Category Archives: Diet Buah Pinggang

Bagaimana Pengambilan Kalsium Bagi Pesakit Yang Melakukan Dialisis?

pesakit buah pinggang perlu menjaga pengambilan kalsiumApabila anda menghidapi penyakit kegagalan buah pinggang kronik (CKD), sangat penting sekiranya anda mengekalkan kandungan kalsium yang sepatutnya di dalam badan anda. Kuantiti yang tepat seharusnya ditentukan ke atas kes-kes bergantung kepada doktor anda, tetapi berdasarkan Kidney Disease Outcomes Quality Initiative (KDOQI), menyarankan had diantara 8.4 hingga 10.2 mg/dL.

Dalam usaha untuk mengekalkan tahap tersebut, ianya penting sekiranya anda dapat mengawasi pengambilan diet anda dengan lebih mendalam. Sesetengah makanan secara semulajadinya mengandungi kandungan kalsium yang tinggi manakala bahan yang bukan semulajadi mengandungi kalsium yang telah ditambah dengan bahan tersebut. Sangat penting jika anda sedar mengenai pengambilan kalsium anda.

Bagi anda yang mengandungi tahap kalsium yang tinggi dalam badan, makanan yang secara semulajadinya mengandungi tahapkalsium yang tinggi haruslah dihadkan termasuk:

  • keju
  • sumber yang berasal dari keju
  • sup berasaskan krim
  • sos berkrim
  • aiskrim
  • makanan Itali atau Mexico yang dibuat dengan keju
  • keju dan makaroni
  • susu
  • puding
  • yogurt

Penambahan kalsium dalam makanan

Dalam beberapa tahun yang terkini, pengilang makanan telah menambah kandungan kalsium ke dalam makanan untuk memperluaskan lagi penghantaran makanan mereka, termasuklah jus buah-buahan, bijirin dan roti. Di sini disediakan kepada anda beberapa panduan penting untuk mengelakkan pengambilan kalsium yang berlebihan

  • Baca label dahulu supaya dapat mengelak dari mengambil makanan yang tinggi kandungan kalsium, ataupun makanan yang dilabel sebagai sumber kalsium yang baik.
  • Pilih makanan yang mengandungi kurang kandungan kalsium semasa membandingkan label.
  • Lihat pada makanan yang tertera perkataan “Tidak Mengandungi Sumber Kalsium Penting”.
  • Pilih makanan yang mengandungi kandungan kalsium kurang dari 10% melalui fakta nutrisi yang disediakan.

Label nutrisi menyenaraikan kandungan kalsium dalam bentuk peratus. Dengan membaca label pada makanan dapat membantu anda mengenalpasti makanan yang mengandungi kalsium lebih dari 10%. Dan makanan ini haruslah dielakkan. Sekiranya anda tidak pasti tentang sesuatu makanan, mintalah khidmat nasihat daripada pakar pemakanan renal anda. Melalui perancangan makanan, anda akan lebih mudah mencapai tahap kandungan kalsium yang sihat dalam badan anda.

Anda juga perlu tahu, saiz sesuatu hidangan juga merupakan faktor yang penting dalam menentukan apa yang perlu dimakan. Selain daripada makanan atau minuman yang anda ambil, terdapat beberapa sumber lain yang mengandungi kalsium, contohnya:

  • kalsium supliment
  • multivitamin/mineral supliment
  • Antacid yang menadungi kalsium, contohnya Tums dan Rolaids, iaitu sejenis ubat.

Rumusan

Mengekalkan tahap kalsium yang normal di dalam badan adalah penting bagi mendapatkan kesihatan yang baik apabila anda telah menjalani dialisis. Pada hari ini, bukan hanya produk tenusu sahaja yang mengandungi kalsium, jadi pastikan anda membaca maklumat nutrisi terlebih dahulu sebelum membeli atau mengambil sebarang makanan atau mana-mana produk kesihatan yang lain. Sekiranya anda tidak pasti mengenai sesuatu barangan, berjumpalah dengan pakar pemakanan renal anda untuk mendapatkan kepastian.

sumber: Davita.Com: Calcium Tips for People On Dialysis

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Diet Untuk Pesakit Nefrotik Sindrom

Adakah anda atau ahli keluarga anda salah seorang pesakit nefrotik sindrom? Mesti banyak perkara yang anda nak tahu tentang nefrotik sindrom.

Bagi anda yang belum lagi memahami lebih lanjut tentang apakah sebenar nefrotik sindrom, anda boleh baca artikel saya bertajuk ” Tahukah Anda Nefrotik Sindrom?”.

Dan diantara perkara yang perlu anda ambil perhatian apabila disahkan sebagai nefrotik sindrom, ialah soal diet. Dalam artikel ini, saya kongsikan dengan anda sedikit info berkaitan dengan diet untuk pesakit nefroitk sindrom.

Diet Untuk Pesakit Nefrotik Sindrom

diet yang rendah protein antara yang dicadangkan untuk pesakit nefrotik sindrom

Satu pelan diet yang terancang, mampu untuk menggantikan protein yang hilang dan memastikan pengambilan dan penggunaan protein yang cekap melalui penyediaan kalori yang mencukupi.

Perubahan diet juga boleh membantu mengawal hipertensi, edema dan hiperlipidemia, dan juga melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang.

Protein: Diet yang tinggi kandungan protein adalah tidak digalakkan kerana ia boleh menggalakkan kerosakan pada nefron, yang menjadi punca utama berlaku penurunan pada fungsi buah pinggang. Kehilangan protein dikalangan pesakit nefrotik sindrom, adalah disebabkan oleh peningkatan katabolisme, bukan disebabkan pengurangan dalam sintesis protein, oleh itu diet rendah protein yang boleh menurunkan tahap katabolisme, berkemungkinan lebih bermanfaat.

Jumlah optimum pengambilan protein di dalam diet perlu untuk menghalang protein katabolisme dan perkembangan penyakit buah pinggang dari berkembang menjadi bertambah teruk.

Satu cadangan yang biasa ialah 0.6 gram protein per kilogram dari jumlah berat badan yang ideal, penyesuaiannya bergantung pada kadar penurasan glomerulus, atau GFR, dan status pemakanan, ditambah gram untuk menggantikan jumlah protein yang keluar melalui air kencing.

Diet vegetarian adalah diet yang biasa akan dicadangkan untuk menurunkan paras lipid. Diet ini juga menawarkan satu cara penyediaan yang mudah, dan tidak berlebihan kandungan protein.

Natrium(sodium) dan cecair: Jumlah pengambilan natrium dihadkan kepada 1-3 gram setiap hari adalah jumlah yang dicadangkan. Cadangan ini bertujuan untuk mengawal edema dan hipertensi. Ubat diuretik juga boleh digunakan. Sekatan untuk pengambilan cecair pula tidak sesuai melainkan jika telah berlaku kegagalan buah pinggang.

Lipid: Diet yang mengandungi rendah kandungan lemak tepu dan kolestrol, dan digabungkan pula dengan kehilangan berat badan yang berlebihan, adalah diet yang dicadangkan. Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kebanyakan doktor atau pakar kesihatan mencadangkan supaya menghadkan pengambilan kolestrol kurang daripada 300 miligram setiap hari dan pengambilan lemak kepada 30 peratus daripada kalori. Bagaimanapun kajian telah membuktikan bahawa cadangan-cadangan pengambilan diet di atas hanya membawa kepada penurunan asid lemak yang minimum.

Diet vegetarian yang rendah lemak adalah lebih berkesan untuk pengawalan asid lemak dan biasanya akan membawa kepada pembalikan penyakit atherosclerotic. Ubat untuk merendahkan kolestrol boleh digunakan sebagai tambahan jika diperlukan.

Satu kajian yang dilakukan selama 8 minggu ke atas 13 lelaki dan 7 wanita yang mempunyai hiperlipidemia dan nefrotik sindrom, menunjukkan bahawa diet vegetarian dapat mengurangkan kolestrol, trigliserida dan fosforus.

Tenaga: Pengambilan kalori yang betul sepatutnya dapat mencapai dan mengekalkan berat badan ideal dan mengekalkan keperluan protein yang mencukupi. Makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks sepatutnya boleh menyediakan keperluan kalori yang mencukupi.

Makanan tambahan: Pesakit yang mempunyai nefrotik sindrom selalunya akan rendah vitamin B dan zat besi. Dan keduanya dapat diperolehi melalui pengambilan makanan tambahan. Sebagai tambahan, apabila satu bahagian penting dari serum kalsium adalah pengikat protein, ia cenderung untuk menjadi rendah apabila serum protein dikurangkan.

Tiada perubahan rutin yang diperlukan untuk pengambilan potassium, tetapi kehilangan potassium yang disebabkan oleh hiperaldosteronisme sekunder mungkin memerlukan penggantian.

Nilai-nilai klinikal di bawah perlu diberikan perhatian dan dipantau:

  • Serum albumin dan jumlah protein
  • Protein di dalam urin
  • GFR
  • Diet protein, lemak dan kolestrol
  • Berat harian
  • Serum lipid

Sumber artikel: Diet For Nephrotic Syndrome

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Diet Untuk Kegagalan Buah Pinggang Tahap 4

kidney diet tip

kredit foto: livestrong.com

Penyakit buah pinggang kronik ialah keadaan di mana buah pinggang anda semakin kehilangan fungsinya secara beransur-ansur. Penyakit ini dikelaskan mengikut tahap, bermula dari tahap 1 hingga 5 berdasarkan kepada tahap fungsi buah pinggang anda.

Peringkat yang keempat penyakit buah pinggang bermaksud buah pinggang anda berada di tahap yang sangat teruk dan tidak lama lagi akan kehilangan semua fungsinya. Mengamalkan diet yang sihat adalah penting kepada semua orang, tetapi bagi anda yang mempunyai penyakit buah pinggang ianya adalah lebih penting lagi.

Walaupun peringkat keempat menunjukkan buah pinggang anda berada di tahap yang serius, terdapat pemilihan makanan yang dapat membantu anda untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

Perhatikan Makanan Yang Mengandungi Garam

Mengawal tekanan darah adalah sangat penting jika fungsi buah pinggang anda berada di tahap yang keempat. Untuk mengawal tekanan darah, anda perlulah berhati-hati mengambil makanan yang mempunyai tinggi kandungan sodium.

Kebiasaannya, diet yang mengandungi tahap sodium yang terhad adalah melibatkan pengambilan harian yang kurang dari 2000 mg. Secara umumnya, makanan yang diproses atau makanan di dalam tin mengandungi tahap kandungan sodium yang tinggi.

Oelh itu, sebaiknya anda mengamalkan pengambilan makanan yang segar. Sekiranya anda suka makan di luar, anda sepatutnya merancang pengambilan diet anda. Cari maklumat nutrien pada makanan yang anda suka di restoran kegemaran anda.

Jangan takut untuk bertanyakan kepada pelayan restoran tentang pilihan sodium rendah. Anda juga boleh meminta kepada pelayan tersebut agar tidak menambahkan garam di dalam menu makanan anda.

Hadkan Pengambilan Protein Anda

Apabila penyakit buah pinggang anda berada di tahap keempat, satu lagi perubahan yang perlu anda lakukan dalam menua harian anda ialah kurangkan jumlah pengambilan protein. Proses pemecahan protein adalah tugas yang sukar bagi buah pinggang, jadi mengurangkan pengambilan protein adalah cara terbaik untuk membantu mengekalkan baki fungsi buah pinggang anda.

Kandungan yang tinggi protein boleh didapati di dalam daging, ikan, telur, produk susu, kacang, dan produk soya. Pengurangan jumlah protein dalam diet secara umumnya bermaksud tidak lebih dari 0.8 gram  hingga 1.0 gram bagi setiap kilogram berat badan anda.

Ini bermakna sekiranya berat anda ialah 60 kilogram, pengambilan jumlah protein harian anda mestilah tidak lebih dari 48 gram hingga 60 gram sehari.

Tukar Kepada Diet Berasaskan Tumbuhan

Setelah anda mengurangkan jumlah pengambilan protein harian, anda perlulah meningkatkan pengambilan bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam diet anda. Makanan berasaskan tumbuhan adalah tinggi kandungan vitamin dan mineral.

Selain itu, makanan berasaskan tumbuahan ini memberikan manfaat kesihatan kepada anda kerana ianya rendah kolestrol dan lemak. Ini kerana kandungan lemak dan kolestrol yang tinggi boleh meningkatkan risiko anda mendapat penyakit kardiovaskular.

Walaubagaimanapun, anda perlu berhati-hati apabila mengambil sayur-sayuran dan juga buah-buahan jika anda mempunyai penyakit buah pinggang tahap empat. Ini kerana beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran seperti pisang dan kentang mengandungi tahap potassium dan fosforus yang tinggi.

Jika darah anda mengandungi tahap potassium dan fosforus yang tinggi, ia boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan anda. Satu-satunya cara untuk mengetahui bagaimana tahap darah anda ialah dengan melakukan pemeriksaan darah secara kerap untuk memastikan darah anda berada di tahap yang normal.

Aktif Secara Fizikal

Adalah tidak lengkap apabila membincangkan tentang diet sihat jika tidak menyebut tentang aktiviti fizikal. Keseimbangan di dalam pengambilan diet sihat dan aktiviti fizikal mestilah seiring apabila anda ingin menjalani kehidupan secara sihat.

Panduan pemakanan piramid sekarang juga telah mencadangkan agar memasukkan aktiviti fizikal sebagai sebahagian dari program cadangan pemakanan. Secara umumnya, anda digalakkan agar melakukan aktiviti fizikal secara sederhana selama 30 minit pada 3 hingga 5 hari seminggu.

Oleh itu, sekiranya anda tidak aktif di dalam sebarang aktiviti fizikal, mulakan ianya sekarang secara beransur-ansur.

Sumber : LiveStrong.com l Stage 4 Kidney Failure Diet

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Apakah Makanan Yang Baik Untuk Meningkatkan Fungsi Buah Pinggang Anda?

Buah pinggang anda adalah bahagian yang paling utama di dalam sistem kencing anda dan adalah penting untuk menyingkirkan bahan buangan dari badan anda. Buah pinggang juga memainkan peranan dalam pengawalan tekanan darah, rembesan hormon, dan keseimbangan asid asas. Buah pinggang anda mungkin tidak berfungsi pada tahap yang optimum apabila anda makan makanan yang mengandungi tahap mineral yang tinggi, seperti sodium dan potassium, yang boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan pada buah pinggang anda. Mengekalkan tahap kesihatan buah pinggang anda adalah perlu untuk fungsi badan yang normal.

Nasi

good for kidneyNasi adalah sumber karbohidrat yang boleh melengkapkan tubuh badan anda dengan jumlah tenaga yang mencukupi selain kandungan potassium yang sangat rendah. Walaupun badan anda memerlukan keperluan potassium untuk banyak fungsi penting, potassium yang berlebihan akan dikeluarkan dari badan oleh buah pinggang anda. Jika kandungan potassium terlalu banyak di dalam aliran darah anda, fungsi buah pinggang mungkin akan menurun. Oleh itu nasi boleh dimasukkan dalam diet anda sebagai alternatif kepada karbohidrat berkanji yang mengandungi sejumlah besar potassium secara semulajadi.

Protein Soya

soy proteinProduk tenusu serta kebanyakan produk dari sumber haiwan  mengandungi mineral dipanggil fosforus. Fosforus adalah nutrien yang membantu menggalakkan kesihatan tulang. Walaubagaimanapun, fosforus yang berlebihan boleh memberikan kesan yang bertentangan dan menyebabkan tulang anda menjadi lemah. Buah pinggang anda secara semulajadi akan berfungsi untuk menapis kandungan fosforus yang berlebihan di dalam aliran darah anda. Apabila kandungan fosforus terlalu tinggi, ianya boleh membebankan fungsi buah pinggang anda, dan akan mengakibatkan kerosakan kepada tisu sensitif yang membuang toksin dari badan anda. Untuk membantu mengekalkan tahap keseimbangan fosforus, anda boleh cuba menggantikan beberapa produk tenusu dengan produk alternatif berasaskan soya. Ini kerana soya mengandungi banyak nutrien yang sama seperti produk tenusu, tetapi ia mengandungi tahap fosforus yang rendah. Ini boleh membantu melindungi buah pinggang anda daripada kerosakan yang disebabkan oleh pengambilan fosforus berlebihan.

Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran

Diet yang tinggi kandungan protein boleh memberikan tekanan pada buah pinggang anda dengan menghasilkan sebatian yang dikenali sebagai urea. Urea adalah hasil sampingan semulajadi metabolisme protein. Jika diet anda mengandungi paras tinggi protein, tahap urea yang tinggi terpaksa melalui buah pinggang, yang berpotensi merosakkan organ tersebut dan menghadkan keupayaannya untuk membuang toksin berbahaya yang lain daripada darah anda. Mengurangkan pengambilan protein dalam meningkatkan pengambilan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu mengawal jumlah urea yang perlu ditapis oleh buah pinggang anda.

Makanan Rendah Sodium

Sodium, atau garam, memainkan peranan dalam pengawalan tekanan darah anda dan kesihatan buah pinggang. Terlalu banyak sodium boleh menyebabkan kesukaran untuk buah pinggang anda menjalankan fungsinya, yang boleh membawa kepada pembentukan sodium yang berlebihan dalam badan. Pengambilan sodium yang berlebihan boleh mendatangkan bahaya untuk buah pinggang dan tekanan darah, dan boleh menyebabkan pembengkakan abnormal di seluruh badan anda. Dengan mengurangkan makanan rendah sodium dalam diet anda dan menggantikannya dengan makanan yang rendah sodium, anda boleh meningkatkan kesihatan buah pinggang. Makanan yang tinggi kadnungan sodium termasuk makanan dalam tin atau yang diproses dan di dalam kebanyakan sos. Makanan yang rendah sodium termasuklah pelbagai jenis roti dan kacang.

Sumber: LiveStrong.com: The Best Foods To Increase Kidney Function

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Kumpulan Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Pada bulan November 2008, Jurnal Persatuan Perubatan Amerika melaporkan bahawa 13 peratus rakyat dewasa Amerika yang berjumlah kira-kira 26 juta orang  mempunyai penyakit buah pinggang kronik. Buah pinggang atau penyakit buah pinggang berlaku apabila kemerosotan fungsi buah pinggang seseorang. Bahan buangan di dalam badan mengambil masa yang lama untuk dikeluarkan. Mengekalkan diet khas boleh membantu melambatkan proses penyakit buah pinggang dengan cara membantu mengurangkan beban dalam menjalankan fungsinya.

Protin

 

Protin adalah nutrien yang diperlukan. Ia membantu tubuh kita melawan jangkitan, menyembuhkan badan daripada kecederaan dan pendarahan. Apabila anda mempunyai penyakit buah pinggang, anda masih memerlukan protein tetapi jumlah yang lebih terkawal. Kebanyakan pesakit buah pinggang perlu menghadkan pengambilan protin kerana buah pinggang mereka tidak dapat menapis terlalu banyak sisa protein. Tetapi ia juga bergantung kepada saiz badan dan tahap penyakit buah pinggang anda. Terlalu sedikit mengambil sumber protin boleh menyebabkan kekurangan zat makanan. Oleh itu adalah penting untuk anda berbincang dengan pakar buah pinggang dan pakar pemakanan sebelum mengehadkan pengambilan protin.

Continue reading

Share

Diet Fosforus & Potassium Untuk Penyakit Buah Pinggang Kronik

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Penyakit buah pinggang kronik merosakkan fungsi normal buah pinggang, menjadikan organ penting ini sukar untuk mengekalkan baki normal mineral dan elektrolit dalam badan. Walaupun badan manusia memerlukan potassium dan fosforus daripada sumber-sumber pemakanan, mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang perlu mengurangkan pengambilan mineral ini. Makan makanan yang kaya dengan fosforus atau potassium boleh mengakibatkan peningkatan bahan-bahan buangan yang berbahaya, sekaligus menjejaskan fungsi buah pinggang.

Continue reading

Share

Kegagalan Buah Pinggang-Apakah Yang Patut Dimakan & Dielakkan?

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kegagalan buah pinggang adalah suatu keadaan perubatan apabila buah pinggang gagal menapis toksin dan bahan buangan daripada darah dan memindahkan cecair tambahan daripada badan. Kegagalan buah pinggang boleh disebabkan oleh banyak keadaan seperti jangkitan utama, batu karang, sista buah pinggang dan trauma.

Continue reading

Share

Diet Untuk Menurunkan Tahap Kreatinin

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Buah pinggang kita berfungsi untuk menapis bahan-bahan yang tidak diperlukan dari darah kita. Untuk memantau fungsi buah pinggang, doktor akan mengukur paras serum kreatinin, yang terhasil melalui pecahan fosfat kreatin daripada otot. Buah pinggang yang sihat akan menapis kandungan kreatinin. Tahap serum kreatinin yang tinggi menunjukkan kerosakan atau kegagalan buah pinggang. Apabila berlakunya situasi ini, doktor anda akan menetapkan diet buah pinggang yang sesuai untuk anda. Oleh kerana beban kerja buah pinggang anda diringankan dan kadar kerosakan dilambatkan, tahap kreatinin anda akan menjadi lebih rendah. Diet buah pinggang memberi tumpuan kepada pengawalan protein, potassium, fosforus, natrium dan cecair. Ikut arahan yang ditetapkan oleh doktor dan jangan lakukan sebarang perubahan diet atau ubat-ubatan tanpa nasihat dari doktor anda.

Continue reading

Share

Anak anda pesakit buah pinggang?Ini 14 tip untuk anda.

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kebetulan dua hari yang lepas saya telah bersembang dengan seorang ibu ayah yang anak mereka ini merupakan pesakit buah pinggang seperti saya, iaitu nefrotik sindrom.

Daripada cara mereka bercakap dan bertanya kepada saya,nampaknya banyak perkara yang mereka keliru terutamanya tentang bagaimana nak menjaga seorang anak yang mempunyai penyakit buah pinggang.
Continue reading

Share

Potassium & Kaitannya Dengan Penyakit Buah Pinggang Kronik(Bah 4)

Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya amat menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan emel anda di sini.

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kalau dalam artikel yang lepas kita telah pun mengetahui tentang tip-tip yang boleh dicuba bagi menjadikan tahap potassium di dalam makanan kita berada pada tahap yang normal dan selamat untuk dimakan.Jadi dalam artikel kali ini kita akan melihat pula pada jenis-jenis makanan yang mengandungi tahap potassium yang tinggi dan rendah.

Makanan Rendah Potassium

Tanyakan pada pakar diet anda tentang jumlah potassium yang selamat untuk anda makan.Bahagian saiz makanan yang diambil sangat penting.Ini kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau pengambilan terlalu kerap boleh menyebabkan tahap potassium menjadi tinggi walaupun anda hanya mengambil makanan yang rendah tahap potassiumnya.

Jadi di bawah ini ialah jadual makanan yang mengandungi tahap kandungan potassium yang rendah.

 

Jenis makanan Makanan rendah potassium
Buah-buahan
  • Epal
  • Beri
  • Buah-buahan koktel
  • Anggur
  • Lemon
  • Buah pic
  • Buah pir bertin
  • Nenas
  • Buah plum
  • Tembikai
Sayur-sayuran
  • Lobak
  • Kobis
  • Bunga kobis
  • Timun
  • Terung
  • Kacang hijau
  • Salad
  • Bawang
Produk bukan tenusu
  • Krimer bukan tenusu
  • Beras susu(bukan diperkaya)
  • Air manis atau aiskrim
  • Krim putar bukan tenusu
Snek

 

 

  • Kacang jeli
  • Gula-gula
  • Donat
  • Bertih jagung (tiada garam)
  • Biskut lingkar(tiada garam)

Perhatian: Jadual di atas tidak termasuk semua jenis makanan yang rendah kandungan potassiumnya.Bahagian saiz juga memainkan peranan penting dalam jumlah potassium yang ada dapat dari makanan yang diambil.Oleh itu pastikan anda merujuk kepada pakar pemakanan anda tentang apakah makanan yang sesuai diambil berdasarkan keperluan anda.

Di bawah ini pula adalah jadual makanan yang tinggi tahap potassiumnya.Jadi pastikan anda kurang atau tinggalkan terus makanan yang tinggi potassium.

Jenis makanan Makanan tinggi potassium
Buah-buahan
  • Avocado
  • Pisang
  • Tembikai wangi
  • Buah-buahan kering
  • Tembikai susu
  • Kiwi
  • Mempelam
  • Oren dan jus oren
  • Betik
  • Jus prun
Sayur-sayuran
  • Ulam-ulaman
  • Kacang kering
  • Labu kuning
  • Ubi kentang,kentang goreng
  • Bayam
  • Ubi jalar
  • Tomato,sos tomato
  • Jus sayuran
Produk tenusu
  • Susu
  • Yogurt
  • Aiskrim
Lain-lain
  • Coklat
  • Sirap pekat
  • Garam tambahan
  • Kekacang


Perhatian:
Jadual di atas tidak termasuk semua jenis makanan yang tinggi kandungan potassiumnya.Bahagian saiz juga memainkan peranan penting dalam jumlah potassium yang ada dapat dari makanan yang diambil.Oleh itu pastikan anda merujuk kepada pakar pemakanan anda tentang apakah makanan yang sesuai diambil berdasarkan keperluan anda.

Sumber artikel di sini.

 

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca artikel-artikel kesihatan khususnya tentang buah pinggang demi untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran khususnya untuk diri beliau sendiri dan umumnya kepada seluruh masyarakat.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.

Tindakan selanjutnya?Sudahkah anda download ebook PERCUMA saya?Download SEGERA & anda juga akan menerima langganan newsletter bulanan secara PERCUMA yang mengandungi tip-tip kesihatan penjagaan buah pinggang.

Share