Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya amat menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan emel anda di sini.
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Kanser pada sistem perkencingan terjadi apabila ianya terbentuk di dalam mana-mana bahagian pada saluran organ kencing anda.Sepertimana yang telah diterangkan bahawa kanser boleh terjadi di mana-mana bahagian saluran kencing,tetapi ianya seringkali akan memberikan kesan pada buah pinggang,pundi kencing dan kelenjar prostat pada lelaki.
Kanser terjadi apabila sel-sel yang terdiri daripada organ terpisah secara diluar kawalan bagi membentuk sel-sel baru.Sel-sel yang baru dikembangkan itu akan membentuk satu timbunan yang dipanggil tumor.Tumor ini boleh berkembang menjadi lebih besar dan akan menyebabkan berlakunya kepadatan pada organ berhampiran yang lain.
Kadang-kadang sel kanser ini akan bergerak melalui darah atau limpa dan akan menyebabkan sel kanser tersebut merebak kepada organ-organ lain.Proses penyebaran sel-sel kanser ini dipanggil sebagai metastasis.
Kanser pada saluran kencingĀ ini boleh dikawal dengan baik sekiranya ia dikesan diperingkat awal di mana kanser tersebut belum lagi merebak ke organ lain.
Walaubagaimanapun,kejayaan rawatan bagi kanser yang melibatkan sistem perkencingan ini bergantung kepada tahap umur latar belakang keseluruhan kesihatan pesakit dan apakah sel kanser tadi telah merebak kepada organ lain.
Di bawah ini adalah beberapa jenis kanser yang umumnya berlaku yang melibatkan sistm perkencingan.
- Kanser pundi kencing
- Kanser buah pinggang
- Kanser prostat (lelaki sahaja)
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca sedikit pengalaman dan pengetahuan tentang penyakit buah pinggang.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.
Tindakan selanjutnya?Sudahkah anda download ebook PERCUMA saya?Download SEGERA & sertai pembaca-pembaca lain untukĀ menerima pelbagai artikel-artikel yang lebih menarik!

Kalau tahan kencing ada x risiko untuk kena kanser ni? Kalau tahan kencing tu biasanya ada effect jugak ke? Cemna cara nak kesan awal kanser ni?
decrewz recently posted..Cara Untuk Disable Dan Enable Right Click
Yang saya tahu tahan kencing tidaklah menyebabkan kanser,tetapi boleh menyebabkan penyakit batu karang.Cara terbaik untuk mengesan kanser ialah dengan membuat pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
Boleh ke kita tahu tanda2 kecil tu sebelum kita g hospital ataupun terus je merujuk pada hospital walaupun kita x tahu kita ada kanser?
decrewz recently posted..Kesan Gempa Bumi Di Jepun
Cadangan saya ialah bro teruslah merujuk kepada doktor dan buat pemeriksaan sekiranya merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada tubuh badan.Ini lebih selamat.
Thanks bro, lepas ni kena g jumpa doktor la cuba buat pemeriksaan.. Erm.. Nak tanya sikit… Bila kita kencing terasa pedih tu sebab apa yer.. Pedih bukan selalulah, tapi kadang2 je..
decrewz recently posted..Tahniah Buat Juara Raja Lawak Astro Musim ke-5
Ada macam-macam sebab juga jai.Saya pun rasa juga.Kadang-kadang sebab ada jangkitan berlaku atau mungkin juga petanda ada batu karang.Sebaiknya saya sangat sarankan agar jai buatlah pemeriksaan doktor.Hanya dengan cara itu sahajalah kita dapat pastikan dengan tepat.
bro, adakah gejala akan ditulis pada entri lain?
tengkorak emas recently posted..Lead by example – Mike Tyson
Ye,insyaAllah pada artikel akan datang saya akan tulis pula tentang ketiga-tiga jenis kanser yang berkait dengan sistem perkencingan.Tunggu….
pe tanda-tanda awal kanser ni bro?
nasslimdiet2 recently posted..K29-Minuman tenaga
Saya akan tulis artikel terbaru nanti tentang soalan tu ye,insyaAllah.
kanser2 kencing yang perlu diketahui baik lelaki atau perempuan… takut2 ada dia punya gejala2nya.. nih
zik recently posted..Perniagaan yang mengalami inovasi- bagaimana
Betul tu bro,kena ada pengetahuan tentang perkara-perkara ni.InsyaAllah kita dapat mengawal penyakit-penyakit tersebut.
Salam..
ermmm..terkedu sekejap..
sesamalah kita menjaga kesihatan
info ni amat berguna sekali..
zulkbo recently posted..Menakutkan Dan Sedih Rumah Hanyut Hingga Ke Lautan Pasifik Akibat Tsunami Jepun 11-Mac-2011
Wslm abg zul,
Terkedu kenapa abg zul?
dah baca barulah tahu selama ini kita hya tahu sakit2 tertentu shja. tak sangka rupa2nya ada juga sakit bgi yang amat memeritakn diri yang sakit mengalaminya huuu
salam
jika dah sakit semua keja nak buat serba tdk menjadi..
sllunya berapa kos untuk satu2 pembedahn..rawatan ini?
Tak taulah pula saya kos pembedahannya.Selalunya pembedahan mesti menelan belanja yang tinggi.
Pingback: Adakah anda berisiko terhadap jangkitan buah pinggang? l buahpinggangsihat.com
Pingback: Tahukah Anda Nephrectomy?(Bah 2) l Buah Pinggang Sihat Dot Com
salam..
klau kerap kencing n kerap sakit pinggang cm ne lak?
ni slh 1 siptom penyakit ni ke?
Wslm,boleh jadi juga.Sebaiknya buat pemeriksaan di hospital.