Apabila anda menghidapi penyakit kegagalan buah pinggang kronik (CKD), sangat penting sekiranya anda mengekalkan kandungan kalsium yang sepatutnya di dalam badan anda. Kuantiti yang tepat seharusnya ditentukan ke atas kes-kes bergantung kepada doktor anda, tetapi berdasarkan Kidney Disease Outcomes Quality Initiative (KDOQI), menyarankan had diantara 8.4 hingga 10.2 mg/dL.
Dalam usaha untuk mengekalkan tahap tersebut, ianya penting sekiranya anda dapat mengawasi pengambilan diet anda dengan lebih mendalam. Sesetengah makanan secara semulajadinya mengandungi kandungan kalsium yang tinggi manakala bahan yang bukan semulajadi mengandungi kalsium yang telah ditambah dengan bahan tersebut. Sangat penting jika anda sedar mengenai pengambilan kalsium anda.
Bagi anda yang mengandungi tahap kalsium yang tinggi dalam badan, makanan yang secara semulajadinya mengandungi tahapkalsium yang tinggi haruslah dihadkan termasuk:
- keju
- sumber yang berasal dari keju
- sup berasaskan krim
- sos berkrim
- aiskrim
- makanan Itali atau Mexico yang dibuat dengan keju
- keju dan makaroni
- susu
- puding
- yogurt
Penambahan kalsium dalam makanan
Dalam beberapa tahun yang terkini, pengilang makanan telah menambah kandungan kalsium ke dalam makanan untuk memperluaskan lagi penghantaran makanan mereka, termasuklah jus buah-buahan, bijirin dan roti. Di sini disediakan kepada anda beberapa panduan penting untuk mengelakkan pengambilan kalsium yang berlebihan
- Baca label dahulu supaya dapat mengelak dari mengambil makanan yang tinggi kandungan kalsium, ataupun makanan yang dilabel sebagai sumber kalsium yang baik.
- Pilih makanan yang mengandungi kurang kandungan kalsium semasa membandingkan label.
- Lihat pada makanan yang tertera perkataan “Tidak Mengandungi Sumber Kalsium Penting”.
- Pilih makanan yang mengandungi kandungan kalsium kurang dari 10% melalui fakta nutrisi yang disediakan.
Label nutrisi menyenaraikan kandungan kalsium dalam bentuk peratus. Dengan membaca label pada makanan dapat membantu anda mengenalpasti makanan yang mengandungi kalsium lebih dari 10%. Dan makanan ini haruslah dielakkan. Sekiranya anda tidak pasti tentang sesuatu makanan, mintalah khidmat nasihat daripada pakar pemakanan renal anda. Melalui perancangan makanan, anda akan lebih mudah mencapai tahap kandungan kalsium yang sihat dalam badan anda.
Anda juga perlu tahu, saiz sesuatu hidangan juga merupakan faktor yang penting dalam menentukan apa yang perlu dimakan. Selain daripada makanan atau minuman yang anda ambil, terdapat beberapa sumber lain yang mengandungi kalsium, contohnya:
- kalsium supliment
- multivitamin/mineral supliment
- Antacid yang menadungi kalsium, contohnya Tums dan Rolaids, iaitu sejenis ubat.
Rumusan
Mengekalkan tahap kalsium yang normal di dalam badan adalah penting bagi mendapatkan kesihatan yang baik apabila anda telah menjalani dialisis. Pada hari ini, bukan hanya produk tenusu sahaja yang mengandungi kalsium, jadi pastikan anda membaca maklumat nutrisi terlebih dahulu sebelum membeli atau mengambil sebarang makanan atau mana-mana produk kesihatan yang lain. Sekiranya anda tidak pasti mengenai sesuatu barangan, berjumpalah dengan pakar pemakanan renal anda untuk mendapatkan kepastian.
sumber: Davita.Com: Calcium Tips for People On Dialysis
Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.





Kegagalan buah pinggang adalah suatu keadaan perubatan apabila buah pinggang gagal menapis toksin dan bahan buangan daripada darah dan memindahkan cecair tambahan daripada badan. Kegagalan buah pinggang boleh disebabkan oleh banyak keadaan seperti jangkitan utama, batu karang, sista buah pinggang dan trauma.
Buah pinggang kita berfungsi untuk menapis bahan-bahan yang tidak diperlukan dari darah kita. Untuk memantau fungsi buah pinggang, doktor akan mengukur paras serum kreatinin, yang terhasil melalui pecahan fosfat kreatin daripada otot. Buah pinggang yang sihat akan menapis kandungan kreatinin. Tahap serum kreatinin yang tinggi menunjukkan kerosakan atau kegagalan buah pinggang. Apabila berlakunya situasi ini, doktor anda akan menetapkan diet buah pinggang yang sesuai untuk anda. Oleh kerana beban kerja buah pinggang anda diringankan dan kadar kerosakan dilambatkan, tahap kreatinin anda akan menjadi lebih rendah. Diet buah pinggang memberi tumpuan kepada pengawalan protein, potassium, fosforus, natrium dan cecair. Ikut arahan yang ditetapkan oleh doktor dan jangan lakukan sebarang perubahan diet atau ubat-ubatan tanpa nasihat dari doktor anda.
Antara makanan yang boleh diambil ialah: