Category Archives: Penyakit Batu Karang

Pemeriksaan Batu Karang

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian.Apa khabar anda hari ini?Harapan saya anda semua sihat disamping keluarga tercinta.

Terima kasih saya ucapkan kerana masih setia untuk membaca artikel-artikel terbaru di blog ini.Mudah-mudahan artikel yang dimuatkan dalam blog ini sedikit sebanyak mendatangkan manfaat kepada semua.

Baiklah.Artikel kali ini ialah sambungan dari artikel tentang penyakit batu karang.Kepada anda yang masih belum membaca enti-entri yang lepas tentang penyakit batu karang,bolehlah membacanya dengan klik di sini.

Untuk entri kali ini,kita akan mengetahui pula apakah bentuk-bentuk pemeriksaan dan diagnosis yang boleh dilakukan untuk mengesan kemunculan batu karang pada seseorang.

Pemeriksaan dan Diagnostik

Kebanyakan batu karang yang terbentuk akan keluar dari tubuh seseorang melalui air kencing tanpa dapat dikesan.Jadi antara jalan penyelesaiannya ialah dengan melakukan x-ray untuk mengesan kemunculan batu karang.Kebaikan lain melakukan x-ray ialah doktor akan mengetahui saiz  dan juga lokasi batu.

Selain itu,melakukan ujian darah dan air kencing  juga berguna dalam mengesan zat abnormal yang boleh menyumbang kepada  pembentukan batu.Jika doktor anda mengambil keputusan untuk melakukan pengimbasan sistem kencing, ia boleh dilakukan dengan menggunakan ujian khusus yang disebut Computerized Tomography (CT) scan atau Pyelogram Intravena (IVP).

Dan hasil dari semua ujian yang dilakukan ini akan dapat membantu doktor untuk menentukan rawatan yang tepat dan optimum untuk anda.

Ok pembaca sekalian.Itulah antara bentuk-bentuk pemeriksaan yang dilakukan untuk mengesan batu karang dalam tubuh.Mudah-mudahan artikel ini dapat membantu anda.Akhir kata dari saya,jagalah kesihatan anda.Kalau anda ada sebarang pertanyaan,manfaatkanlah ruangan komen yang disediakan ye.

P/S: Adakah artikel di atas membantu?Sekiranya ya,mengapa tidak anda melanggan artikel blog ini secara mudah melalui RSS feed atau emel? Atau tunjukkan sokongan anda dengan memberikan sedikit komen.Saya pasti amat menghargainya.

Share

Batu Karang:Tanda-tanda & gejalanya

Assalamualaikum pembaca sekalian.Bagaimana dengan pengisian artikel tentang penjagaan buah pinggang di blog ini?Ok tak?Saya harap dapat memberikan anda informasi-informasi berguna kepada anda melalui blog ini sebab saya sedar betapa pentingnya untuk kita menjaga organ buah pinggang dengan sebaiknya.

Untuk entri kali ini masih lagi sekitar tentang penyakit batu karang.Untuk kali ini saya akan menerangkan pula tentang tanda-tanda dan gejala-gejala yang akan dilalui oleh mereka yang mempunyai penyakit ini.

Bagi sesetengah individu,mereka mungkin tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai penyakit batu karang.Ini disebabkan penyakit ini langsung tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda diperingkat awalnya.Walaupun begitu,antara tanda yang paling umum ialah kadang-kadang mereka akan merasai kesakitan yang amat sangat.Hal ini kerana batu karang melalui lintasan sempit di saluran kencing.

Selain itu,tanda dan gejala-gejala berikut boleh berlaku:

1. Rasa tajam dan kejang di bahagian belakang dan tepi perut.Selain itu,rasa tersebut juga dapat dirasakan dibawah perut dan pangkal paha.Dan rasa sakit ini boleh berlaku selama beberapa minit sahaja dan boleh berlanjutan selama beberapa jam bergantung kepada saiz batu tersebut.

2. Rasa sakit atau rasa seperti terbakar ketika membuang air kecil.

3. Air kencing akan berwarna merah kerana mengandungi darah(hematuria).

4. Selalu rasa hendak membuang air kecil.

5. Selalu berasa mual dan muntah.

6. Demam dan menggigil kerana berlaku jangkitan kuman dalam saluran kencing.

Haa..itulah dia antara tanda-tanda dan gejala yang akan dihadapi oleh mereka yang mempunyai penyakit batu karang.Kalau anda tahu lagi tanda-tanda dan gejala lain,bolehlah kongsikan bersama pembaca blog ini.Gunakanlah ruangan komen yang disediakan sebaik-sebaiknya.

Selamat membaca!

P/S: Adakah artikel di atas membantu?Sekiranya ya,mengapa tidak anda melanggan artikel blog ini secara mudah melalui RSS feed atau emel? Atau tunjukkan sokongan anda dengan memberikan sedikit komen.Saya pasti amat menghargainya.

Share

Penyakit Batu Karang:Faktor Risiko

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Apa khabar pembaca sekalian?Saya doakan agar anda sihat hendaknya.Untuk entri yang seterusnya masih lagi berkaitan dengan penyakit batu karang.Dalam artikel kali ini saya akan menulis tentang apakah faktor-faktor yang akan menjadikan seseorang itu lebih berisiko untuk mempunyai penyakit batu karang.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu berisiko mempunyai batu karang?

Sebenarnya,banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:

1) Kurang air — Jika anda seorang yang tidak kerap minum air, terutamanya air masak, air kencing anda akan menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.Jadi,sekiranya anda memang liat hendak minum air,tabiat ini perlu diubah.

2) Sejarah keluarga atau sendiri — Anda ada ahli keluarga yang mempunyai masalah batu karang?Awas,anda mungkin berisiko mempunyai masalah yang sama.Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

3) Umur — Kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

4) Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

5) Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

6) Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.Ini pernah berlaku kepada saya sendiri.Kerana terlalu lama menggunakan sejenis ubat yang dipanggil Prednisolone,iaitu ubat anti radang.Saya pernah mempunyai batu karang dalam buah pinggang.

7) Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

8 ) Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Adakah anda mempunyai faktor-faktor di atas?Jangan bimbang,sekiranya anda mempunyai satu atau dua faktor tersebut,contohnya seperti faktor jantina dan umur,anda sebenarnya masih boleh mengelakkan penyakit batu karang ini.

Anda hanya perlu lebih peka terhadap tahap kesihatan diri.Rajin-rajinlah melakukan pemeriksaan kesihatan dan seringlah berbincang dengan doktor anda.Ini adalah satu cara untuk mengekalkan tahap kesihatan anda.

Hargailah kesihatan kita!

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Jenis-Jenis Batu Karang

kidney stone,jenis batu karangAssalamualaikum semua.Alhamdulillah,bertemu lagi kita pada entri terbaru saya.Saya harapkan agar pembaca sekalian berada dalam keadaan sihat walafiat disamping keluarga dan orang tersayang.

Untuk entri terbaru kali ini,saya akan berkongsi pula artikel tentang jenis-jenis penyakit batu karang yang familiar dikalangan pengidap-pengidapnya.

Sebagaimana yang diketahui,sebahagian besar batu karang mengandungi kristal hasil daripada gabungan pelbagai reaksi kimia. Jenis yang paling umum pula ialah dari jenis yang mengandungi kalsium. Kalsium pula adalah merupakan komponen penting dari tulang dan juga merupakan bahagian integral dalam otot.

Antara jenis-jenis batu karang termasuklah:

1. Batu kalsium – Batu kalsium adalah dari jenis yang paling umum diantara jenis-jenis batu karang.Batu kalsium ini terbentuk kerana kadar kandungan kalsium di dalam air kencing sangat tinggi.Selalunya,kalsium akan bergabung dengan zat lain di dalam air kencing seperti oksalat dan fostat untuk menghasilkan pembentukan batu karang.

2. Batu urik asid – Batu ini adalah dari jenis batu yang terbentuk hasil dari sejenis zat yang dipanggil urik asid,iaitu suatu bahan yang terhasil daripada pemecahan protin.Individu yang gemar memakan makanan dari jenis yang tinggi kandungan protinnya adalah berisiko untuk mempunyai batu dari jenis ini.Batu urik asid ini lebih banyak kepada kaum lelaki berbanding kaum wanita.Urik asid juga adalah penyebab kepada penyakit gout.Inilah sebabnya mengapa individu yang mempunyai penyakit gout sangat berisiko untuk mendapat batu karang dari jenis ini.

3. Batu struvite – Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.

4. Batu sistein – Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Itulah tadi pembaca sekalian antara jenis-jenis batu yang popular dihidapi oleh  mereka yang mempunyai penyakit batu karang.Emmm…adakah anda rasa artikel yang saya tulis ini bermanfaat?Atau anda ada penambahan?Anda boleh kongsikan sebarang penambahan melalui ruangan komen yang disediakan.

Selamat membaca dan jagalah kesihatan buah pinggang anda.

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share