanan darah, kurang selera makan, loya, muntah, pertumbuhan dan perkembangan yang terbantut dan berbagai lagi. Apabila nefrotik sindrom telah berubah kepada kegagalan buah pinggang kronik, penyakit tersebut bukan sahaja mengakibatkan ketidakselesaan dari segi fizikal, tetapi juga tekanan psikologikal kanak-kanak itu.

Apakah yang mungkin akan berlaku kemudian pada kanak-kanak dengan nefrotik sindrom?

Sekiranya nefrotik sindrom dikalangan kanak-kanak dikawal dengan baik, fungsi buah pinggang yang baik akan semakin berkurangan/merosot dan lebih banyak bahan buangan dan toksin akan terkumpul di dalam darah.

Apabila keadaan menjadi kegagalan buah pinggang kronik, dialisis atau pemindahan buah pinggang akan diberikan pilihan.

Apakah kemungkinan rawatan yang terlibat untuk merawat nefrotik sindrom pada kanak-kanak?

Kanak-kanak dengan nefrotik sindrom selalunya dirawat dengan ubatan steroid atau ubat  immunosuppressive untuk mengawal simtom.

Walaubagaimanapun pengambilan ubat dalam tempoh yang lama akan mendatangkan banyak kesan sampingan yang mana boleh mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Dalam usaha untuk menghalang kesan sampingan tersebut dan membantu menghalang nefrotik sindrom dari menjadi kegagalan buah pinggang kronik, saya mencadangkan agar ibu bapa mencuba supplement kesihatan yang mana saya sendiri mengamalkannya.

Ianya akan digunakan untuk merawat kerosakan buah pinggang dan mengembalikan fungsi buah pinggang dengan cara menggalakkan peredaran darah, mengubah peredaran darah dan menyediakan nutrisi kepada buah pinggang.

Sumber: kidney-support.org: Something about Nephrotic Syndrome in Children Parents Should Know

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Apakah Rawatan Untuk Jangkitan Pundi Kencing?

treatment bladder infection, rawatan jangkitan pundi kencing

apakah rawatan untuk jangkitan pundi kencing?

Jangkitan pundi kencing boleh dirawat dan diubati dengan penggunaan antibiotik yang sesuai.

Pemilihan dan tempoh rawatan antibiotik bergantung kepada seteruk mana jangkitan tersebut, sejarah jangkitan yang lepas, dan faktor pesakit contohnya seperti umur, jantina, alahan, ubatan lain dan masalah kesihatan yang lain.

Doktor secara amnya akan menentukan antibiotik yang manakah bertindak lebih berkesan untuk setiap pesakit melalui ujian keseluruhan terhadap pesakit itu dengan mengambil kira faktor-faktor seperti yang saya sebutkan di atas.

Pengambilan ubatan sendiri dalam merawat jangkitan pundi kencing sesekali menjadi pilihan bagi pesakit yang mengalami jangkitan yang kurang serius atau jangkitan berulang.

Bagi individu yang dipercayai patuh dengan ubatan sendiri dan biasa dengan simtom kekerapan jangkitan pundi kencing, antibiotik untuk jangkitan pundi kencing yang sesuai akan diberikan  oleh doktor kepada mereka bagi membantu merawat masalah tersebut.

Ubatan ini akan mula diambil sendiri oleh pesakit tersebut apabila simtom jangkitan bermula. Kekejangan otot pundi kencing dan inflamasi pundi kencing juga mempunyai hubungan dengan simtom jangkitan pundi kencing seperti sakit pundi kencing dan disuria (sakit ketika membuang air kencing).

Pyridium (phenazopyridine) adalah sejenis ubat yang kerap kali digunakan dalam merawat simtom sakit ketika membuang air kencing akibat jangkitan pundi kencing.

Apakah jamu dirumah berkesan untuk merawat jangkitan pundi kencing?

Produk cranberry telah diketahui dapat menghalang jangkitan pundi kencingbagi sesetengah tahap. Walaubagaimanapun ianya tidak disarankan sebagai ganti antibiotik dalam merawat jangkitan.

Pematuhan dalam pengambilan antibiotik seperti yang telah diberikan dan pengambilan air yang banyak adalah komponen yang penting sebagai alternatif untuk rawatan jangkitan pundi kencing.

Sumber: MedicineNet.com: What is the treatment for a bladder infection?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Apakah Tanda-Tanda & Simtom Jangkitan Pundi Kencing Dikalangan Lelaki,Kanak-Kanak & Bagaimana Ia Didiagnosis?

bladder infection in men,Di dalam artikel yang lepas, saya telah kongsikan dengan anda tentang tanda-tanda dan simtom jangkitan pundi kencing dikalangan wanita. Jadi untuk kali ini saya akan kongsikan pula tanda dan simtom jangkitan pada lelaki, kanak-kanak dan juga bagaimana ianya didiagnosis?

Antara tanda dan simtom yang mungkin dihidapi bagi lelaki yang mengalami jangkitan pundi kencing ialah:

  • Disuria (sakit semasa membuang air kencing)
  • Kerap membuang air kencing
  • keinginan membuang air kencing yang kuat
  • Sakit di bahagian suprapubik (sakit pada bahagian atas tulang pelvik & di bawah abdomen.)
  • Hematuria (darah dalam air kencing)

Apakah tanda & simtom jangkitan pundi kencing pada kanak-kanak?

Tanda & simtom jangkitan pundi kencing dan urinari bagi kanak-kanak dan bayi boleh jadi tidak berapa jelas, termasuk:

  • Kerap merengek
  • cerewet
  • Kurang makan
  • Muntah
  • Kurang berkembang
  • Lemah seluruh badan
  • Bau air kencing terlalu kuat
  • Sakit pada abdomen

Bagaimana jangkitan pundi kencing didiagnosis?

Jangkitan pundi kencing secara amnya didiagnosis melalui urinalisis (UA)(analisis ujian air kencing dengan menggunakan ujian-ujian fiikal, kimia dan mikroskopik). Ini adalah ujian yang ringkas di mana sampel air kencing dari pesakit yang disyaki mengalami jangkitan pundi kencing ataupun jenis jangkitan salur urinari yang lain diambil dan dianalisis.

Ujian ini serta tanda-tanda dan simtom jangkitan pundi kencing digunakan untuk mendiagnosis atau mengenalpasti masalah keradangan pundi kencing.

Kehadriran sel darah putih atau leukosit esterase (dibebaskan dari sel darah putih) melalui urinalisis menunjukkan kehadiran jangkitan. Darah di dalam air kencing (hematuria) juga kadang-kadang akan kelihatan untuk mengenalpasti jangkitan pundi kencing.

Nitrat adalah sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh sesetengah bakteria, dan kehadiran bahan ini melalui urinalisis juga boleh menunjukkan jangkitan pada air kencing.

Urine Culture adalah salah satu ujian yang dapat membantu untuk mendiagnosis jangkitan pundi kencing. Ujian ini dapat menentukan jenis organisma yang menyebabkan jangkitan pada air kencing. Secara amnya, urine culture tidak dilakukan bersama dengan urinalisis. Ianya sememangnya digalakkan dilakukan sekiranya ujian urinalisis mengesahkan diagnosis jangkitan urinari.

Sumber: MedicineNet.com: What are the signs and symptoms of a bladder infection in men?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Apakah Tanda & Simptom Jangkitan Pundi Kencing Dikalangan Wanita?

sign of bladder infection in women,bladder infection symptom

Apakah tanda jangkitan pundi kencing pada wanita?

Diantara simptom jangkitan pundi kencing dikalangan wanita ialah seperti di bawah:

  • Disuria (sakit semasa membuang air kencing)
  • Kerap membuang air kencing
  • Terdesak untuk membuang air kencing
  • Bimbang untuk membuang air kencing
  • Sakit pundi kencing (sakit disekeliling kawasan pelvik)
  • Pembuangan air kencing yang tidak lawas (air kencing tertinggal)
  • Urin inkontinen (gagal untuk menahan kencing)

Gejala demam, menggigil, loya, muntah dan kurang selera makan sangat jarang dialami sekiranya mendapat jangkitan pundi kencing walaupun simptom ini kerap kali dialami bagi mereka yang mengalami jangkitan urinari yang lebih teruk seperti jangkitan pada buah pinggang.

Diantara tanda-tanda jangkitan pundi kencing dikalangan wanita pula ialah seperti di bawah:

Sumber: MedicineNet.com: What are the signs and symptoms of a bladder infection in women?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Faktor Risiko Jangkitan Pundi Kencing

bladder infection,jangkitan pundi kencing

faktor risiko jangkitan pada pundi kencing

Dalam dua artikel saya yang lepas, kita sama-sama sudah mengetahui tentang apakah yang dikatakan dengan jangkitan pundi kencing dan penyebabnya. Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan pula dengan anda tentang apakah-apakah faktor yang boleh meningkatkan risiko jangkitan pada pundi kencing.

1) Wanita

Salur urethra yang pendek menyebabkan bakteria mudah bergerak ke pundi kencing berbanding golongan lelaki. Ini kerana golongan lelaki mempunyai salur urethra yang lebih panjang.

2) Wanita mengandung

Faktor risiko bagi anda yang sedang mengandung pula ialah pembesaran pada uterus/rahim atau pun kandungan di mana akan menyebabkan tekanan pada struktur bahagian sistem urinari (perkencingan) dan akan mengganggu pengaliran air kencing yang normal.

3) Wanita post menopos

Untuk golongan ini pula biasanya disebabkan oleh faktor fisiologi iaitu kekeringan pada bahagian vaginal, sukar menahan air kencing(urin inkontinen), sukar membuang air kencing(urin refensi). Faktor-faktor ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat jangkitan pada pundi kencing.

4) Perhubungan seksual

Faktor ini biasanya akan meningkatkan risiko jangkitan pada golongan wanita.

5) Pembesaran prostat (lelaki)

Untuk golongan lelaki, pembesaran prostat akan mengakibatkan penyekatan pada pengaliran air kencing yang normal untuk keluar daripada pundi kencing ke salur urethra.

Selain itu, sisa air kencing yang tertinggal di dalam pundi kencing juga akan menyebabkan berlakunya jangkitan.

6) Warga emas

Warga emas adalah golongan yang paling berisiko untuk mendapat jangkitan pundi kencing. Ini disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan yang mana boleh mengakibatkan sistem pertahanan badan menjadi lemah.

7) Penggunaan tiub kencing(kateter)

Kebiasaannya tiub kencing ini dimasukkan melalui sistem perkencingan manusia akibat kegagalan pengeluaran air kencing secara normal. Ini akan mengakibatkan bakteria dari luar lebih mudah dibawa masuk ke pundi kencing dan sistem perkencingan.

Tiub kencing ini biasanya digunakan untuk pesakit-pesakit berikut:

  • Pesakit uzur
  • Pergerakan yang terhad ataupun lumpuh
  • Urin inkontinen(sukar menahan air kencing)
  • Penyekatan pada pundi kencing dan urin refensi(pembesaran prostat, kanser prostat)
  • Kanser pundi kencing
  • Kegagalan fungsi pundi kencing akibat masalah saraf – strok

8) Prosuder perubatan

Beberapa jenis prosuder perubatan juga boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat jangkitan pundi kencing. Antaranya ialah:

  • Sistokopi
  • Biopsi pundi kencing
  • Prosuder prostat
  • IUD (Intra Uterine Device). Ianya adalah prosuder untuk perancangan keluarga bagi wanita.

Kesemua prosuder di atas berisiko untuk mendapat jangkitan biasanya disebabkan oleh penggunaan peralatan yang tidak disteril.

9) Kanak-kanak

Bagi golongan kanak-kanak pula, risiko peningkatan jangkitan pundi kencing  adalah kepada:

  • Kanak-kanak perempuan
  • Kanak-kanak lelaki yang belum bersunat
  • Struktur salur kencing yang tidak normal yang berlaku sejak dilahirkan lagi

Sumber: MedicineNet.com: What are some risk factors for bladder infection?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

 

Share

Apakah Penyebab Jangkitan Pada Pundi Kencing?

Kebanyakan jangkitan pada pundi kencing adalah disebabkan oleh beberapa jenis E.coli. Ianya adalah sejenis bakteria dan kebiasaannya hidup di dalam usus manusia. Bagi anda yang baru menjumpai blog ini, boleh baca lebih lanjut tentang apakah jangkitan pundi kencing melalui pautan ini.

Wanita selalunya akan mengalami jangkitan pundi kencing selepas melakukan hubungan seks. Persetubuhan yang dilakukan melalui faraj akan memudahkan bakteria ini sampai ke pundi kencing melalui saluran yang dikenali sebagai urethra. Sesetengah wanita akan menghidapi penyakit kelamin hampir setiap kali melakukan hubungan seks.

Wanita yang menggunakan diagfram, iaitu salah satu alat untuk merancang keluarga, juga mudah mendapat jangkitan pada pundi kencing. Ini berlaku mungkin disebabkan alat ini menekan pada pundi kencing dan mengakibatkan pundi kencing tidak mengosong dengan baik. Keadaan ini akan mengakibatkan bakteria membiak dengan cepat pada takungan air kencing atau baki air kencing yang tertinggal di dalam pundi kencing.

Wanita hamil juga cenderung mendapat jangkitan disebabkan penekanan pada pundi kencing oleh kandungan yang semakin membesar.

Bagi golongan lelaki pula, penggunaan kondom akan dan boleh meningkatkan risiko mendapat jangkitan pundi kencing. Bagi golongan lelaki juga, jangkitan pada pundi kencing boleh menjadi salah satu tanda mereka mengalami masalah lain seperti penyekatan atau penyumbatan yang mengganggu salur kencing.

Ada kajian yang menunjukkan, kanak-kanak lelaki mudah mendapat jangkitan pundi kencing terutamanya pada tahun pertama kelahiran di mana bakteria mudah terkumpul pada kulit khatan.

Penggunaan tiub kencing atau kateter, samada di rumah atau hospital juga boleh mendorong seseorang mengalami jangkitan pada pundi kencing.

Sumber: MedicineNet.com: What Causes Bladder Infections?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Apakah Jangkitan Pundi Kencing?

bladder infection

jangkitan pundi kencing boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang

Jangkitan pundi kencing biasanya dikenali sebagai cystitis atau keradangan pada pundi kencing. Jangkitan pundi kencing kebiasaannya berlaku pada golongan wanita dan ianya jarang berlaku kepada golongan lelaki.

Berdasarkan kajian, kira-kira 20% dari semua wanita sekurang-kurangnya akan mendapat sekali jangkitan seumur hidup mereka. Walaubagaimanapun, risiko golongan lelaki untuk mendapat cystitis ini juga boleh meningkat apabila meningkatnya umur mereka hingga ke satu tahap  berlakunya peningkatan saiz prostat.

Hingga ke hari ini doktor masih belum bertemu jawapan yang tepat mengapa golongan wanita lebih berisiko mendapat jangkitan pundi kencing berbanding lelaki. Kesimpulannya, mereka beranggapan bahawa ia kemungkinan disebabkan wanita mempunyai urethra yang pendek.

Urethra ialah satu saluran yang membawa air kencing keluar dari pundi kencing. Laluan yang singkat ini, iaitu lebih kurang satu inci setengah, menyebabkan bakteria mudah untuk masuk semula ke dalam pundi kencing.

Kebiasaannya, jangkitan pundi kencing tidaklah serius jika ianya dirawat dengan segera. Tetapi bagi sesetengah individu, jangkitan ini boleh kembali berulang. Walaupun jarang berlaku, jika jangkitan pundi kencing kerapkali berulang, ini akan menyebabkan berlaku pula jangkitan pada buah pinggang. Pada tahap yang lebih serius, ianya juga boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada buah pinggang.

Jadi sangat penting untuk merawat punca yang menyebabkan berlakunya jangkitan pundi kencing. Dengan merawat puncanya, ia merupakan langkah pencegahan untuk mengelakkan jangkitan daripada kembali berulang.

Bagi golongan orang tua pula, jangkitan pundi kencing adalah sukar untuk didiagnosis. Ini kerana gejala-gejalanya adalah kurang khusus dan sering dianggap sebagai faktor usia.

Jadi bagi golongan ini, perhatikan jika kerap berlakunya kencing secara tiba-tiba, atau tindakannya agak lembap dan sering keliru, maka harus dibuat pemeriksaan oleh doktor untuk melihat apakah berlakunya jangkitan pundi kencing.

Sumber: MedicineNet.com: What are bladder infections?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Kurangkan Garam Untuk Kesihatan Buah Pinggang Anda

diet kurang garam perlu untuk menjaga fungsi buah pinggang

Diet yang kurang kandungan garam biasanya dikaitkan dengan pengurusan untuk penyakit tekanan darah tinggi dan juga jantung. Tetapi tahukah anda jika anda disahkan mengidap penyakit buah pinggang, doktor akan mencadangkan kepada anda supaya kurangkan pengambilan garam. Disebabkan terdapat pelbagai jenis dan tahap penyakit buah pinggang, doktor perlu menetapkan berapa banyakkah jumlah pengambilan garam yang selamat untuk anda berdasarkan rekod perubatan peribadi anda.

Fungsi Buah Pinggang

Buah pinggang pula memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mengekalkan tahap kesihatan  anda. Ia membantu mengawal keseimbangan cecair, mengekalkan keseimbangan asid di dalam badan dengan betul, dan juga mengawal tahap sodium, potassium, klorida, kalsium, magnesium, sulfat, fosfat dan tahap hidrogen di dalam badan.

Oleh kerana buah pinggang mengawal tahap cecair dan garam, ia juga berfungsi untuk mengawal tekanan darah anda. Apabila buah pinggang anda berfungsi dengan normal, ia akan sentiasa memantau tubuh badan anda dan akan mengeluarkan mineral atau cecair yang berlebihan untuk memastikan keseimbangannya dikekalkan.

Jika buah pinggang anda telah hilang kemampuan untuk menapis dan mengeluarkan sisa-sisa buangan dari badan, maka anda memerlukan rawatan, termasuklah mengurangkan garam di dalam diet. Ini bertujuan untuk mengurangkan dan mengelakkan sebarang komplikasi.

Garam Dan Buah Pinggang Anda

Pengambilan kandungan garam yang terlalu banyak akan menyebabkan badan anda memerlukan lebih banyak  pengambilan cecair. Keadaan ini akan menyebabkan buah pinggang anda terpaksa bekerja keras untuk terus mengekalkan keseimbangan cecair di dalam badan.

Tetapi apabila kandungan garam di dalam badan terlalu tinggi, sampai satu tahap buah pinggang anda tidak mampu lagi untuk mengekalkan keseimbangannya. Maka tahap garam dan cecair di dalam badan anda akan terus meningkat. Keadaan ini pula akan mengakibatkan berlakunya tekanan yang berlebihan terhadap dinding saluran darah dan menjadi punca berlakunya tekanan darah tinggi.

Dalam beberapa kes, tekanan darah tinggi boleh merosakkan saluran darah yang membekalkan darah kepada buah pinggang. Ini akan menyebabkan berlakunya satu keadaan yang dipanggil sebagai hipertensi nefrosklerosis, di mana ianya merupakan bentuk yang paling biasa untuk penyakit buah pinggang.

Pengambilan Garam Harian

Penyakit buah pinggang boleh juga disebabkan oleh kencing manis kerana tahap gula di dalam darah tinggi yang tidak dikawal dengan baik boleh merosakkan kebanyakan organ-organ badan, termasuklah buah pinggang. Walaupun jarang berlaku, terdapat gangguan genetik dan keadaan-keadaan keradangan yang boleh juga menghalang buah pinggang dari berfungsi dengan betul.

Tidak kiralah apa puncanya, adalah penting bagi pesakit buah pinggang menghadkan pengambilan garam tidak lebih daripada 2300 mg setiap hari, bersamaan dengan satu sudu teh. Oleh kerana keperluan garam untuk setiap individu adalah berbeza, doktor boleh mencadangkan sukatan yang lebih rendah untuk anda.

Tahap-Tahap Penyakit Buah Pinggang

Jumlah pengambilan garam yang selamat sebahagiannya adalah bergantung kepada tahap penyakit buah pinggang anda. Doktor akan melakukan beberapa ujian untuk menentukan apakah buah pinggang anda berfungsi dengan baik dan apakah rawatan terbaik yang boleh diambil.

Pada tahap permulaan penyakit buah pinggang, pengambilan ubat-ubatan dan perubahan diet yang sederhana mungkin cukup untuk mengawal keadaan anda, tetapi jika penyakit buah pinggang anda berada di tahap akhir, mungkin memerlukan rawatan dialisis dan satu pelan diet yang lebih ketat.

Di peringkat awal penyakit buah pinggang mungkin tiada tanda-tanda amaran atau pun gejala-gejala, jadi pemeriksaan secara kerap perlu dilakukan untuk menentukan rawatan, contohnya seperti mengurangkan pengambilan garam. Rawatan sebegini perlu dimulakan ketika penyakit buah pinggang masih diperingkat awal dan mudah untuk dirawat.

Sumber rujukan: LiveStrong.com: Salt Limit For Kidney Disease

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Diet Untuk Pesakit Nefrotik Sindrom

Adakah anda atau ahli keluarga anda salah seorang pesakit nefrotik sindrom? Mesti banyak perkara yang anda nak tahu tentang nefrotik sindrom.

Bagi anda yang belum lagi memahami lebih lanjut tentang apakah sebenar nefrotik sindrom, anda boleh baca artikel saya bertajuk ” Tahukah Anda Nefrotik Sindrom?”.

Dan diantara perkara yang perlu anda ambil perhatian apabila disahkan sebagai nefrotik sindrom, ialah soal diet. Dalam artikel ini, saya kongsikan dengan anda sedikit info berkaitan dengan diet untuk pesakit nefroitk sindrom.

Diet Untuk Pesakit Nefrotik Sindrom

diet yang rendah protein antara yang dicadangkan untuk pesakit nefrotik sindrom

Satu pelan diet yang terancang, mampu untuk menggantikan protein yang hilang dan memastikan pengambilan dan penggunaan protein yang cekap melalui penyediaan kalori yang mencukupi.

Perubahan diet juga boleh membantu mengawal hipertensi, edema dan hiperlipidemia, dan juga melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang.

Protein: Diet yang tinggi kandungan protein adalah tidak digalakkan kerana ia boleh menggalakkan kerosakan pada nefron, yang menjadi punca utama berlaku penurunan pada fungsi buah pinggang. Kehilangan protein dikalangan pesakit nefrotik sindrom, adalah disebabkan oleh peningkatan katabolisme, bukan disebabkan pengurangan dalam sintesis protein, oleh itu diet rendah protein yang boleh menurunkan tahap katabolisme, berkemungkinan lebih bermanfaat.

Jumlah optimum pengambilan protein di dalam diet perlu untuk menghalang protein katabolisme dan perkembangan penyakit buah pinggang dari berkembang menjadi bertambah teruk.

Satu cadangan yang biasa ialah 0.6 gram protein per kilogram dari jumlah berat badan yang ideal, penyesuaiannya bergantung pada kadar penurasan glomerulus, atau GFR, dan status pemakanan, ditambah gram untuk menggantikan jumlah protein yang keluar melalui air kencing.

Diet vegetarian adalah diet yang biasa akan dicadangkan untuk menurunkan paras lipid. Diet ini juga menawarkan satu cara penyediaan yang mudah, dan tidak berlebihan kandungan protein.

Natrium(sodium) dan cecair: Jumlah pengambilan natrium dihadkan kepada 1-3 gram setiap hari adalah jumlah yang dicadangkan. Cadangan ini bertujuan untuk mengawal edema dan hipertensi. Ubat diuretik juga boleh digunakan. Sekatan untuk pengambilan cecair pula tidak sesuai melainkan jika telah berlaku kegagalan buah pinggang.

Lipid: Diet yang mengandungi rendah kandungan lemak tepu dan kolestrol, dan digabungkan pula dengan kehilangan berat badan yang berlebihan, adalah diet yang dicadangkan. Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kebanyakan doktor atau pakar kesihatan mencadangkan supaya menghadkan pengambilan kolestrol kurang daripada 300 miligram setiap hari dan pengambilan lemak kepada 30 peratus daripada kalori. Bagaimanapun kajian telah membuktikan bahawa cadangan-cadangan pengambilan diet di atas hanya membawa kepada penurunan asid lemak yang minimum.

Diet vegetarian yang rendah lemak adalah lebih berkesan untuk pengawalan asid lemak dan biasanya akan membawa kepada pembalikan penyakit atherosclerotic. Ubat untuk merendahkan kolestrol boleh digunakan sebagai tambahan jika diperlukan.

Satu kajian yang dilakukan selama 8 minggu ke atas 13 lelaki dan 7 wanita yang mempunyai hiperlipidemia dan nefrotik sindrom, menunjukkan bahawa diet vegetarian dapat mengurangkan kolestrol, trigliserida dan fosforus.

Tenaga: Pengambilan kalori yang betul sepatutnya dapat mencapai dan mengekalkan berat badan ideal dan mengekalkan keperluan protein yang mencukupi. Makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks sepatutnya boleh menyediakan keperluan kalori yang mencukupi.

Makanan tambahan: Pesakit yang mempunyai nefrotik sindrom selalunya akan rendah vitamin B dan zat besi. Dan keduanya dapat diperolehi melalui pengambilan makanan tambahan. Sebagai tambahan, apabila satu bahagian penting dari serum kalsium adalah pengikat protein, ia cenderung untuk menjadi rendah apabila serum protein dikurangkan.

Tiada perubahan rutin yang diperlukan untuk pengambilan potassium, tetapi kehilangan potassium yang disebabkan oleh hiperaldosteronisme sekunder mungkin memerlukan penggantian.

Nilai-nilai klinikal di bawah perlu diberikan perhatian dan dipantau:

  • Serum albumin dan jumlah protein
  • Protein di dalam urin
  • GFR
  • Diet protein, lemak dan kolestrol
  • Berat harian
  • Serum lipid

Sumber artikel: Diet For Nephrotic Syndrome

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Bagaimana Untuk Dapatkan Harga Promosi?

Sejak dari 2008 lagi (kalau tak silap) saya sudah mengamalkan cellfood bagi membantu merawat masalah nefrotik sindrom yang saya hidapi. Dan alhamdulillah hingga sekarang saya masih konsisten mengamalkannya kerana dengan izin Allah, akhirnya masalah nefrotik sindrom saya sudah sembuh dan tidak lagi perlu bergantung pada penggunaan ubat.

Dan sekarang saya melalui blog ini saya cuba berkongsikan dengan anda tentang cellfood ini. Kalau anda lihat harga yang saya jual di blog ini adalah harga biasa, iaitu RM215.

Tetapi jangan bimbang kerana anda boleh mendapatkan cellfood pada harga promosi melalui dua cara mudah.

1) Daftar emel

Cara pertama ialah dengan mendaftarkan emel anda sebagai subscriber saya. Apabila anda telah mendaftar sebagai subscriber, selain mendapatkan update terbaru, saya juga akan memberikan tawaran promosi sebulan sekali.

Mungkin ada yang bertanya, “Mengapa hanya kepada subscriber?”. Jawabnya mudah. Ini kerana saya menganggap bahawa mereka yang mendaftarkan emel adalah mereka yang bersungguh-sungguh mahu mendapatkan info tentang kesihatan buah pinggang dari saya.

Mereka bolehlah saya anggap sebagai pembaca setia blog ini. Mungkin ada dikalangan mereka yang ingin mendapatkan maklumat bagaimana hendak merawat masalah penyakit buah pinggang yang mereka hadapi.

Jadi sebagai menghargai kesudian itulah saya memberikan harga yang berbeza kepada mereka ini. Jadi daftarlah ye:)

2) Join group

Cara yang kedua adalah dengan menyertai group saya di facebook. Walaupun saya menyukai kedua-kedua cara ini, secara peribadi saya lebih menyukai group. Mengapa? kerana saya rasa sangat mudah untuk berhubung dengan ahli dan juga customer saya.

Dan faktanya ialah kebanyakan pembeli cellfood datangnya dari group ini. Jadi anda boleh pilih mana satu cara yang anda suka. Yang penting kedua-dua cara ini akan dapat berhubung secara peribadi dengan saya dan saya akan sentiasa memberikan tawaran promosi kepada anda. Untuk join group saya ni mudah saja, hanya klik pautan ini.

Saya berharap dengan segala perkongsian pengalaman saya di blog ini akan dapat membantu banyak pesakit, terutamanya buah pinggang di luar sana.

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share