Category Archives: Penyakit Buah Pinggang

Apakah Komplikasi Diabetik Nefropati?

komplikasi diabetis, kencing manis

diabetik nefropati adalah penyakit buah pinggang yang disebabkan kencing manis

Adakah anda pengidap diabetis? Dan mungkin anda juga telah disahkan oleh doktor mengidap penyakit buah pinggang? Jika begitu anda telah mengidap apa yang dipanggil diabetik nefropati.

Diabetik nefropati adalah penyakit buah pinggang yang diakibatkan oleh penyakit kencing manis yang sudah lama. Dalam artikel ini akan menerangkan kepada anda apakah komplikasi yang akan dialami oleh pesakit diabetik nefropati.

Diabetik nefropati itu sendiri sebenarnya merupakan komplikasi akibat daripada penyakit diabetis. Oleh itu komplikasi diabetik nefropati lebih kurang sama dengan penyakit buah pinggang, hanya sesetengah masalah datangnya dari penyakit utama. Komplikasi utama akibat dari diabetik nefropati ialah:

1) Malnutrisi (kurang zat makanan) atau imuniti

malnutrisi adalah disebabkan oleh kurang tahap protein. Ini kerana pesakit yang menghidapi masalah ini akan mengalami kehilangan protein melalui air kencing dengan banyak. Albuminuria (kurang protein dalam darah) yang agak lama akan mengakibatkan malnutrisi dan membawa kepada terbantutnya tumbesaran dan imuniti badan yang rendah.

2) Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi atau hipertensi akan menyerang apabila satu keadaan penyakit menyerang. Ianya disebabkan oleh kerosakan yang berlaku pada buah pinggang akibat diabetis. ACE Inhibitors adalah ubat anti hipertensi yang paling biasa diberi oleh doktor kepada pesakit.

3) Anemia

Anemia juga sama seperti hipertensi. Selalunya kerapkali berlaku bersama dengan kerosakan buah pinggang. Perbezaan peringkat penyakit akan menunjukkan perbezaan keterukan anemia tersebut. Mengapa ianya terjadi? Kurang fungsi buah pinggang disebabkan oleh diabetik nefropati gagal untuk menghasilkan EPO (eritropoietin) yang secukupnya. Eritropoietin adalah enzim yang dihasilkan oleh buah pinggang untuk merangsang sum-sum tulang menghasilkan sel darah merah.

Sementara itu jangka hayat RBCs (red blood cells) yang singkat dan pengumpulan toksin akan menyumbang kepada anemia. Pesakit akan menunjukkan tanda-tanda seperti keletihan, muka yang pucat, hilang tumpuan dan mengantuk.

4) Nefrotik Sindrom

Sesetengah pesakit akan menunjukkan simtom nefrotik sindrom di mana kehilangan banyak protein melalui air kencing, bengkak dan kurang kandungan protein dalam badan.

5) Kegagalan buah pinggang atau ESRD

Kegagalan buah pinggang atau ESRD (end stage renal disease) adalah komplikasi yang paling serius akibat daripada diabetik nefropati sekiranya dibiarkan tanpa rawatan atau tidak dikawal dengan baik. Kegagalan buah pinggang juga akan terjadi akibat dari tekanan darah tinggi dan kandungan gula yang tidak dikawal.

Banyak lagi komplikasi yang boleh membawa kepada kematian yang mengancam nyawa pesakit seperti kegagalan jantung dan penyakit kardiovaskular. Dialisis dan pemindahan buah pinggang akan menjadi pilihan apabila progres penyakit berpindah kepada peringkat yang lebih teruk.

Sudah tentu komplikasi boleh menjadi lebih dari apa yang dibincangkan di atas. Di sini, perkara yang harus diberi perhatian ialah, walau apapun yang berlaku samada diabetik nefropati atau diabetis, kedua-duanya harus diberikan perhatian yang serius dan rawatan rapi dalam kehidupan seharian. Ubatan, perubahan diet dan gaya hidup harus diubahsuai untuk membantu mengawal progres penyakit.

Sumber: Kidney-Support.Org l Complications of Diabetic Nephropathy

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel. Anda mengidap diabetik nefropati? Sertai group saya dan saya akan tunjukkan kepada anda penawarnya.

Share

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Pemindahan Buah Pinggang?

kidney transplantApabila buah pinggang anda gagal untuk menjalankan fungsinya dengan normal, terdapat 3 pilihan rawatan untuk anda lakukan, iaitu:

  1. Hemodialisis
  2. Peritoneal dialisis
  3. Pemindahan buah pinggang

Ramai pesakit berpendapat pemindahan buah pinggang yang berjaya dapat memberikan kualiti hidup yang lebih baik kerana memberikan kebebasan dan selalunya dikaitkan dengan peningkatan tahap tenaga dan tidak perlu menghadkan pengambilan makanan.

Semasa membuat keputusan samada rawatan ini adalah yang terbaik untuk anda, anda mungkin dapat dibantu dengan menemubual seseorang pesakit yang telah pun menjalani pemindahan buah pinggang. Anda juga perlu berbincang dengan doktor anda, jururawat dan ahli keluarga.

Dalam artikel ini, mari kita melihat beberapa soalan yang saya kira dapat membantu anda menambahkan maklumat anda tentang pemindahan buah pinggang.

Apa itu pemindahan buah pinggang?

Pemindahan buah pinggang adalah suatu pembedahan di mana seseorang yang mengalami kegagalan buah pinggang menerima buah pinggang yang baru untuk menjalankan fungsi pembersihan darah.

Adakah terdapat jenis-jenis pemindahan buah pinggang?

Ya, terdapat dua jenis pemindahan buah pinggang, iaitu pemindahan daripada penderma yang hidup dan juga daripada mereka yang telah mati. Penderma hidup (living donor) meungkin merupakan saudara tredekat anda, atau ahli keluarga anda, suami atau isteri, atau kawan rapat.

Dan dalam sesetengah kes orang yang tidak dikenali berhasrat untuk mendermakan buah pinggangnya kepada sesiapa sahaja yang memerlukan buah pinggang. Terdapat kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis pemindahan tersebut.

Bagaimana saya hendak memulakan proses pemindahan buah pinggang?

Doktor anda akan membincangkan tentang proses pemindahan tersebut atau akan mengarahkan kepada anda supaya merujuk kepada pusat pemindahan buah pinggang untuk penilaian seterusnya.

Bagaimana caranya untuk saya membayar pemindahan buah pinggang yang telah dilakukan?

Kebanyakan polisis kesihataninsuran swasta akan merangkumi banyak perlindungan termasuk berkaitan dengan pemindahan buah pinggang dan juga ubat-ubatan.

Tambahan lagi kebanyakan calon yang akan menjalani pemindahan buah pinggang adalah layak untuk mendapatkan perlindungan perubatan yang akan memperuntukkan sehingga 80% daripada kos perbelanjaan pembedahan pemindahan buah pinggang.

Untuk mendapatkan lebih maklumat yang tepat, sila buat perbincangan dengan doktor anda dan juga polisi insuran jika anda menyertainya.

Selepas proses pemindahan telah berjaya, anda perlu mengambil ubat anti pencegah rejeksi untuk mengelakkan berlakunya penolakan. Anda juga boleh berbincang dengan pegawai insuran yang anda sertai tentang kos ubat anti rejeksi ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan rejeksi?

Komplikasi yang paling penting yang mungkin akan berlaku selepas pemindahan buah pinggang ialah rejeksi. Sistem imuniti badan anda mengawal semua serangan daripada bahan asing, seperti bakteria.

Sistem pertahan ini akan mengesan tisu buah pinggang baru anda sebagai bahan asing dan akan menyerang tisu tersebut. Oleh itu anda perlu mengambil ubatan setiap hari untuk mencegah berlakunya rejeksi terhadap buah pinggang baru anda.

Kebanyakan pesakit perlu mengambil 3 jenis ubatan. Selalunya yang akan diberikan ialah cyclosporine atau tacrolimus atau sirolimus. Dalam masa yang sama, anda selalunya mungkin perlu mengambil beberapa jenis steroid dan ubatan yang ketiga adalah seperti  mycophenolate mofetil, azathioprine atau rapamycin.

Rawatan tambahan mungkin perlu sekiranya episod rejeksi berlaku. Ujian saringan yang kerap di pusat pemindahan buah pinggang boleh memastikan tanda-tanda awal dan rawatan untuk rejeksi.

Apakah kesan sampingan ubat anti rejeksi?

Terdapat banyak kesan sampingan akibat pengambilan ubatan anti rejeksi kerana sistem pertahanan badan anda telah disekat. Namun kesan sampingan ini dapat ditangani oleh kebanyakan pesakit.

Tapi, jika kesan sampingan masih berlaku, penukaran jenis dan dos ubatan perlu dilakukan. Antara kesan sampingan yang biasa terjadi termasuklah tekanan darah tinggi, peningkatan berat badan dan mudah mendapat jangkitan dan juga tumor.

Anda juga mungkin memerlukan ubatan tambahan untuk mengekalkan tahap tekanan darah dan untuk mencegah terjadinya ulser dan jangkitan.

Apakah peluang menunjukkan pemindahan buah pinggang yang dilakukan dapat meneruskan fungsi buah pinggang?

Keputusan mengenai pemindahan buah pinggang meningkat selari dengan kemajuan kajian yang dijalankan. Sekiranya buah pinggang yang dipindahkan gagal, pemindahan kali kedua berkemungkinan adalah pilihan terbaik bagi kebanyakan pesakit.

Perlukah saya mengambil diet yang khusus?

Pemindahan buah pinggang adalah sama dengan rawatan untuk kegagalan buah pinggang yang lain dan selalunya anda perlu mengikuti panduan yang berbeza. Jika anda melakukan rawatan dialisis sebelum ini, anda mungkin merasai bahawa diet khusus yang baru ini tidak begitu terhad.

Tempoh masa untuk anda mengikuti diet khusus ini adalah berbeza-beza. Pemantauan ke atas anda akan dilakukan dengan kerap, dan doktor serta pakar diet anda akan menukar diet anda jika dirasakan perlu.

Apa lagi yang boleh saya lakukan?

Anda haruslah banyakkan membaca, bertanya kepada doktor, jururawat atau pesakit yang telah berjaya menjalani pemindahan buah pinggang. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi-agensi yang pakar dalam pemindahan buah pinggang.

Sumber: Kidney.Org: Kidney Transplant

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Anda Pengidap Nefrotik Sindrom? Ketahui Bagaimana Selsema Boleh Menyebabkan Penyakit Anda Berulang

elakkan selsema jika anda pengidap nefrotik sindrom

Apabila seorang pesakit nefrotik sindrom mendapat jangkitan selsema, tidak lama selepas itu penyakit nefrotim sindrom akan kembali berulang. Kemudian, proteinuria, edema dan simtom yang berkaitan dengan nefrotik sindrom juga akan muncul.

Masalah nefrotik sindrom yang kerap berulang akan memburukkan lagi fungsi buah pinggang anda. Oleh itu, amat penting sekiranya anda mengelakkan dari mendapat selsema dan mengurangkan pengulangan nefrotik sindrom.

Jadi, bagaimana selsema boleh menyebabkan masalah nefrotik sindrom yang anda hidapi kembali berulang?

Nefrotik sindrom berlaku akibat dari sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik. Akan berlaku kesilapan pada sistem imun di mana ianya akan menyerang tisu buah pinggang yang sihat.

Untuk memastika nefrotik sindrom dalam keadaan terkawal, sistem imuniti akan disekat dengan penggunaan ubat immunosuppresive. Apabila anda mendapat selsema, sistem imun akan semulajadi diransang untuk menyerang jangkitan tersebut.

Akibatnya, sistem imuniti akan menyerang buah pinggang dan sekali lagi akan mencetuskan berlakunya inflamasi (keradangan) pada ginjal. Buah pinggang akan menapis protein semula.

Oleh itu, dengan mengelakkan dari berlakunya selsema dan jangkitan boleh membantu mengurangkan masalah nefrotik sindrom daripada berulang. Dalam masa yang sama, beberapa langkah di bawah juga boleh membantu menghalang masalah nefrotik sindrom anda daripada berulang.

Senaman

Senaman ringan dapat membantu anda meningkatkan sistem imuniti dan menghalang selsema dan virus atau bakteria dari menyerang tubuh. Ia akan mengurangkan nefrotik sindrom dari berulang dengan berkesan.

Patuhi arahan doktor

Pesakit dengan nefrotik sindrom haruslah mematuhi arahan yang telah diberikan oleh doktor dengan sebaik-baiknya. Pesakit tidak seharusnya mengurangkan atau berhenti mengambil ubat tanpa arahan dari doktor.

Rawatan

Nefrotik sindrom berlaku akibat dari sistem imuniti yang tidak berfungsi dengan baik. Sekiranya sistem imuniti ini diperbetulkan, penyakit tersebut tidak akan berulang.

Immuno-terapi boleh menghalang inflamasi pada buah pinggang dan memperbetulkan sistem imuniti dengan berkesan. Oleh kerana itu, ia boleh menghalang masalah nefrotik sindrom dari berulang.

Oleh kerana selsema adalah faktor risiko berulangnya masalah nefrotik sindrom, pesakit haruslah mengambil langkah pencegahan dengan lebih efektif untuk menghalang dari berlakunya selsema.

Sumber: kidneyabc.com : Why Does Cold Lead to Nephrotic Syndrome Relapse?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Tahukah Anda Fakta Tentang Idiopathic Nefrotik Sindrom?Mungkin Ia Menyerang Anak Anda

idiopathic nephrotic Nefrotik Sindrom idiopathik ialah suatu keadaan penyakit yang tidak diketahui puncanya atau penyakit yang muncul secara spontan. Ianya adalah jenis nefrotik sindrom yang biasa berlaku dikalangan kanak-kanak.

Ianya termasuklah penyakit perubahan minimal, focal segmental glomerulonefritis (FSGS) dan membranous nephropathy, di mana penyakit perubahan minimal adalah penyakit yang paling biasa terjadi pada kanak-kanak.

Di sini dihuraikan beberapa fakta mengenai nefrotik sindrom idiopathik dikalangan kanak-kanak.

Simtom

  • Pengeluaran protein melalui air kencing melebihi 50mg/kg dalam sehari.
  • hipo albuminemia (kurang albumin di dalam darah) – kepekatan serum albumin kurang dari 3g/dL
  • Edema
  • Hiperlipidemia (tinggi kandungan lipid dalam darah)

Komplikasi

1) Jangkitan: Kanak-kanak dengan masalah idiopathik nefrotik sindrom berisiko tinggi mendapat jangkitan. Ianya berpunca daripada kehilangan komponen komplemen (suatu bahan dalam darah, yang membantu pertahanan tubuh apabila antibodi-antibodi bercantum dengan antigen yang menyerang) dan imunoglobulin (satu daripada sekumpulan protein yang bertindak sebagai antibodi).

2) Renal Vein Thrombosis: Kehilangan protein seperti anti thrombin III menyumbang kepada peringkat pro-koagulan(pembekuan darah). Hipovolaemia(pengurangan volum darah yang beredar dalam badan) boleh memburukkan lagi keadaan tersebut.

3) Hipertensi: Hipertensi berlaku apabila cecair berlebihan berkumpul di dalam badan. Ini adalah faktor terpenting yang memburukkan lagi fungsi ginjal.

Rawatan Untuk Idiopathik Nefrotik Sindrom

1) Prednisolone: Prednisolone adalah rawatan yang paling biasa digunakan untuk merawat nefrotik sindrom dikalangan kanak-kanak. Pengambilan ubatan ini untuk tempoh yang lama pada peringkat permulaan penyakit boleh mengurangkan insiden penyakit dari berulang.

2) Profilaksis antibiotik: Kanak-kanak dengan idiopathik nefrotik sindrom berisiko tinggi mendapat jangkitan yang mana merupakan punca utama kematian mereka. Penicillin V boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan.

3) Infusi albumin: Kurang kandungan albumin di dalam darah boleh mengakibatkan banyak masalah. Infusi albumin diperlukan untuk sesetengah kes.

4) Pengurusan diet dan cecair: Kanak-kanak dengan idiopathik nefrotik sindrom haruslah mengamalkan diet kurang kandungan garam. Ia dapat membantu masalah edema dan refensi cecair dalam badan.

Rawatan yang disenaraikan di atas dapat membantu mengurangkan simtom idiopathik nefrotik sindrom pada kanak-kanak, tetapi rawatan ini tidak dapat menghapuskan penyebab penyakit ini.

Sekiranya penyebab penyakit ini tidak dikawal, tisu pada buah pinggang akan menjadi parut. Akhirnya kegagalan buah pinggang akan berlaku. Nefrotik sindrom berlaku apabila sistem imun gagal untuk menjalankan fungsi normalnya. Imunoterapi adalah pilihan rawatan alternatif untuk kanak-kanak dengan idiopathik nefrotik sindrom.

Sumber: KidneyABC.com: Facts of Idiopathic Nephrotic Syndrome in Children

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Apakah Kesan Sampingan Prednisilone Untuk Rawatan Nefrotik Sindrom?

side affect prednisone

prednisone adalah ubat yang diberikan untuk merawat nefrotik sindrom

Sejenis corticosteroids, prednisone kerap diberikan kepada pesakit nefrotik sindrom. Ia memainkan peranan penting untuk menghalang inflamasi dan reaksi imun, menggalakkan diuresis dan menghalang proteinuria (protein di dalam air kencing).

Walaubagaimanapun, ianya boleh menyebabkan kesan sampingan prednisone kepada pesakit nefrotik sindrom sekiranya pesakit itu mengambil ubatan ini dalam tempoh yang lama.

Sekiranya anda adalah salah seorang daripada golongan pesakit ini, anda harus mengambil perhatian terhadap kesan sampingan yang berikut.

1) Anda akan mudah mendapat jangkitan

Prednisone akan melemahkan sistem imuniti anda, jadi anda akan lebih mudah dijangkiti bakteria, virus atau jangkitan yang sedia ada akan menjadi lebih teruk.

Ambil beberapa kaedah dengan segera sekiranya anda dapati anda dijangkiti. Untuk merawat jangkitan tersebut, anda boleh memilih sesetengah antibiotik yang mana boleh dimetabolize oleh hati, selain dimetabolize oleh buah pinggang anda.

Dalam masa yang sama, pengurangan dos prednisone atau berhentikan pengambilan sepenuhnya adalah perlu.

2) Anda mungkin mengalami bengkak pada muka atau sekeliling mata, sesak nafas, urticaria dan sakit dada.

Simtom ini selalunya disebabkan oleh pengambilan dos prednisone yang banyak yang diberi dengan cepat melalui salur darah. Penukaran dos ubat ini boleh mengurangkan simtom ini, tetapi anda haruslah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengurangkan dos ubatan tersebut.

3) Peningkatan tekanan darah yang merbahaya boleh berlaku

Sakit kepala yang teruk, kabur penglihatan, telinga berdengung, rasa bimbang, keliru, sakit dada, sesak nafas dan degupan jantung yang tidak sekata menunjukkan tanda-tanda peningkatan darah.

Tekanan darah tinggi akan memburukkan lagi masalah nefrotik sindrom anda, jadi anda hendaklah mengambil ubat antihipertensif untuk mengawal tekanan darah anda.

4) Pancreatitis dengan mudah akan terjadi

Sakit yang amat sangat pada bahagian atas perut dan merebak ke belakang. Rasa loya, muntah dan degupan jantung yang pantas menyumbang kepada simtom pancreatitis.

Jika anda mengalami satu atau lebih simtom ini, anda haruslah memberitahu kepada doktor anda dengan segera.

Terdapat banyak lagi kesan sampingan yang berlaku akibat dari pengambilan ubat prednisone untuk merawat penyakit nefrotik sindrom. Sekiranya anda menderita dengan satu atau lebih kesan sampingan tersebut, anda haruslah berhenti daripada mengambil ubatan tersebut.

Bagi anda yang mengidap masalah nefrotik sindrom, saya mencadangkan agar anda mencuba supplement kesihatan cellfood. Di mana ianya banyak membantu saya ketika saya mengidap nefrotik sindrom suatu masa dahulu.

Sumber: kidney-support.org: What are side effects of prednisone for nephrotic syndrome?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Sesuatu Tentang Nefrotik Sindrom Dikalangan Kanak-Kanak Yang Perlu Diketahui Ibubapa

ibubapa perlu peka dengan kesihatan anak mereka

Berkemungkinan ibu bapa kepada kanak-kanak dengan nefrotik sindrom telah mengetahi tentang penyakit tersebut berulang dan kesan sampingan disebabkan pengambilan ubat steroid.

Dalam usaha mengawal penyakit berulang dan membantu kanak-kanak dengan nefrotik sindrom untuk tidak melakukan rawatan dialisis dan tranplant buah pinggang, ada sesuatu tentang nefrotik sindrom dikalangan kanak-kanak yang ibubapa mesti tahu.

Apakah yang akan dirasai oleh kanak-kanak nefrotik sindrom?

Kanak-kanak dengan nefrotik sindrom akan mengalami bengkak disekeliling mata, muka, buku lali dan kaki.

Ibubapa akan melihat kehadiran buih pada air kencing anak mereka. Dengan penyakit yang progresif, lebih banyak simtom penyakit akan kelihatan seperti anemia.

Peningkatan tekanan darah, kurang selera makan, loya, muntah, pertumbuhan dan perkembangan yang terbantut dan berbagai lagi. Apabila nefrotik sindrom telah berubah kepada kegagalan buah pinggang kronik, penyakit tersebut bukan sahaja mengakibatkan ketidakselesaan dari segi fizikal, tetapi juga tekanan psikologikal kanak-kanak itu.

Apakah yang mungkin akan berlaku kemudian pada kanak-kanak dengan nefrotik sindrom?

Sekiranya nefrotik sindrom dikalangan kanak-kanak dikawal dengan baik, fungsi buah pinggang yang baik akan semakin berkurangan/merosot dan lebih banyak bahan buangan dan toksin akan terkumpul di dalam darah.

Apabila keadaan menjadi kegagalan buah pinggang kronik, dialisis atau pemindahan buah pinggang akan diberikan pilihan.

Apakah kemungkinan rawatan yang terlibat untuk merawat nefrotik sindrom pada kanak-kanak?

Kanak-kanak dengan nefrotik sindrom selalunya dirawat dengan ubatan steroid atau ubat  immunosuppressive untuk mengawal simtom.

Walaubagaimanapun pengambilan ubat dalam tempoh yang lama akan mendatangkan banyak kesan sampingan yang mana boleh mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Dalam usaha untuk menghalang kesan sampingan tersebut dan membantu menghalang nefrotik sindrom dari menjadi kegagalan buah pinggang kronik, saya mencadangkan agar ibu bapa mencuba supplement kesihatan yang mana saya sendiri mengamalkannya.

Ianya akan digunakan untuk merawat kerosakan buah pinggang dan mengembalikan fungsi buah pinggang dengan cara menggalakkan peredaran darah, mengubah peredaran darah dan menyediakan nutrisi kepada buah pinggang.

Sumber: kidney-support.org: Something about Nephrotic Syndrome in Children Parents Should Know

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Apakah Rawatan Untuk Jangkitan Pundi Kencing?

treatment bladder infection, rawatan jangkitan pundi kencing

apakah rawatan untuk jangkitan pundi kencing?

Jangkitan pundi kencing boleh dirawat dan diubati dengan penggunaan antibiotik yang sesuai.

Pemilihan dan tempoh rawatan antibiotik bergantung kepada seteruk mana jangkitan tersebut, sejarah jangkitan yang lepas, dan faktor pesakit contohnya seperti umur, jantina, alahan, ubatan lain dan masalah kesihatan yang lain.

Doktor secara amnya akan menentukan antibiotik yang manakah bertindak lebih berkesan untuk setiap pesakit melalui ujian keseluruhan terhadap pesakit itu dengan mengambil kira faktor-faktor seperti yang saya sebutkan di atas.

Pengambilan ubatan sendiri dalam merawat jangkitan pundi kencing sesekali menjadi pilihan bagi pesakit yang mengalami jangkitan yang kurang serius atau jangkitan berulang.

Bagi individu yang dipercayai patuh dengan ubatan sendiri dan biasa dengan simtom kekerapan jangkitan pundi kencing, antibiotik untuk jangkitan pundi kencing yang sesuai akan diberikan  oleh doktor kepada mereka bagi membantu merawat masalah tersebut.

Ubatan ini akan mula diambil sendiri oleh pesakit tersebut apabila simtom jangkitan bermula. Kekejangan otot pundi kencing dan inflamasi pundi kencing juga mempunyai hubungan dengan simtom jangkitan pundi kencing seperti sakit pundi kencing dan disuria (sakit ketika membuang air kencing).

Pyridium (phenazopyridine) adalah sejenis ubat yang kerap kali digunakan dalam merawat simtom sakit ketika membuang air kencing akibat jangkitan pundi kencing.

Apakah jamu dirumah berkesan untuk merawat jangkitan pundi kencing?

Produk cranberry telah diketahui dapat menghalang jangkitan pundi kencingbagi sesetengah tahap. Walaubagaimanapun ianya tidak disarankan sebagai ganti antibiotik dalam merawat jangkitan.

Pematuhan dalam pengambilan antibiotik seperti yang telah diberikan dan pengambilan air yang banyak adalah komponen yang penting sebagai alternatif untuk rawatan jangkitan pundi kencing.

Sumber: MedicineNet.com: What is the treatment for a bladder infection?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Apakah Tanda-Tanda & Simtom Jangkitan Pundi Kencing Dikalangan Lelaki,Kanak-Kanak & Bagaimana Ia Didiagnosis?

bladder infection in men,Di dalam artikel yang lepas, saya telah kongsikan dengan anda tentang tanda-tanda dan simtom jangkitan pundi kencing dikalangan wanita. Jadi untuk kali ini saya akan kongsikan pula tanda dan simtom jangkitan pada lelaki, kanak-kanak dan juga bagaimana ianya didiagnosis?

Antara tanda dan simtom yang mungkin dihidapi bagi lelaki yang mengalami jangkitan pundi kencing ialah:

  • Disuria (sakit semasa membuang air kencing)
  • Kerap membuang air kencing
  • keinginan membuang air kencing yang kuat
  • Sakit di bahagian suprapubik (sakit pada bahagian atas tulang pelvik & di bawah abdomen.)
  • Hematuria (darah dalam air kencing)

Apakah tanda & simtom jangkitan pundi kencing pada kanak-kanak?

Tanda & simtom jangkitan pundi kencing dan urinari bagi kanak-kanak dan bayi boleh jadi tidak berapa jelas, termasuk:

  • Kerap merengek
  • cerewet
  • Kurang makan
  • Muntah
  • Kurang berkembang
  • Lemah seluruh badan
  • Bau air kencing terlalu kuat
  • Sakit pada abdomen

Bagaimana jangkitan pundi kencing didiagnosis?

Jangkitan pundi kencing secara amnya didiagnosis melalui urinalisis (UA)(analisis ujian air kencing dengan menggunakan ujian-ujian fiikal, kimia dan mikroskopik). Ini adalah ujian yang ringkas di mana sampel air kencing dari pesakit yang disyaki mengalami jangkitan pundi kencing ataupun jenis jangkitan salur urinari yang lain diambil dan dianalisis.

Ujian ini serta tanda-tanda dan simtom jangkitan pundi kencing digunakan untuk mendiagnosis atau mengenalpasti masalah keradangan pundi kencing.

Kehadriran sel darah putih atau leukosit esterase (dibebaskan dari sel darah putih) melalui urinalisis menunjukkan kehadiran jangkitan. Darah di dalam air kencing (hematuria) juga kadang-kadang akan kelihatan untuk mengenalpasti jangkitan pundi kencing.

Nitrat adalah sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh sesetengah bakteria, dan kehadiran bahan ini melalui urinalisis juga boleh menunjukkan jangkitan pada air kencing.

Urine Culture adalah salah satu ujian yang dapat membantu untuk mendiagnosis jangkitan pundi kencing. Ujian ini dapat menentukan jenis organisma yang menyebabkan jangkitan pada air kencing. Secara amnya, urine culture tidak dilakukan bersama dengan urinalisis. Ianya sememangnya digalakkan dilakukan sekiranya ujian urinalisis mengesahkan diagnosis jangkitan urinari.

Sumber: MedicineNet.com: What are the signs and symptoms of a bladder infection in men?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Apakah Tanda & Simptom Jangkitan Pundi Kencing Dikalangan Wanita?

sign of bladder infection in women,bladder infection symptom

Apakah tanda jangkitan pundi kencing pada wanita?

Diantara simptom jangkitan pundi kencing dikalangan wanita ialah seperti di bawah:

  • Disuria (sakit semasa membuang air kencing)
  • Kerap membuang air kencing
  • Terdesak untuk membuang air kencing
  • Bimbang untuk membuang air kencing
  • Sakit pundi kencing (sakit disekeliling kawasan pelvik)
  • Pembuangan air kencing yang tidak lawas (air kencing tertinggal)
  • Urin inkontinen (gagal untuk menahan kencing)

Gejala demam, menggigil, loya, muntah dan kurang selera makan sangat jarang dialami sekiranya mendapat jangkitan pundi kencing walaupun simptom ini kerap kali dialami bagi mereka yang mengalami jangkitan urinari yang lebih teruk seperti jangkitan pada buah pinggang.

Diantara tanda-tanda jangkitan pundi kencing dikalangan wanita pula ialah seperti di bawah:

Sumber: MedicineNet.com: What are the signs and symptoms of a bladder infection in women?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Faktor Risiko Jangkitan Pundi Kencing

bladder infection,jangkitan pundi kencing

faktor risiko jangkitan pada pundi kencing

Dalam dua artikel saya yang lepas, kita sama-sama sudah mengetahui tentang apakah yang dikatakan dengan jangkitan pundi kencing dan penyebabnya. Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan pula dengan anda tentang apakah-apakah faktor yang boleh meningkatkan risiko jangkitan pada pundi kencing.

1) Wanita

Salur urethra yang pendek menyebabkan bakteria mudah bergerak ke pundi kencing berbanding golongan lelaki. Ini kerana golongan lelaki mempunyai salur urethra yang lebih panjang.

2) Wanita mengandung

Faktor risiko bagi anda yang sedang mengandung pula ialah pembesaran pada uterus/rahim atau pun kandungan di mana akan menyebabkan tekanan pada struktur bahagian sistem urinari (perkencingan) dan akan mengganggu pengaliran air kencing yang normal.

3) Wanita post menopos

Untuk golongan ini pula biasanya disebabkan oleh faktor fisiologi iaitu kekeringan pada bahagian vaginal, sukar menahan air kencing(urin inkontinen), sukar membuang air kencing(urin refensi). Faktor-faktor ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat jangkitan pada pundi kencing.

4) Perhubungan seksual

Faktor ini biasanya akan meningkatkan risiko jangkitan pada golongan wanita.

5) Pembesaran prostat (lelaki)

Untuk golongan lelaki, pembesaran prostat akan mengakibatkan penyekatan pada pengaliran air kencing yang normal untuk keluar daripada pundi kencing ke salur urethra.

Selain itu, sisa air kencing yang tertinggal di dalam pundi kencing juga akan menyebabkan berlakunya jangkitan.

6) Warga emas

Warga emas adalah golongan yang paling berisiko untuk mendapat jangkitan pundi kencing. Ini disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan yang mana boleh mengakibatkan sistem pertahanan badan menjadi lemah.

7) Penggunaan tiub kencing(kateter)

Kebiasaannya tiub kencing ini dimasukkan melalui sistem perkencingan manusia akibat kegagalan pengeluaran air kencing secara normal. Ini akan mengakibatkan bakteria dari luar lebih mudah dibawa masuk ke pundi kencing dan sistem perkencingan.

Tiub kencing ini biasanya digunakan untuk pesakit-pesakit berikut:

  • Pesakit uzur
  • Pergerakan yang terhad ataupun lumpuh
  • Urin inkontinen(sukar menahan air kencing)
  • Penyekatan pada pundi kencing dan urin refensi(pembesaran prostat, kanser prostat)
  • Kanser pundi kencing
  • Kegagalan fungsi pundi kencing akibat masalah saraf – strok

8) Prosuder perubatan

Beberapa jenis prosuder perubatan juga boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat jangkitan pundi kencing. Antaranya ialah:

  • Sistokopi
  • Biopsi pundi kencing
  • Prosuder prostat
  • IUD (Intra Uterine Device). Ianya adalah prosuder untuk perancangan keluarga bagi wanita.

Kesemua prosuder di atas berisiko untuk mendapat jangkitan biasanya disebabkan oleh penggunaan peralatan yang tidak disteril.

9) Kanak-kanak

Bagi golongan kanak-kanak pula, risiko peningkatan jangkitan pundi kencing  adalah kepada:

  • Kanak-kanak perempuan
  • Kanak-kanak lelaki yang belum bersunat
  • Struktur salur kencing yang tidak normal yang berlaku sejak dilahirkan lagi

Sumber: MedicineNet.com: What are some risk factors for bladder infection?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

 

Share