Setiap hari kita sering terbaca pelbagai jenis kanser yang menyerang organ manusia. Dan tidak ketinggalan ada juga kanser yang menyerang buah pinggang. Tetapi adakah anda tahu apakah kanser buah pinggang? Apakah jenis-jenisnya? Dan pelbagai persoalan lain yang berkaitan dengan kanser buah pinggang ini. Untuk memahami lebih lanjut mengenai kanser buah pinggang, ianya dapat dibantu sekiranya anda mengetahui tentang struktur dan fungsi normal buah pinggang.
Mengenai buah pinggang
Buah pinggang merupakan sepasang organ yang berbentuk seperti kacang. Setiap satunya bersaiz lebih kurang sebesar penumbuk/genggaman dan beratnya lebih kurang 4 hingga 5 auns. Ianya terletak pada bahagian belakang atas di dalam kaviti abdomen, salah satu tulang belakang.
Kedua-duanya dilindungi oleh bahagian bawah sangkar rusuk. Tugas utama buah pinggang anda ialah menapis darah untuk menyingkirkan air yang berlebihan, garam dan sisa kumuhan. Bahan-bahan ini akan menjadi air kencing.
Air kencing akan mengalir daripada buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub tirus panjang yang dikenali sebagai ureter. Tempat di mana ureter bertemu dengan buah pinggang dikenali sebagai pelvis buah pinggang. Air kencing disimpan di dalam pundi kencing sehingga anda rasa ingin membuang air kencing.
Buah pinggang juga membantu memastikan tubuh mempunyai sel darah merah yang cukup. Ianya terjadi melalui penghasilan hormon erithropoeitin, yang mana akan merangsang tulang sum-sum untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah.
Buah pinggang kita penting, tetapi kita sebenarnya hanya memerlukan kurang daripada satu buah pinggang untuk menjalankan fungsi. Kebanyakan masyarakat di US hidup sihat hanya dengan satu buah pinggang sahaja. Sesetengah daripada mereka mempunyai buah pinggang yang tidak dapat menjalankan fungsi normal, dan hidup dengan bantuan prosuder perubatan yang dikenali sebagai dialisis. Dialisis adalah yang paling biasa digunakan di mana satu mesin direka khas untuk menapis darah seperti yang dilakukan oleh buah pinggang normal.
Karsinoma Sel Renal (Renal Cell Caricinoma)
Renal Cell Carcinoma (RCC) juga dikenali sebagai Renal Cell Cancer atau renal cell adenocarcinoma, merupakan jenis kanser buah pinggang yang paling biasa terjadi. Lebih kurang 9 daripada 10 kanser buah pinggang adalah jenis renal cell carcinoma.
Walaupun RCC selalunya membesar sebagai tumor di dalam buah pinggang, kadang-kadang terdapat 2 atau lebih tumor di dalam satu buah pinggang atau boleh jadi terdapat pada kedua-dua buah pinggang dalam masa yang sama.
Sesetengah daripada kanser ini dapat dikenalpasti sebelum sel kanser ini merebak ke organ tubuh yang terdekat. Selalunya tumor ini dikenalpasti melalui CT Scan atau ultrasound yang dijalankan untuk mengenalpasti masalah lain selain kanser buah pinggang. Seperti kanser yang lain, apabila RCC telah merebak, ianya amat susah untuk dirawat.
Terdapat beberapa jenis RCC, ianya berdasarkan bagaimana sel kanser itu kelihatan di bawah mikroskop. Dengan mengetahui jenis-jenis RCC, dapat memberi faktor-faktor dalam menentukan rawatan yang harus dijalankan dan juga membantu doktor anda menentukan samada kanser anda berkemungkinan akibat dari sindrom keturunan genetik.
Clear Cell Renal Cell Carcinoma
Jenis kanser RCC yang paling biasa terjadi. Lebih kurang 7 daripada 10 pesakit yang menghidapi RCC mempunyai kanser jenis ini. Apabila dilihat di bawah mikroskop, sel yang membentuk Clear Cell RCC kelihatan pucat dan terang.
Papillary Renal Cell Carcinoma
Jenis kanser RCC kedua yang paling biasa terjadi. Lebih kurang 1 daripada 10 pesakit menghidapi kanser jenis ini. Kanser ini membentuk jejari-jejari halus yang terjulur keluar (dikenali papila) pada sesetengah atau keseluruhan tumor. Sesetengah doktor menamakan kanser ini sebagai Chromophilic kerana apabila sel diambil dengan sedikit dye (pewarna) dan dilihat di bawah mikroskop, sel itu kelihatan berwarna pink (merah jambu).
Chromophobe Renal Cell Carcinoma
5% daripada pesakit RCC adalah dari jenis ini. Sel dari jenis kanser ini juga kelihatan pucat, seperti clear cell RCC, tetapi lebih besar dan hanya perlu sedikit ciri sahaja untuk ianya dikenalpasti.
Collecting Duct Renal Cell Carcinoma
Jenis ini adalah yang paling jarang berlaku. Ciri-ciri utama kanser ini adalah sel kanser dapat membentuk tiub yang tidak teratur.
Unclassified Renal Cell Carcinoma (tidak dapat dikenalpasti)
Amat jarang RCC yang dilabel sebagai “unclassified” kerana sel yang kelihatan tidak dapat dikategorikan atau kerana terdapat lebih dari satu jenis sel yang hadir pada sel kanser tersebut.
Jenis Tumor Buah Pinggang Berbarah Yang Lain
Jenis yang lain kanser buah pinggang termasuk transitional cell carcinomas, Wilms tumor dan renal sarcomas.
Transitional Cell Carcinoma
Lebih setiap 100 kanser buah pinggang, lebih kurang 5 hingga 10 adalah jenis transitional cell carcinoma, juga dikenali sebagai urothelial carcinoma. Transitional cell carcinoma tidak bermula dari buah pinggang itu sendiri, tetapi sebaliknya bermula daripada lapisan pelvis renal (di mana air kencing mengalir sebelum memasuki ureter).
Lapisan ini terbina oleh sel yang dikenali sebagai transitional sel yang kelihatan sel itu melapisi pundi kencing. Apabila kanser terbentuk daripada sel ini, ianya kelihatan seperti urothelial carcinoma yang lain seperti kanser pundi kencing apabila dilihat di bawah mikroskop.
Kajian menunjukkan, seperti kanser pundi kencing, kanser ini selalunya berkait rapat dengan tabiat merokok dan selalu terdedah kepada bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser di tempat kerja. Pesakit dengan transitional cell carcinoma selalunya mengalami tanda dan simtom yang sama dengan pesakit yang menghidapi renal cell cancer (RCC) iaitu kehadiran darah di dalam air kencing dan kadang-kadang sakit di bahagian belakang.
Kanser ini selalunya dirawat melalui pembedahan dengan cara mengeluarkan seluruh buah pinggang dan ureter termasuk juga sebahagian pundi kencing di mana ureter bertemu. Kanser yang kecil dan kurang agresif kadang-kadang boleh dirawat dengan kurang pembedahan. Kemoterapi kadang-kadang diberikan selepas pembedahan, bergantung kepada berapa banyak kanser yang ditemui.
Kemo yang diberi adalah sama seperti yang digunakan untuk kanser pundi kencing. Adalah penting jika anda berbicara dengan doktor anda supaya anda tahu mengenai pilihan anda dan faedah serta risiko setiap rawatan.
Lebih kurang 9 daripada 10 transitional cell carcinoma buah pinggang boleh dirawat sekiranya dikesan diperingkat awal. Peluang untuk sembuh akan menurun dengan sangat cepat sekiranya tumor telah membesar hingga ke dinding ureter atau bahagian utama buah pinggang atau sel kanser sangat aktif apabila dilihat di bawah mikrosokp.
Selepas rawatan, lawatan susulan dengan doktor anda perlu sebagai kawalan dengan menggunakan sistoskopi (melihat ke dalam pundi kencing dengan menggunakan tiub melalui urethra) dan ujian imej adalah sangat penting kerana transitional cell carcinoma boleh terbentuk semula pada pundi kencing termasuk bahagian organ badan yang lain.
Sebenarnya masih banyak lagi sel-sel kanser yang akan saya kongsikan dengan anda di dalam artikel ini, contohnya seperti Wilms tumor, renal carcoma, renal adenoma dan sebagainya. Namun bagi memudahkan pembacaan dan tidak terlalu padat, kanser-kanser tersebut akan saya bincangkan dalam artikel yang akan datang.
Sumber rujukan: Cancer.Org l What is kidney cancer?
Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel. Anda mengidap kanser buah pinggang? Sertai group saya dan saya akan tunjukkan kepada anda penawarnya.