Category Archives: Rawatan Buah Pinggang

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Pemindahan Buah Pinggang?

kidney transplantApabila buah pinggang anda gagal untuk menjalankan fungsinya dengan normal, terdapat 3 pilihan rawatan untuk anda lakukan, iaitu:

  1. Hemodialisis
  2. Peritoneal dialisis
  3. Pemindahan buah pinggang

Ramai pesakit berpendapat pemindahan buah pinggang yang berjaya dapat memberikan kualiti hidup yang lebih baik kerana memberikan kebebasan dan selalunya dikaitkan dengan peningkatan tahap tenaga dan tidak perlu menghadkan pengambilan makanan.

Semasa membuat keputusan samada rawatan ini adalah yang terbaik untuk anda, anda mungkin dapat dibantu dengan menemubual seseorang pesakit yang telah pun menjalani pemindahan buah pinggang. Anda juga perlu berbincang dengan doktor anda, jururawat dan ahli keluarga.

Dalam artikel ini, mari kita melihat beberapa soalan yang saya kira dapat membantu anda menambahkan maklumat anda tentang pemindahan buah pinggang.

Apa itu pemindahan buah pinggang?

Pemindahan buah pinggang adalah suatu pembedahan di mana seseorang yang mengalami kegagalan buah pinggang menerima buah pinggang yang baru untuk menjalankan fungsi pembersihan darah.

Adakah terdapat jenis-jenis pemindahan buah pinggang?

Ya, terdapat dua jenis pemindahan buah pinggang, iaitu pemindahan daripada penderma yang hidup dan juga daripada mereka yang telah mati. Penderma hidup (living donor) meungkin merupakan saudara tredekat anda, atau ahli keluarga anda, suami atau isteri, atau kawan rapat.

Dan dalam sesetengah kes orang yang tidak dikenali berhasrat untuk mendermakan buah pinggangnya kepada sesiapa sahaja yang memerlukan buah pinggang. Terdapat kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis pemindahan tersebut.

Bagaimana saya hendak memulakan proses pemindahan buah pinggang?

Doktor anda akan membincangkan tentang proses pemindahan tersebut atau akan mengarahkan kepada anda supaya merujuk kepada pusat pemindahan buah pinggang untuk penilaian seterusnya.

Bagaimana caranya untuk saya membayar pemindahan buah pinggang yang telah dilakukan?

Kebanyakan polisis kesihataninsuran swasta akan merangkumi banyak perlindungan termasuk berkaitan dengan pemindahan buah pinggang dan juga ubat-ubatan.

Tambahan lagi kebanyakan calon yang akan menjalani pemindahan buah pinggang adalah layak untuk mendapatkan perlindungan perubatan yang akan memperuntukkan sehingga 80% daripada kos perbelanjaan pembedahan pemindahan buah pinggang.

Untuk mendapatkan lebih maklumat yang tepat, sila buat perbincangan dengan doktor anda dan juga polisi insuran jika anda menyertainya.

Selepas proses pemindahan telah berjaya, anda perlu mengambil ubat anti pencegah rejeksi untuk mengelakkan berlakunya penolakan. Anda juga boleh berbincang dengan pegawai insuran yang anda sertai tentang kos ubat anti rejeksi ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan rejeksi?

Komplikasi yang paling penting yang mungkin akan berlaku selepas pemindahan buah pinggang ialah rejeksi. Sistem imuniti badan anda mengawal semua serangan daripada bahan asing, seperti bakteria.

Sistem pertahan ini akan mengesan tisu buah pinggang baru anda sebagai bahan asing dan akan menyerang tisu tersebut. Oleh itu anda perlu mengambil ubatan setiap hari untuk mencegah berlakunya rejeksi terhadap buah pinggang baru anda.

Kebanyakan pesakit perlu mengambil 3 jenis ubatan. Selalunya yang akan diberikan ialah cyclosporine atau tacrolimus atau sirolimus. Dalam masa yang sama, anda selalunya mungkin perlu mengambil beberapa jenis steroid dan ubatan yang ketiga adalah seperti  mycophenolate mofetil, azathioprine atau rapamycin.

Rawatan tambahan mungkin perlu sekiranya episod rejeksi berlaku. Ujian saringan yang kerap di pusat pemindahan buah pinggang boleh memastikan tanda-tanda awal dan rawatan untuk rejeksi.

Apakah kesan sampingan ubat anti rejeksi?

Terdapat banyak kesan sampingan akibat pengambilan ubatan anti rejeksi kerana sistem pertahanan badan anda telah disekat. Namun kesan sampingan ini dapat ditangani oleh kebanyakan pesakit.

Tapi, jika kesan sampingan masih berlaku, penukaran jenis dan dos ubatan perlu dilakukan. Antara kesan sampingan yang biasa terjadi termasuklah tekanan darah tinggi, peningkatan berat badan dan mudah mendapat jangkitan dan juga tumor.

Anda juga mungkin memerlukan ubatan tambahan untuk mengekalkan tahap tekanan darah dan untuk mencegah terjadinya ulser dan jangkitan.

Apakah peluang menunjukkan pemindahan buah pinggang yang dilakukan dapat meneruskan fungsi buah pinggang?

Keputusan mengenai pemindahan buah pinggang meningkat selari dengan kemajuan kajian yang dijalankan. Sekiranya buah pinggang yang dipindahkan gagal, pemindahan kali kedua berkemungkinan adalah pilihan terbaik bagi kebanyakan pesakit.

Perlukah saya mengambil diet yang khusus?

Pemindahan buah pinggang adalah sama dengan rawatan untuk kegagalan buah pinggang yang lain dan selalunya anda perlu mengikuti panduan yang berbeza. Jika anda melakukan rawatan dialisis sebelum ini, anda mungkin merasai bahawa diet khusus yang baru ini tidak begitu terhad.

Tempoh masa untuk anda mengikuti diet khusus ini adalah berbeza-beza. Pemantauan ke atas anda akan dilakukan dengan kerap, dan doktor serta pakar diet anda akan menukar diet anda jika dirasakan perlu.

Apa lagi yang boleh saya lakukan?

Anda haruslah banyakkan membaca, bertanya kepada doktor, jururawat atau pesakit yang telah berjaya menjalani pemindahan buah pinggang. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi-agensi yang pakar dalam pemindahan buah pinggang.

Sumber: Kidney.Org: Kidney Transplant

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Apakah Risiko Menjalani Rawatan Hemodialisis?

Dalam hemodialisis, sebuah mesin akan digunakan untuk menapis bahan buangan, garam dan cecair dari darah anda apabila buah pinggang anda tidak lagi cukup sihat untuk melakukan kerja ini. Hemodialisis adalah cara yang paling biasa digunakan untuk merawat masalah kegagalan buah pinggang kekal. Prosedur ini boleh membantu anda menjalankan kehidupan yang aktif walaupun anda telah mengalami masalah kegagalan buah pinggang.

Continue reading

Share

Apakah Komplikasi Dari Hidronefrosis?

Apakah yang anda faham dengan maksud komplikasi? Komplikasi bolehlah ditakrifkan sebagai satu-satu akibat yang akan diterima oleh seseorang disebabkan gejala-gejala yang berlaku apabila seseorang mengidap sesuatu penyakit.

Saya ambil contoh diri saya sendiri sebagai seorang pesakit nefrotik sindrom suatu ketika dulu. Antara gejala bagi pesakit nefrotik sindrom ialah air kencing akan berbuih disebabkan kandungan urin mengandungi protin. Maka antara komplikasi (akibat) yang boleh berlaku dari gejala tersebut ialah darah beku. Dan ini pernah berlaku kepada saya.

Baik, dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda apakah komplikasi-komplikasi yang akan berlaku kepada mereka yang mengidap hidronefrosis. Bagi anda yang baru membaca di blog saya bolehlah rujuk artikel-artikel saya sebelum ini yang berkaitan dengan hidronefrosis.

Continue reading

Share

Apakah Rawatan Untuk Hidronefrosis?

Dalam tiga artikel saya yang lalu, kita telah pun mengetahui tentang apakah hidronefrosis, gejalanya dan cara mendiagnosis penyakit tersebut. Dan dalam artikel kali ini saya akan kongsikan pula apakah rawatan yang dijalankan untuk penyakit ini.

Matlamatnya

Matlamat rawatan untuk hidronefrosis adalah untuk memulakan semula pengaliran air kencing dari buah pinggang dan mengurangkan bengkak dan tekanan yang terbentuk dan menurunkan fungsi buah pinggang.

Penjagaan awal untuk pesakit adalah bertujuan untuk mengurangkan kesakitan dan mencegah jangkitan saluran kencing. Jika tidak, prosuder rawatan melalui pembedahan mungkin diperlukan.

Continue reading

Share

Bagaimana Hidronefrosis Didiagnosis?

Terdapat banyak sebab yang boleh menyebabkan anda mengidap hidronefrosis. Kadangkala ianya boleh didiagnosis dengan mudah. Sebagai contoh, apabila seseorang pesakit mengalami rasa sakit yang teramat sangat di bahagian rusuk dan darah di dalam air kencing, dan dia juga mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit batu karang, diagnosis klinikal kembung pada buah pinggang disebabkan oleh batu karang boleh dipertimbangkan tetapi masih perlu disahkan.

Kadang-kadang diagnosis adalah sukar dan ianya dikesan semasa penilaian pesakit yang mengadu kelemahan dan didapati berada dalam kegagalan buah pinggang.

Diagnosis hidronefrosis bermula dengan mengambil sejarah tanda-tanda dan gejala yang dialami oleh pesakit. Doktor anda mungkin mahu bertanya soalan yang akan menentukan apakah perlunya rawatan seterusnya dilakukan dan apakah jenis rawatan tersebut. Mengkaji sejarah perubatan pesakit dan sejarah keluarga juga dapat membantu.

Continue reading

Share

Apakah Gejala Hidronefrosis?

Artikel ini adalah sambungan dari artikel sebelumnya yang bertajuk Apakah Hidronefrosis?. Bagi anda yang merupakan pembaca baru di blog ini, saya cadangkan agar membaca terlebih dahulu artikel tersebut melalui pautan ini.

Apakah gejala hidronefrosis?

Mungkin ada  atau mungkin tidak ada merupakan gejala langsung bagi hydronephrosis bergantung kepada punca asas.

Individu dengan hidronephrosis akut, sebagai contoh gejala daripada kembung di buah pinggang akibat batu karang bermula semasa tercetusnya akut rusuk yang kuat atau sakit belakang memancar ke pangkal paha, yang yang dikaitkan dengan loya, muntah-muntah dan berpeluh.

Kesakitan secara berulang-ulang di bahagian perut dan rasa sakit yang teramat sangat boleh menyebabkan seseorang mengerang kesakitan. Mungkin ada darah kelihatan di dalam air kencing.

Hidronephrosis kronik berkembang dari masa ke semasa dan mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala tertentu. Halangan tumor di dalam pelvis atau pundi kencing boleh mengembang secara senyap dan orang yang mungkin mempunyai tanda-tanda kegagalan buah pinggang.

Continue reading

Share

Diabetis & Penyakit Buah Pinggang

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Diabetis mellitus, biasanya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit di mana badan anda tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau tidak boleh menggunakan jumlah normal insulin dengan betul. Insulin adalah sejenis hormon yang mengawal jumlah gula di dalam darah anda. Paras gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan pelbagai masalah di bahagian  badan anda.

Adakah terdapat perbezaan jenis penyakit diabetis?

Kebiasaannya terdapat diabetis jenis 1 dan 2. Diabetes jenis 1 biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai kencing manis permulaan juvana atau kencing manis yang bergantung kepada insulin. Diabetis jenis ini akan menyebabkan pankreas anda tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup dan anda perlu mengambil suntikan insulin untuk sepanjang hayat anda.

Diabetes jenis 2 pula biasanya berlaku pada mereka yang berumur lebih dari 40 tahun dan dikenali sebagai kencing manis permulaan dewasa. Ia juga dikenali sebagai kencing manis yang bergantung kepada bukan insulin. Untuk diabetis jenis 2, pankreas masih mampu untuk menghasilkan insulin, tetapi badan anda tidak menggunakannya dengan betul. Paras gula di dalam darah akan tinggi dan selalunya boleh dikawal dengan mengikuti diet dan/ atau mengambil ubat-ubatan, walaupun sesetengah pesakit perlu mengambil insulin.

Apakah akibat terhadap buah pinggang yang disebabkan oleh diabetis?

Kencing manis akan menyebabkan saluran darah kecil di dalam badan mengalami kecederaan. Apabila saluran darah di dalam buah pinggang tercedera, buah pinggang tidak dapat membersihkan darah dengan betul. Badan akan menyimpan lebih banyak air dan garam daripada yang sepatutnya, yang boleh menyebabkan pertambahan berat badan dan bengkak pada buku lali. Kemungkinan juga di dalam air kencing anda akan wujudnya kandungan protin. Selain itu, bahan-bahan buangan akan berkumpul di dalam darah anda.

Diabetes juga boleh menyebabkan kerosakan saraf di dalam badan. Ini boleh menyebabkan kesukaran untuk mengosongkan pundi kencing anda. Akibat tekanan yang terhasil dari pundi kencing yang penuh akan menyebabkan air kencing naik semula dan mencederakan buah pinggang. Selain itu juga, jika air kencing berada dalam pundi kencing untuk jangka masa yang lama, ianya akan menyebabkan berlakunya jangkitan bakteria dalam air kencing yang mempunyai paras gula yang tinggi.

Berapa ramai pesakit diabetis akan mengalami penyakit buah pinggang?

Kira-kira 30 peratus daripada pesakit diabetis jenis  1 (permulaan juvana) dan 10 hingga 40 peratus daripada mereka yang mempunyai penyakit diabetis jenis 2 (permulaan dewasa) akhirnya akan mengalami kegagalan buah pinggang.

Apakah tanda-tanda awal penyakit buah pinggang pada pesakit diabetes?

Tanda awal penyakit buah pinggang disebabkan diabetes ialah meningkatnya sisa buangan dari albumin dalam air kencing. Sisa buangan ini boleh wujud lebih dahulu sebelum ujian biasa bagi mengesan penyakit buah pinggang dijalankan ke atas anda. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda menjalani ujian ini setiap tahun. Penambahan berat badan dan bengkak pada buku lali juga boleh berlaku. Selain itu anda juga akan lebih kerap untuk membuang air kecil terutamanya pada waktu malam. Tekanan darah akan menjadi terlalu tinggi. Sebagai penghidap diabetes, anda perlu melakukan ujian tekanan darah, air kencing dan pemeriksaan darah sekurang-kurangnya sekali setahun. Ini akan membolehkan kawalan penyakit dan rawatan awal tekanan darah tinggi serta penyakit buah pinggang anda dilakukan dengan lebih baik. Mengekalkan kawalan terhadap penyakit diabetes boleh mengurangkan risiko anda mendapat penyakit buah pinggang yang teruk.

Apakah tanda-tanda akhir penyakit buah pinggang bagi pesakit diabetis?

Apabila buah pinggang anda gagal, tahap blood urea nitrogen (Bun) atau nitrogen urea darah akan naik bersama dengan tahap kreatinin di dalam darah anda. Anda juga mungkin mengalami rasa loya, muntah-muntah, hilang selera makan, lemah, keletihan meningkat, gatal-gatal, kekejangan otot (terutama pada kaki anda) dan anemia. Anda mungkin mendapati yang anda kurang memerlukan insulin. Ini adalah kerana penyakit buah pinggang menyebabkan kurang penghasilan insulin. Jika anda mengalami sebarang tanda-tanda ini, sila hubungi doktor anda.

JADUAL 1

Tanda-tanda penyakit buah pinggang bagi pesakit diabetis

  •     Albumin / protein dalam air kencing
  •     Tekanan darah tinggi
  •     Bengkak buku lali dan kaki, kejang kaki
  •     Pergi ke bilik mandi lebih kerap terutamanya pada waktu malam
  •     Tahap Bun dan kreatinin yang tinggi dalam darah
  •     Kurang keperluan untuk insulin atau ubat-ubatan antidiabetic
  •     Demam di waktu pagi, loya dan muntah
  •     Lemah, pucat dan anemia
  •     gatal-gatal

Apa yang akan berlaku jika buah pinggang saya telah rosak?

Pertama, doktor perlu memastikan apakah penyakit diabetes anda telah menyebabkan kecederaan. Penyakit-penyakit lain boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Buah pinggang anda akan bekerja lebih baik dan tahan lebih lama jika anda:

  •     Mengawal kencing manis anda
  •     Mengawal tekanan darah tinggi
  •     Dapatkan rawatan untuk jangkitan saluran kencing
  •     Membetulkan apa-apa masalah di dalam sistem kencing anda
  •     Mengelakkan pengambilan ubat-ubatan yang boleh merosakkan buah pinggang (terutamanya ubat penahan sakit)

Jika tiada masalah-masalah lain yang dijumpai, doktor akan cuba menjaga buah pinggang anda  untuk terus berfungsi seberapa lama yang boleh. Penggunaan ubat tekanan darah tinggi yang dipanggil angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitors telah terbukti dapat membantu melambatkan kehilangan fungsi buah pinggang.

Bagaimana memastikan buah pinggang terus berfungsi seberapa lama yang boleh?

Doktor buah pinggang, yang dipanggil nefrologi, akan merangka satu pelan bersama dengan anda, keluarga anda dan pakar diet anda. Dua perkara yang perlu diingat untuk menjaga buah pinggang anda agar sentiasa sihat ialah mengawal tekanan darah tinggi bersama-sama dengan ACE dan pemakanan yang disyorkan untuk buah pinggang anda. Menghadkan pengambilan protein dalam diet anda juga mungkin dapat membantu. Anda dan pakar diet anda boleh merancang diet anda bersama-sama.

Apakah kegagalan peringkat akhir buah pinggang pada pesakit diabetes?

Peringkat akhir kegagalan buah pinggang berlaku apabila buah pinggang anda tidak lagi mampu menyokong anda untuk hidup dalam keadaan yang sihat, dan dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan. Ini berlaku apabila buah pinggang anda berfungsi pada hanya 10 hingga 15 peratus. Biasanya jangka masa di antara bermulanya kecederaan buah pinggang disebabkan diabetes dan kegagalan buah pinggang kira-kira 5-7 tahun.

Bagaimana kegagalan buah pinggang dirawat di kalangan pesakit kencing manis?

Tiga jenis rawatan boleh digunakan apabila buah pinggang anda gagal iaitu:

  • pemindahan buah pinggang
  • hemodialisis
  • dialisis peritoneal

Bolehkah pesakit diabetes melakukan pemindahan buah pinggang?

Ya. Setelah anda mendapatkan buah pinggang baru, anda mungkin memerlukan dos insulin yang lebih tinggi. Selera makan anda akan bertambah baik dan buah pinggang anda akan mengurangkan dos insulin lebih baik daripada buah pinggang yang telah rosak. Anda juga pelu mengambil steroid untuk menjaga tubuh dari menolak buah pinggang baru. Jika buah pinggang anda gagal, rawatan dialisis boleh dimulakan sementara anda menunggu buah pinggang yang lain.

Bagaimana pula dengan pemindahan pankreas?

Kadang-kadang ianya tidak mustahil untuk melakukan pemindahan pankreas bersama-sama dengan pemindahan buah pinggang. Doktor akan memberikan nasihat mengenai kemungkinan ini.

Bagaimana pula dengan diet yang rendah protein?

Kajian menunjukkan bahawa diet rendah protein boleh melambatkan proses berlakunya kerosakan buah pinggang.

Apakah harapan masa depan bagi pesakit diabetis?

Hari ini telah banyak kajian demi kajian telah dilakukan untuk mengkaji penyakit diabetis. Harapan kita agar di masa depan kajian tersebut akan dapat mengubati dan mencegah penyakit diabetis. Pada masa yang sama, anda boleh mengawal penyakit diabetis dengan cara:

  • Melakukan pamantauan di rumah terhadap paras glukos dalam darah anda
  • Mengekalkan kesedaran untuk mengawal tekana darah anda, mungkin juga dengan melakukan pemantauan di rumah
  • Sentiasa mengikuti diet khusus anda

==========================
Sumber : Diabetes & Kidney Disease
==========================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Share

Kreatinin-urin

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kreatinin adalah bahan yang terhasil dari kreatin, iaitu satu bahagian yang penting di dalam otot. Kreatinin akan dikeluarkan sepenuhnya dari badan oleh buah pinggang. Artikel ini akan membincangkan ujian yang dilakukan untuk mengukur jumlah kreatinin dalam air kencing anda. Selain itu, ujian darah juga boleh dilakukan untuk menentukan tahap kreatinin anda.

Bagaimana Ujian Ini Dilakukan?

Pengambilan sampel air kencing secara rawak atau pengumpulan urin 24 jam akan digunakan.

Bagaimana Persediaan Ujian tersebut?

Doktor anda mungkin akan memberhentikan pengambilan sesetengah ubat yang boleh mempengaruhi keputusan ujian yang dijalankan. Ubat-ubatan tersebut termasuklah:

  • Cephalosporins (cefoxitin)
  • Cimetidine
  • Cisplatin
  • Gentamicin
  • Trimethoprim

Bagaimana Rasa Ketika Menjalankan Ujian Tersebut?

Ujian ini biasanya hanyalah melibatkan pembuangan air kencing, dan tidak ada rasa ketidakselesaan.

Kenapa Ujian Ini Dijalankan?

Ujian ini akan digunakan sebagai ujian saringan untuk menilai fungsi buah pinggang. Ia juga boleh digunakan sebagai sebahagian daripada ujian pelepasan kreatinin. Ia juga sering digunakan sebagai ujian untuk mendapatkan maklumat tentang bahan kimia lain yang terdapat di dalam air kencing seperti albumin atau protin.

Keputusan Yang Normal

Jumlah kreatinin dalam air kencing (sampel 24 jam) boleh antara 500-2000 mg/hari. keputusan tersebut boleh juga bergantung kepada faktor umur dan jumlah jisim badan tanpa lemak. Satu lagi cara untuk menjelaskan julat normal bagi keputusan ujian ini adalah seperti berikut:

  • 14 hingga 26 mg per kg jisim badan setiap hari untuk lelaki
  • 11 hingga 20 mg per kg jisim badan setiap hari untuk wanita

Contoh-contoh di atas adalah ukuran biasa bagi keputusan ujian ini. Julat nilai normal kemungkinan agak berbeza diantara makmal-makmal yang berlainan. Beberapa makmal-makmal yang lain menggunakan ukuran atau sampel yang berbeza. Oleh itu berbincanglah dengan doktor anda tentang apakah maksud keputusan ujian yang dijalankan ke atas anda.

Apa Maksud Keputusan Yang Abnormal?

Maksud keputusan ujian yang abnormal adalah tidak khusus, tetapi mungkin disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:

  • Glomerulonefritis
  • Pengambilan diet daging yang tinggi
  • Jangkitan buah pinggang
  • Kegagalan buah pinggang
  • Distrofi otot (peringkat akhir)
  • Myasthenia gravis
  • Prerenal azotemia
  • Aliran darah buah pinggang kurang (seperti dalam kejutan atau kegagalan jantung kongestif)
  • Rhabdomyolysis
  • Halangan pada saluran kencing
Pernahkah anda menjalani ujian keratinin? Kongsikan pengalaman anda menjalani ujian ini.

==============================
Sumber: Creatinine-urine
==============================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Share

Bagaimana Untuk Menyembuhkan Fungsi Buah Pinggang Lemah

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Lebih 26 juta rakyat Amerika mempunyai penyakit buah pinggang kronik (juga dikenali sebagai kegagalan buah pinggang kronik) menurut yayasan Buah Pinggang Kebangsaan. Secara kasarnya, seorang dalam sembilan rakyat Amerika akan menghidapi penyakit buah pinggang kronik. Malah, berjuta-juta rakyat Amerika berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini di mana ianya merupakan punca utama kepada lemahnya fungsi buah pinggang. Hingga sekarang tiada penawar untuk penyakit buah pinggang kronik. Walau bagaimanapun, pengesanan dan rawatan awal adalah cara terbaik untuk mengurangkan gejala dan masalah buah pinggang daripada bertambah teruk.

 

  • Tentukan kadar GFR anda. Menurut Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, pengesanan dan rawatan awal dapat mengekalkan fungsi buah pinggang yang lemah dari menjadi lebih buruk dan akhirnya akan membawa kepada kegagalan buah pinggang yang boleh membawa maut. Cara terbaik untuk mengukur tahap fungsi buah pinggang anda ialah dengan menentukan tahap GFR. Doktor boleh mengukurnya dengan melakukan ujian darah yang mudah. Selepas menentukan tahap GFR anda, doktor akan berbincang tentang cara rawatan yang sesuai. Walau bagaimanapun ada beberapa cara asas yang boleh anda lakukan untuk memperbaiki fungsi buah pinggang tanpa mengira berapa tahap GFR anda.
  • Tentukan punca yang menyebabkan fungsi buah pinggang menjadi lemah. Fungsi buah pinggang menjadi lemah selalunya disebabkan oleh penyakit buah pinggang kronik. Contoh yang paling biasa berlaku ialah kencing manis, tekanan darah tinggi, sekatan aliran urin, stenosis arteri buah pinggang, penyakit buah pinggang dan pendedahan kepada toksin tertentu. Menentukan penyebab adalah penting kerana keutamaan utama untuk merawat fungsi buah pinggang lemah ialah dengan mengawal keadaan dasarnya.
  • Ubah diet harian anda. Mengambil diet yang betul adalah penting dalam merawat fungsi buah pinggang yang lemah. Mengawal pengmabilan jumlah protin boleh melambatkan perkembangan penyakit. Ia juga dapat membantu menghilangkan gejala-gejala seperti muntah dan juga rasa loya. Selain itu, menagawal pengambilan potassium dan fosforus juga dapat membantu memperbaiki gejala-gejala.
  • Cuba dapatkan ubat-ubatan farmasi dan juga herba. Selain menggunakan ubat-ubatan untuk merawat punca-punca asas, anda juga mungkin memerlukan ubat-ubatan untuk merawat komplikasi yang biasa dikaitkan dengan masalah buah pinggang lemah. Contohnya fungsi buah pinggang yang lemah boleh menyebabkan berlakunya anemia yang memerlukan ubat untuk merangsang lebih banyak penghasilan dan pengeluaran sel darah merah. Vitamin seperti vitamin D, boleh membantu untuk mengelakkan berlakunya tulang lemah (komplikasi lain yang dikaitkan dengan fungsi buah pinggang lemah). Ramai percaya bahawa sesetengah herba, contohnya seperti bearberri, boleh meningkatkan fungsi buah pinggang. Bearberri boleh didapati dalam kebanyakan teh.
  • Cari maklumat berkaitan pilihan dialisis dan pemindahan buah pinggang. Jika anda berada di peringkat akhir penyakit buah pinggang, merawat punca-punca asas, menukar diet anda, dan mengambil ubat-ubatan tidak akan mencukupi. Jika buah pinggang anda hanya berfungsi pada 10-15 peratus, anda memerlukan rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk menyelamatkan nyawa anda.

==============================
Sumber : How to cure weak kidney function
==============================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Share

Bagaimana Memanjangkan Hayat Kawasan Sambungan Dialisis

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Jika anda sekarang sedang dalam rawatan dialisis atau mengetahui sesiapa yang menggunakan rawatan tersebut, tentunya anda juga mengetahui bahawa penjagaan penyambungan pembuluh darah dengan sempurna adalah sangat penting. Tanpa penjagaan yang sempurna, anda mungkin perlu melakukan pembedahan lain untuk mencari satu lagi penyambungan pembuluh darah samada di paha, kateter, fistula, graft atau pun pusat urat kateter.Artikel ini akan mengajar anda bagaimana untuk menjaga kawasan penyambungan yang anda gunakan ketika sesi rawatan dialisis. Langkah-langkah yang dikongsikan mestilah diikuti supaya kawasan penyambungan tersebut sentiasa terjaga.


  • Tinggikan tangan anda dengan meletakkan di atas bantal hingga kawasan sambungan tersebut tidak lagi bengkak. Jika jahitan masih baru, doktor akan memberitahu kepada anda bagaimana untuk menjaganya.
  • Sentiasa pastikan kawasan sambungan berada dalam keadaan bersih. Jika anda menggunakan kaedah peritonial dialisis, doktor atau jururawat akan mengajar bagaimana untuk membersihkan tapak kateter anda dan bagaimana menjaga agar tidak berlaku jangkitan. Bergantung kepada jenis rawatan yang anda gunakan, doktor akan menerangkan kepada anda bagaimana untuk menjaga kebersihannya.
  • Jangan sesekali memakai pakaian yang ketat pada lengan yang ada graft atau fistula. Ianya akan menyebabkan bekalan darah akan terhalang untuk sampai ke tempat sambungan anda. Anda tidak perlu memakai pakaian yang ketat di sekitar kawasan lengan anda, beg bahu, dompet, beg buku atau barang kemas. Dengan berbuat demikian boleh merosakkan lengan anda.
  • Jangan biarkan sesiapa pun termasuk diri anda untuk memeriksa tekanan darah, mengambil darah atau memberikan ubat intramuskular sekiranya anda mempunyai graft atau fistula dalam pada kawasan sambungan. Hanya satu pengecualian dari perkara di atas sekiranya anda telah dimaklumkan oleh doktor untuk menggunakan sesetengah ubat yang dimasukkan melalui jarum suntikan dialisis anda.
  • Elakkan dari tidur di atas lengan yang mengandungi penyambungan anda atau tidur dengan membengkokkan lengan yang terdapatnya penyambungan. Jangan meletakkan beban kerana ianya akan menyebabkan pembekuan darah yang merupakan perkara yang mesti dielakkan.
  • Jangan mengangkat objek berat termasuk binatang peliharaan dan juga kanak-kanak. Secara umumnya anda tidak perlu mengangkat apa-apa yang beratnya melebihi 25 lbs. Doktor akan memaklumkan kepada berapa jumlah berat objek yang selamat untuk anda angkat.
  • Periksa getaran pada lengan anda untuk memastikan darah mengalir dengan baik. Anda perlu melakukannya setiap hari agar dapat mengesan dari awal sekiranya terdapat sebarang masalah. Sekiranya anda tidak merasakan getaran, sila hubungi doktor anda dengan segera untuk mereka memeriksanya. Dan jangan teragak-agak untuk meminta bantuan dari pegawai bantuan dialisis anda kerana mereka akan sentiasa memberikan bantuan yang diperlukan.

==============================
Rujukan : How To Prolong A Dialysis Access Site
==============================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Share