Category Archives: Umum

Bagaimana Untuk Dapatkan Harga Promosi?

Sejak dari 2008 lagi (kalau tak silap) saya sudah mengamalkan cellfood bagi membantu merawat masalah nefrotik sindrom yang saya hidapi. Dan alhamdulillah hingga sekarang saya masih konsisten mengamalkannya kerana dengan izin Allah, akhirnya masalah nefrotik sindrom saya sudah sembuh dan tidak lagi perlu bergantung pada penggunaan ubat.

Dan sekarang saya melalui blog ini saya cuba berkongsikan dengan anda tentang cellfood ini. Kalau anda lihat harga yang saya jual di blog ini adalah harga biasa, iaitu RM215.

Tetapi jangan bimbang kerana anda boleh mendapatkan cellfood pada harga promosi melalui dua cara mudah.

1) Daftar emel

Cara pertama ialah dengan mendaftarkan emel anda sebagai subscriber saya. Apabila anda telah mendaftar sebagai subscriber, selain mendapatkan update terbaru, saya juga akan memberikan tawaran promosi sebulan sekali.

Mungkin ada yang bertanya, “Mengapa hanya kepada subscriber?”. Jawabnya mudah. Ini kerana saya menganggap bahawa mereka yang mendaftarkan emel adalah mereka yang bersungguh-sungguh mahu mendapatkan info tentang kesihatan buah pinggang dari saya.

Mereka bolehlah saya anggap sebagai pembaca setia blog ini. Mungkin ada dikalangan mereka yang ingin mendapatkan maklumat bagaimana hendak merawat masalah penyakit buah pinggang yang mereka hadapi.

Jadi sebagai menghargai kesudian itulah saya memberikan harga yang berbeza kepada mereka ini. Jadi daftarlah ye:)

2) Join group

Cara yang kedua adalah dengan menyertai group saya di facebook. Walaupun saya menyukai kedua-kedua cara ini, secara peribadi saya lebih menyukai group. Mengapa? kerana saya rasa sangat mudah untuk berhubung dengan ahli dan juga customer saya.

Dan faktanya ialah kebanyakan pembeli cellfood datangnya dari group ini. Jadi anda boleh pilih mana satu cara yang anda suka. Yang penting kedua-dua cara ini akan dapat berhubung secara peribadi dengan saya dan saya akan sentiasa memberikan tawaran promosi kepada anda. Untuk join group saya ni mudah saja, hanya klik pautan ini.

Saya berharap dengan segala perkongsian pengalaman saya di blog ini akan dapat membantu banyak pesakit, terutamanya buah pinggang di luar sana.

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Tempahan cellfood telah ditutup

Sebenarnya hati ni baru je lega sebab masalah (sebenarnya bukan masalah pun) yang melanda blog saya telah pun dapat diselesaikan. Alhamdulillah lega sangat-sangat.

“Apa masalahnya?”, em rasanya tak perlulah saya ceritakan kepada anda sebab malu juga difikirkan balik. Bukan masalah apa sangat pun. Sebenarnya saya yang kurang ilmu dalam bab-bab teknikal berkaitan dengan internet.

Oklah, tak payahlah saya nak panjang-panjang benda yang dah selesai pun. Saya terus straight to the point je. Sejak kebelakangan ni saya banyak terima tempahan cellfood dari blog ni. Alhamdulillah rezeki Allah.

Jadi apa yang saya nak maklumkan ialah buat sementara waktu ni tempahan cellfood saya tutup sehinggalah 18 februari ni. Mengapa? Sebabnya stok yang ada pada saya dah habis. Stokis Ipoh pula cuti hari raya cina.

Jadi bagi anda yang baru sampai di blog ni dan berminat nak cuba cellfood, tunggu sampai tarikh yang saya beritahu tu ye. Ahli-ahli di group saya pun dah banyak buat tempahan sebab mereka rasa serasi dengan produk ni, tapi apa nak buatkan, kena sabarlah ye.

Jadi tu jelah makluman yang saya nak sampaikan. Kalau berminat dengan cellfood ni, lebih baik anda daftar emel. Senang, semua update terbaru blog ni terus akan dihantar ke emel anda.

Ok, jumpa lagi ye:)


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Ini entri percubaan

Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Terlebih dahulu saya maklumkan bahawa artikel ini adalah sebagai artikel percubaan memandangkan ada yang tak kena dengan blog saya.

Saya ingin meminta maaf kepada anda semua. Saya harap anda akan terus memberi sokongan untuk saya terus menulis di blog ini.

Share

Tempoh Promosi Akan Tamat

Assalamualaikum semua,

Untuk pengetahuan anda esok adalah hari terakhir tempoh promosi saya berjalan. Dan pada hari khamis harga cellfood saya akan naikkan semula pada harga asalnya iaitu RM215 termasuk kos penghantaran.

Jadi bagi sesiapa yang ingin mencuba dan merasai sendiri keajaiban cellfood, anda boleh dapatkan segera produk tersebut sebelum tempoh promosi ini tamat.

Untuk makluman anda juga selepas ini promosi seperti ini hanya saya akan berikan kepada ahli PREMIUM sahaja. Bagaimana anda nak jadi ahli PREMIUM?

Mudah sahaja iaitu hanya mendaftarkan diri sebagai ahli group facebook saya. Bolehlah dikatakan senarai ahli group ini akan berfungsi seperti senarai mailing list saya. Di blog ini saya hanya akan menumpukan pada perkongsian artikel.

Jadi bagi sesiapa yang belum menjadi ahli group facebook saya boleh menjadi ahli dengan segera melalui pautan ini. Ini kerana selepas dari ini akan banyak lagi promosi yang akan saya buat untuk pembelian cellfood.

InsyaAllah dalam perancangan akan datang saya akan berikan ebook percuma sebagai bonus kepada mereka yang membeli cellfood selain dari diskaun harga murah.

Jadi pastikan anda daftarkan diri dengan segera sebagai ahli group saya untuk menerima lebih banyak promosi akan datang.

Share

PROMOSI:Beli Cellfood Sekarang & Jimat Sehingga RM60

Assalamualaikum anda semua,

Apa khabar? Saya harap anda semua sihat disamping keluarga tercinta. Mungkin masih ada diantara anda yang belum habis menghadiri jemputan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Baik, seperti yang telah saya umumkan di laman page rasmi fb blog ini bahawa saya akan buat promosi untuk pembelian cellfood. Promosi yang akan saya buat adalah seperti berikut:

  • Belian sebotol = Penjimatan harga produk cellfood hingga RM40. Ini bermakna sekiranya anda membeli cellfood bermula dari hari ini sehingga hari rabu minggu hadapan iaitu pada tarikh 5 September 2012 anda hanya perlu membayar RM175 dan kos penghantaran adalah percuma ke seluruh negara. Promosi ini akan berjalan selama seminggu.
  • Belian pakej = Dan sekiranya anda membeli cellfood ini secara pakej iaitu sekotak yang mengandungi 4 botol cellfood, anda hanya perlu membayar pada harga RM155 sebotol. Dan anda telah berjimat sebanyak RM60 dan tidak perlu membeli cellfood lagi selama 4 bulan. Ini kerana sekiranya cellfood diamalkan dengan dos yang saya syorkan ia boleh bertahan selama sebulan sebotol. Belian dalam bentuk pakej ini saya cadangkan pada anda yang pernah menggunakan cellfood dan ianya memberikan kesan positif. Promosi ini juga berjalan selama seminggu iaitu bermula pada hari ini dan akan berakhir pada hari rabu depan bertarikh 5 september 2012.

Inilah peluang yang patut anda rebut demi untuk menjaga kesihatan anda dan juga sekiranya anda ingin sembuh dari penyakit yang sedang anda alami sekarang.

Baiklah, setakat ini dulu pengumuman saya untuk promosi kali ini. Dan insyaAllah promosi sebegini akan saya buat setiap bulan. Jadi pastikan anda tidak terlepas sebarang pengumuman terbaru saya dengan mendaftar emel anda di blog saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh gunakan ruangan komen di bawah atau emel kepada saya.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Share

Selamat Hari Raya Aidilfitri

 

 

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Apa khabar? Saya harap anda semua berada dalam keadaan sihat wal ‘afiat disamping keluarga tercinta dalam suasana keberkatan ramadhan dan kemeriahan syawal yang kian terasa.

Sedar tak sedar hari ini kita telah pun berada pada 24 Ramadhan. Ini bermakna minggu ini adalah minggu terakhir kita berpuasa dan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Continue reading

Share

Sertai Group KHAS!

Assalamualaikum semua,

Tulisan kali ini saya bukan nak menulis artikel tentang penjagaan buah pinggang. Cuma dalam tulisan terbaru ini saya nak mengumumkan bahawa saya telah mewujudkan satu group khas untuk anda yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang cellfood, produk ajaib terhebat di abad ini.

Di bawah ini ialah maklumat lanjut tentang group tersebut:

Nama Group : Produk Cellfood
Fungsi : Ditubuhkan bertujuan untuk memberikan lebih info khusus tentang cellfood, testimoni pengguna dan sebagainya. Selain itu group ini juga tempat untuk saya melakukan urusan jual beli dengan mereka yang ingin mencuba cellfood dan juga pembeli berulang. Jadi saya sangat menggalakkan untuk anda meyertai group ini kerana ianya lebih khusus berbanding blog saya ini.
URL : http://www.facebook.com/groups/infocellfood/

Tarikh bermula : 29/7/2012
Ahli : Setakat ini 11 orang dan insyaAllah bilangannya akan meningkat.

Saya juga sedang berkira-berkira untuk melakukan urus niaga cellfood hanya melalui group ini sahaja. Tetapi masih dalam perancangan. Saya tidak pasti akan melakukannya atau tidak. Apa pendapat anda?

Share

Punca Tahap Potassium Darah Tinggi

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kadar potassium darah tinggi, juga dikenali sebagai hyperkalemia, adalah perkara biasa di Amerika Syarikat. Kadar potassium darah yang sedikit tinggi biasanya tidaklah membahayakan, namun ia masih perlu dirawat supaya tidak menjadi teruk. Tahap potassium darah tinggi boleh menyebabkan keletihan otot, loya, lemah, denyutan jantung yang tidak normal dan lumpuh. Tahap potassium darah yang teruk boleh menyebabkan serangan jantung dan kematian. Potassium merupakan bahan mineral yang diperlukan untuk jantung, otot dan saraf untuk berfungsi dengan sempurna. Tahap potassium dalam darah yang tinggi boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti ubat-ubatan tertentu, penyakit kelenjar adrenal dan buah pinggang tidak berfungsi.

Buah Pinggang Tidak Berfungsi

Buah pinggang tidak berfungsi boleh menyebabkan tahap potassium darah menjadi tinggi. Oleh kerana potassium ditapis oleh buah pinggang, kadar potassium akan berkumpul apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan betul, menyebabkan kadar potassium darah tinggi. Jenis buah pinggang tidak berfungsi termasuklah kegagalan buah pinggang kronik dan akut, penolakan pada buah pinggang baru, lupus nefritis dan glomerulonefritis. Penyakit obstruktif yang memberi kesan kepada saluran kencing, seperti urolithiasis, juga boleh menyebabkan tahap potassium darah menjadi tinggi.

Ubat-Ubatan

Ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan tahap kalium darah tinggi. Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan betul, ubat-ubatan ini boleh menyebabkan tahap potassium dalam darah meningkat dengan lebih banyak lagi. Beberapa ubat-ubatan yang boleh menyebabkan tahap potassium darah tinggi termasuk ubat diuretik pengganti potassium, penyekat ACE, penghalang reseptor angiotensin II dan ubat-ubatan anti-radang yang bukan steroid.

Luka Atau kecederaan Terbakar Yang Teruk

Kebakaran atau kecederaan yang teruk boleh menyebabkan tahap potassium dalam darah menjadi tinggi. Apabila seseorang mengalami jenis trauma, sel darah merah dimusnahkan. Pemusnahan sel-sel ini boleh menyebabkan tahap potassium darah menjadi tinggi.

Penyalahgunaan Alkohol atau Dadah

Penyalahgunaan alkohol dan dadah boleh menyebabkan tahap potassium darah menjadi tinggi. Apabila seseorang menyalahgunakan alkohol atau dadah, serat otot mereka akan rosak. Apabila telah rosak, potassium dilepaskan ke dalam aliran darah menyebabkan tahap potassium darah tinggi.

Penyakit Kelenjar Adrenal

Penyakit kelenjar adrenal boleh menyebabkan tahap potassium darah tinggi. Penyakit kelenjar adrenal yang boleh menyebabkan tahap potassium darah tinggi termasuk sindrom Cushing dan penyakit Addison. Sindrom Cushing menghasilkan kortisol yang terlalu banyak dan penyakit Addison tidak menghasilkan kortisol yang cukup. Dengan pengeluaran kortisol yang tidak seimbang ini, tahap potassium darah menjadi tinggi boleh berlaku.

=======================================
Sumber artikel : Causes of High Blood Potassium Levels
=======================================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Share

Apakah GFR?

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Glomerular filtration rate (GFR) atau kadar penapisan glomerular adalah ujian untuk menguji sejauh mana buah pinggang anda berfungsi dengan berkesan. Secara khususnya ia akan menganggarkan berapa banyak darah yang melalui penapisan ini setiap minit.

 

Bagaimana Ujian GFR Dijalankan?

Sampel darah akan diambil dan dihantar ke makmal, di mana tahap kreatinin akan diuji. Pakar makmal akan menggabungkan keputusan ujian kreatinin dengan beberapa faktor lain untuk membuat anggaran terhadap GFR. Formula yang digunakan terhadap orang dewasa dan kanak-kanak adalah berbeza. Kebiasaannya, formula yang digunakan termasuk salah satu atau kesemua senarai di bawah:

  • Umur
  • Pengukuran kreatinin
  • Jantina
  • Ketinggian
  • Bangsa
  • Berat

Bagaimana Persediaan Menjalani Ujian?

Sesetengah ubatan tertentu boleh mempengaruhi keputusan ujian. Jadi pastikan anda memberitahu kepada doktor senarai ubat yang sedang anda ambil.

Bagaimana Rasa Menjalani Ujian?

Apabila jarum disuntik untuk menarik darah, sesetengah individu akan merasa kesakitan yang sederhana, manakala sesetengahnya akan merasa sedikit sensasi pedih. Selepas itu kemungkinan tempat yang disuntik jarum akan rasa seperti berdenyut.

Mengapa ujian ini dilakukan?

Ujian GFR dilakukan bertujuan untuk mengukur sejauh mana buah pinggang berfungsi menapis bahan buangan yang dipanggil kreatinin. Apabila buah pinggang tidak berfungsi seperti yang sepatutnya, kreatinin akan berkumpul di dalam darah.

Doktor boleh melakukan ujian ini kepada anda sekiranya ada tanda-tanda yang menunjukkan buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik. Ia juga dilakukan untuk melihat seteruk mana penyakit buah pinggang anda.

Selain itu ujian ini juga disyorkan kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik dan yang berisiko mengidapnya disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:

Keputusan Normal

Ujian yang menunjukkan keputusan normal ialah ialah daripada 90 – 120 mL/min/1.73 m2. Selalunya golongan tua akan mempunyai keputusan GFR normal yang lebih rendah, kerana GFR menurun berdasarkan peringkat umur.

Contoh-contoh di atas ialah ukuran biasa bagi keputusan ujian ini. Julat nilai normal mungkin berbeza diantara makmal-makmal yang berlainan. Sesetengah makmal membuat ujian menggunakan ukuran yang berbeza atau menggunakan sampel yang berbeza. Oleh itu, pastikan anda berbincang dengan doktor mengenai keputusan GFR yang diperolehi.

Apakah Maksud Keputusan Ujian Yang Abnormal?

Sekiranya keputusan ujian GFR anda di bawah 60 mL/min/1.73 M2 untuk 3 bulan atau lebih, ianya merupakan tanda-tanda penyakit buah pinggang kronik. Manakala keputusan GFR di bawah 15 mL/min/1.73 m2, ianya adalah tanda-tanda kegagalan buah pinggang dan memerlukan perhatian perubatan dengan segera.

Risiko

Urat dan arteri berbeza dari segi saiz diantara satu pesakit dengan yang lain dan dari satu bahagian badan dengan yang lain. Oleh itu untuk mendapatkan sampel darah dari seorang pesakit dengan pesakit yang lain mungkin agak sukar.

Risiko-risiko lain yang dikaitkan dengan GFR adalah sedikit, tetapi boleh termasuk antaranya:

  • pendarahan yang berlebihan
  • pengsan atau rasa ringan kepala
  • hematoma(darah terkumpul di bawah kulit)
  • Jangkitan(risiko yang kecil yang berlaku sekiranya kulit rosak)

Selain dari mengambil sampel darah untuk melakukan ujian GFR, pengumpulan 24 jam urin juga boleh digunakan untuk melihat anggaran fungsi buah pinggang. Walau bagaimanapun, keputusannya kebiasaannya kurang tepat.

==========================
Sumber: Glomerular Filtration Rate
==========================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Share

Tahap Kegagalan Fungsi Buah Pinggang

Kegagalan buah pinggang menunjukkan bahawa buah pinggang anda telah kehilangan keupayaan untuk menghapuskan bahan buangan berbahaya dari darah anda. Apabila berhadapan dengan masalah kegagalan buah pinggang, penting untuk melambatkan atau mencegah kerosakan yang lebih teruk kepada fungsi buah pinggang anda. Oleh itu, adalah penting untuk anda memahami dan mengetahui apakah tahap kerosakan fungsi buah pinggang anda.

Continue reading

Share