Definisi Renal Fistula


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Renal fistula merujuk kepada penyambungan yang dilakukan antara urat dan arteri yang kebiasaannya dilakukan di lengan. Tujuannya ialah untuk membuat satu tapak yang akan digunakan bagi rawatan dialisis. renal fistula selalunya dilakukan melalui prosuder pembedahan.

Tujuan

Renal fistula kebiasaannya dilakukan kepada pesakit buah pinggang yang akan menjalani rawatan dialisis. Sambungan antara urat dan arteri akan menghasilkan satu kawasan yang lebih besar di mana darah boleh dikeluarkan dan disuntik ke dalam aliran darah pesakit.

Prosuder

Untuk membuat renal fistula melibatkan prosuder pembedahan yang mana akan dilakukan oleh seorang doktor yang berpengalaman. Doktor tersebut akan melakukan penyambungan diantara urat dan arteri di lengan pesakit. renal fistula memerlukan beberapa minggu untuk terbentuk dan prosuder pembedahannya mestilah dilakukan beberapa minggu sebelum rawatan dialisis bermula.

Penerima

Pembedahan fistula kebiasaannya hanyalah dilakukan kepada pesakit buah pinggang yang akan menjalani rawatan dialisis untuk tempoh yang lama. bagi pesakit buah pinggang yang akan menjalani rawatan dialisis untuk tempoh yang tidak lama biasanya akan menggunakan satu urat unfistula di lengan.

Graft

Kadang-kadang renal fistula tidak dapat menghasilkan urat yang cukup besar untuk melakukan rawatan dialisis. Dalam kes ini, satu alat yang dipanggil graft (tiub kecil yang akan dimasukkan ke dalam urat) akan digunakan.

Risiko

Risiko yang paling umum untuk renal fistula ini ialah jangkitan selepas pembedahan dan juga pembekuan darah akibat dari penyambungan urat dan arteri yang tidak sesuai.

Untuk menambahkan lagi pemahaman, anda boleh lihat video di bawah bagaimana pembedahan fistula dilakukan. Tapi agak ngeri sikit ye. Siapa yang tak sanggup jangan tengok.

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 thoughts on “Definisi Renal Fistula

    1. admin Post author

      Orang yang dalam gambar tu saya tak pastilah.Tapi ketika saya di dalam wad dulu,saya pernah tanya seorang pesakit adakah ketika membuat penbedahan fistula tu doktor berikan ubat penahan sakit.katanya takde,sebab potongannya kecil je.Maknanya kena tahan sakitlah.

      1. nizam

        ya ke?macam seram je nizam tengok…huhu..
        kalau dia tak bagi ubat tahan sakit mesti kita dapat tahan kan..kalau tak, tak tahulah macam mana rasa nanti…

    2. Liyana

      tak rase ape-ape??? haish, sakit la mase operation tu, sbb die bius di tempat yg potong tu je, lepas tu masa doktor tarik-tarik urat tu, sakitnya ya amat sampai tapak tangan sakit nya, sbb urat di tarik2. Menangis2 la jugak mase operation tu.

  1. Pingback: 18 Soalan Tentang Dialisis Yang Perlu Anda Tahu l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  2. Pingback: Apakah Perbezaan Antara Hemodialisis & Peritoneal Dialysis? l Buah Pinggang Sihat Dot Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: