Kenali Diabetis Insipidus (Bah 2)


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Pertamanya saya ingin memohon berbanyak-banyak kemaafan kerana sudah lama saya tidak update blog ini dengan info-info terbaru tentang kesihatan. Ini berikutan dengan kekangan masa kerana terlibat dengan program kem cuti sekolah yang dianjurkan oleh sekolah tempat saya mengajar.

Kepada yang masih sudi berkunjung ke blog ini, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Dan tidal lupa juga kepada mereka yang menyumbangkan komen-komen yang bernas dan membina, ianya sebagai satu suntikan semangat kepada saya.

Baiklah, sepertimana yang telah saya katakan dalam artikel saya yang lepas bertajuk Kenali Diabetis Insipidus (Bah 1), saya akan sambung tajuk artikel berikut dalam artikel terbaru saya kali ini. Dalam artikel kali ini kita akan mengetahui dengan lebih lanjut jenis-jenis penyakit diabetis insipidus ini.

Jenis

Ada beberapa jenis diabetis insipidus termasuk:

Central DI

Central DI ialah dari jenis umum yang paling serius. Ianya berlaku apabila kelenjar pituitari rosak dan menyebabkan gangguan dalam penyimpanan biasa dan perembesan ADH. Kecederaan kepala, neurosurgeri, beberapa kelainan genetik, dan masalah kesihatan yang lain boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada kelenjar pituitari.

Neuphrogenic DI

Jenis ini terjadi ketika buah pinggang tidak mampu memberikan reaksi kepada ADH. Sesetengah ubat seperti lithium boleh mempengaruhi kemampuan buah pinggang untuk memberikan respon terhadap ADH. Penyakit kronik, seperti buah pinggang polisistik, kegagalan buah pinggang, penyakit sel yang berkaitan juga boleh menyebabkan berlakunya neuphrogenic DI, dan beberapa penyakit genetik yang boleh diwarisi.

Dipsogenic DI

Dipsogenic DI terjadi ketika pusat yang mengeluarkan rasa dahaga yang terletak di hipotalamus rosak atau cacat. Akibatnya, peningkatan yang luar biasa pada rasa dahaga dan pengambilan cecair akan menahan perrembesan ADH. Akibatnya, penurunan rembesan ADH menyebabkan peningkatan pengeluaran urin.

Gestational DI

Jenis ini pula hanyalah berlaku ketika diwaktu kehamilan. Keadaan ini terjadi kerana ADH yang terdapat pada ibu dimusnahkan oleh enzim yang dihasilkan oleh plasenta. Plasenta terdiri daripada pembuluh darah dan juga tisu-tisu yang berkembang dengan janin. Keadaan ini juga akan membolehkan berlakunya pertukaran nutrisi dan juga bahan-bahan buangan diantara ibu dan juga janin.

Baiklah pembaca sekalian,. Setakat ini saja dahulu artikel untuk kali ini. InsyaAllah dalam atikel akan datang kita sama-sama akan mengetahui pula bagaimanakah rawatan yang boleh dilakukan untuk jenis-jenis diabetis di atas.

 

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini dan juga salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia. Dapatkan makluman terkini dengan pantas dari beliau melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini beliau yang pastinya mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 thoughts on “Kenali Diabetis Insipidus (Bah 2)

  1. sepupu saya alami batu karang dalam buah pinggang
    pernah buat pembedahan dan tembakan laser [mungkin istilah salah]
    tapi masih juga hadapi masalah
    kesian je nengok beliau
    tehr recently posted..Jauh PerjalananMy Profile

    • Memang penyakit batu karang ni akan berulang walaupun selepas telah dipecahkan dengan menggunakan laser.Ada tak doktor ambil serpihan batu untuk buat ujian?Dengan melakukan ujian doktor akan dapat mengenalpasti punca berlakunya batu karang tersebut.

    • Gestational DI boleh mmeberikan kesan buruk kepada ibu dan juga bayi. Antara kesan kesan kepada ibu ialah:
      1. Wanita yang sedang hamil berisiko tinggi untuk menghidap ‘pre-eclampsia’ (mempunyai tekanan darah tinggi dan berlebihan protein dalam air kencing) selepas empat bulan hamil.
      2. Seseorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti vaginal moniliasis (jangkitan faraj), jangkitan pada luka yang menyebabkan lambat untuk pulih.
      3. 50% dari wanita hamil boleh menghidap diabetes jenis ke-dua kemudian hari.

      Manakala kesan terhadap bayi pula ialah:
      1. Kematian kandungan dalam rahim : Berisiko tinggi berlaku kematian bayi dalam kandungan walaupun selepas 2 bulan hamil.
      2. Pembesaran bayi yang berlebihan: Gula dalam darah yang berlebihan menyebabkan bayi menjadi besar (macrosomia) membawa kepada masalah kesukaran untuk bersalin. Bayi yang mempunyai saiz yang melebihi 4 kg akan mendapat risiko kecacatan bahu.
      3. Tekanan darah rendah (hypoglycemia) dikalangan bayi baru lahir: Paras gula dalam darah yang tinggi membuatkan bayi menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengurangkan paras gula dalam darah semasa dalam rahim. Insulin yang berlebihan menyebabkan hypoglycemia berlaku kepada bayi setelah dilahirkan dan bayi memerlukan penyusuan yang kerap. Dalam kes-kes tertentu, penyelesaian melalui intravenous (IV) gula diperlukan atau jika tidak bayi akan mengalami kecacatan otak.
      4. Simtom lemah pernafasan: Bayi yang mempunyai ibu yang mengalami diabetes semasa hamil boleh berisiko tinggi untuk mendapatkan kesukaran bernafas dan memerlukan sokongan ventilator.
      5. Bayi pra-matang mudah mendapat demam kuning.(jaundice)
      6. Berisiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis ke-dua dan kegemukkan(obesity) kemudian hari.

  2. Pingback: Kenali Diabetis Insipidus (Bah 3) l buahpinggangsihat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang